Bab 35

132K 6K 494
                                    

"Ok thats all, you may dismiss" Uwais memberikan ucapan terakhir sebelum semuanya mula mengemas barang lalu keluar dari bilik mesyuarat itu. Uwais bersandar ke kerusi dengan mata yang mula dipejam. Balik dari Venice terus dia terkejar untuk mesyuarat hari ini. Padahal sebagai boss, boleh saja dia membatalkannya tapi Uwais bukan jenis menangguh kerja.

"Mengantuk tuan?" Hanafi berdiri tegak di sebelah Uwais sambil matanya mengerling sikit ke arah majikannya itu.

"Yeah.. my eyes won't open." Uwais bercakap dengan mata terpejam. Tali lehernya dilonggarkan.

" Do I have an appoinment after this?"

"Tak ada. Esok pulak pukul 9 pagi."

Uwais menghela nafas. Matanya makin memberat.

"Ok, you may go. I wanna sleep" Uwais menggoyang tangannya tanda menyuruh Hanafi keluar dari bilik mesyuarat itu.

Hanafi mengerut keningnya. Dia memerhati sekeliling. Takkan di sini? Bilik mesyuarat?

" Tuan nak tidur dekat sini ke? "

Uwais membuka sebelah matanya dengan kening terangkat. "Salah ke?" Dia melonggarkan tali lehernya dengan mata terpejam. Hanafi mengangkat bahu.

"Baiklah Tuan, saya keluar dulu"

Uwais cuma mengangguk sedikit. Matanya terlalu berat. Tambahan deru penghawa dingin yang menampar kulit pipinya membuat dia lagi terbuai. Tubuhnya sangat letih. Jet lag masih belum hilang.

I wish Hasya was here.

***

" Nah. Terima kasih ya.." Hasya membayar tambang Grab kepada pemandu tersebut. Dia membuka pintu lalu keluar daripada kerata tersebut.

Bangunan tersergam di hadapannya dipandang dengan mata yang dikecilkan akibat terang matahari.

"Selamat datang Puan"

Samapai di pintu masuk saja pengawal keselamatan itu menegur. Hasya mengangguk kepalanya sambil senyum lebar.

"Selamat tengah hari Puan" pekerja yang terserempak dengannya semua menunduk hormat. Hasya tersenyum. Sudah puas dilarang namun mereka seolah 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'. Entahlah..mungkin etika mereka di sini.

" Tuan Uwais ada ke dekat dalam?" Hasya bertanya kepada setiausaha Uwais yang berada di kanan pintu masuk bilik Uwais.

"Dari tadi Tuan masih belum masuk pejabat, Puan." Setiausaha Uwais yang bernama Liyana itu berdiri.

Hasya mengerut kening.

"Saya tumpang letak kejap."

" Yeye boleh" Liyana segera mengambil mangkuk tingkat yang dipegang Hasya lalu diletakkan di atas meja.

"Cepat penat sekarang..hihihi.." Hasya tergelak perlahan.

"Biasalah mengandung, cepat penat. Puan pulak tubuh kecil." Liyana berlari kecil ke hadapan mejanya untuk menarik kerusi kepada Hasya.

"Eh..takpe. Saya boleh tarik sendiri. Susah-susah je "

"Tak susah pun. Duduklah."

"Terima kasih akak." Hasya senyum.

"Sama-sama"

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now