Bab 42

123K 6.2K 592
                                    

"Khalid Holding yang dulunya Teguh Holding, sebenarnya diusahakan oleh nenek dan datuk Hasya." Puan Kemboja tersenyum mencerita sambil kepalanya memainkan memori lama. "Tapi datuk Hasya hanya memperkenalkan Hajar sebagai isterinya. Nenek faham, nenek terima. Setelah anak pertama Hajar dan datuk Hasya lahir, terus datuk Hasya tukar nama syarikat tu sempena nama anak sulungnya."

Hasya terkelip-kelip mendengar cerita Puan Kemboja. Tangan memegang tangan Puan Kemboja sambil merenung mata wanita tua yang agak bersinar kaca. Kedutan di wajah itu langsung tak mencalar karisma wanita itu.

"Kenapa datuk tak kenalkan nenek sebagai isteri dia?"

Puan Kemboja senyum. Tangannya menepuk tangan Hasya yang menggenggam tangannya. "Dia hanya anggap nenek sebagai rakan kongsi dia. Malahan perkahwinan nenek dengan datuk Hasya pun hanya disebabkan perniagaan semata-mata."

Uwais memerhati Puan Kemboja dan Hasya yang berbicara itu. Awalnya dia sendiri ragu dengan wanita tua itu. Tapi bila melihat sendiri keadaan ini, dia sedikit sebanyak mempercayai Puan Kemboja. Renungan Puan Kemboja kepada Hasya pun sudah cukup untuk menjelaskan kasih sayang wanita itu kepada cucunya.

"Tapi nenek cintakan datuk kan?" Soalan polos Hasya mengundang ketawa Puan Kemboja. Alahai cu, kenapa comel sangat?

Pipi merah Hasya dicubit lembut. "Nenek sayang. Sayang dan hormat sebagai suami."

Puan Kemboja mengusap kepala Hasya sambil merenung wajah putih bersih itu. "Hasya pun kena sayang dan hormat suami Hasya."

Kata-katanya Puan Kemboja mengundang sengihan dari Hasya. Dia mengangguk laju.

"Hasya sayang abang Uwais. Abang Uwais la orang pertama Hasya sayang selain ayah, Kak Hatasya dan Mak Wan." Semangat dan kedengaran agak kebudakkan sedikit. Uwais senyum melihat wajah ceria Hasya.

Kedua tangan Hasya naik memegang  wajah tua itu. Kedutan di pipi Puan Kemboja diusap halus. Puan Kemboja menanti bicara Hasya dengan mata berkaca.

"Nenek orang kedua Hasya sayang selepas abang Uwais." Hasya mencium pipi itu sebelum dipeluk tubuh Puan Kemboja dari tepi.

"Ouhh.." suara Puan Kemboja terharu. Turut dibalas pelukan Hasya sambil tangannya terketar mengelap air mata. "How sweet of you, sweetie" dahi dan pipi Hasya dicium semahunya.

Uwais yang melihat adegan itu juga turut terharu. Besar sungguh hati wanitanya itu.

"Nenek jangan nangis-nangis dah. Lepas ni, Hasya akan selalu teman nenek, nanti nenek tak la sunyi dah." lembut Hasya memujuk sambil mengelap air mata Puan Kemboja yang tak henti berlinang itu.

Puan Kemboja mengangguk dengan air mata. Tangan lembut Hasya diambil lalu dicium. Wan..hebat betul kau didik anak ni. 

"Hasya buatkan air kejap. Nenek sembanglah dengan abang Uwais." Hasya meminta diri untuk ke dapur. Puan Kemboja mengangguk.

Uwais mendongak memandang Hasya yang melintas di hadapannya. Mulut Hasya memuncung gaya ingin bercium sebelum dia memberi lirikan menggoda kepada lelaki itu. Uwais pandang tak lepas sehingga wanita itu sehingga Hasya sendiri meleraikan pandangannya.

Dahi Uwais berkerut halus dengan senyum nipisnya terukir. Mak aiii..sempat lagi goda orang.

Uwais berpaling semula memandang Puan Kemboja. Senyumnya terukir sedikit.

"Puan—"

"Panggil nenek je Uwais." pintas Puan Kemboja. Uwais mengangguk perlahan dengan bibirnya dikemam sedikit.

"Kalau boleh Uwais tahu, kenapa nenek beli Khalid Holding?" Kening Uwais dinaikkan sedikit menunggu jawapan dari Puan Kemboja.

"Sebab nenek tak harapkan sesiapa pun dari anak-anak tiri nenek selain Khalid. Semuanya tamak." Puan Kemboja memulakan kata. Wajahnya agak tersinggung dan marah. "Kamu tengok saja, ayah mertua kamu dan Hatasya meninggal, ada diorang kisahkan Hasya? Semua sibuk dengan harta yang ditinggal Khalid tu!"

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now