Bab 24

165K 6.8K 317
                                    

Hasya tersedar apabila dadanya terasa sesak.Dia cuba menarik nafas namun seolah tersekat.Bibirnya menggeletar.

Sejuk mencengkam ke tulang.Tangan Hasya menggapai Uwais yang nyenyak tidur di sebelahnya.

"A-abang.." perit Hasya memanggil.Udara dirasakan menipis.Dia mencengkam baju Uwais.

"A-aahh..bbang.." suaranya tersekat.Hasya mengangkat kepala.Peluh sejuk mula merenik di pelipis dan dahi.

Uwais membuka mata perlahan.Tidurnya terganggu.Dia melihat Hasya yang menggeletar di sebelahnya.

"Hasya.."

Uwais bingkas bangun.Dia menepuk pipi Hasya yang semakin kuat meronta dan menarik nafas itu.Bibirnya terbuka dan semakin kering.Pucat lesi muka.

"Jangan buat takut aku la!" Uwais mengangkat sikit separuh tubuh Hasya.Hasya mencengkam kuat tangan Uwais.Kukunya hampir terbenam ke dalam isi tangan Uwais.

Uwais menekan butang merah di katil.Tangannya menyapu peluh di muka Hasya.Isterinya itu kelihatan tercungap yang amat sangat.

"Kau kenapa ni?" Uwais bertanya lembut dan agak kalut.Pucuk hidungnya mencium kepala Hasya berkali.

Dalam 15 saat,seorang doktor perempuan dan 2 orang jururawat masuk ke bilik wad Hasya.

Uwais turun dari katil mahu memberi ruang kepada doktor dan jururawat namun Hasya seolah tak mahu melepaskan.

"Tak pa Tuan,stay by her side" kata doktor perempuan tersebut.Uwais mengangguk.

Jururawat mula mengambil tekanan darah.Ditanya sepatah dua kemudian doktor itu berkata sesuatu kepada jururawat tersebut.Seorang jururawat bergegas keluar dari bilik.

"Isteri tuan ada asma ke?" Doktor itu bertanya.Uwais tercengang sebentar Dia teringat perbualannya dengan Hasya sewaktu ditanya tentang keberadaannya di kampung.

"Y-ya ada..tapi tu waktu kecil." Uwais menjawab pantas.Doktor itu mengangguk.Jururawat datang terkocoh dengan sebuah mesin.

Doktor itu menekap nebulizer ke mulut Hasya.Seminit dua,Hasya mula tenang tapi dadanya masih berombak lelah.Uwais di sebelah menghela nafas lega.

"Hasya bila kali terakhir asma?" doktor yang memakai nametag Linda itu bertanya.

"W-wwaktu darjah 3." Hasya menjawab lambat lambat.Tangannya masih dalam pegangan Uwais.Dr Linda mengangguk.

"Dah lama.Puan Hasya mengandung,antibodinya lemah.Mungkin sebab itu dia cepat diserang penyakit.Dia terpaksa ditahan mungkin dalam 2 hari lagi untuk pemeriksaan.Saya kena tambah ubat asma dan ubat kahak untuk Puan Hasya.Kalau jadi berlanjutan,kena beli puff la."

Uwais mengangguk mendengar penjelasan Dr Linda.Dia menguap sebentar,kantuknya masih tersisa.

"Pastikan Puan Hasya cukup rehat.Jangan biarkan dia letih atau kesejukan.Saya keluar dulu." pesan Dr Linda lagi sebelum meminta diri.Uwais cuma menghantar doktor dan jururawat tersebut dengan anak matanya.

Dia kemudian kembali memandang Hasya.Dengan nebulizer yang terpekup di hidung dan mulut,dia masih lagi mampu tersenyum.

"Dah lega sikit?" Uwais menyapu lembut ubun-ubun Hasya.Sisa peluh masih membasah di dahi.

"Sorry abang" perlahan suara Hasya.Uwais cuma senyum mengangguk.

"Abang mengantuk,tidur la." Hasya berinjak sedikit kemudian menepuk tempat sebelahnya.Uwais tergelak sikit.

"Kau ingat lepas kau jadi macam ni,aku boleh tidur dengan tenang ke?" tanya Uwais sambil mengangkat keningnya.Hasya senyap.

"I love you abang.." Hasya membawa tangan Uwais yang dipegang lalu dibawa ke dada dan dipeluk kuat.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now