Bab 16

189K 6.9K 383
                                    

Pagi-pagi Hasya sudah ikut Uwais ke tempat latihan mereka.Sedar tak sedar dah dua minggu Hasya jalani latihan.Tapi satu langkah pertahankan diri pun tak diajar Uwais lagi,katanya nak tingkatkan stamina Hasya dulu.

Sepanjang dua minggu itu yang dilakukakn hanyalah sit up,push up,dan skipping.Dan Hasya selalunya lebih sukakan skipping.Kadang sehari beratus-ratus.Tu pun sempat dia curi-curi rehat.

"Hasya,what are you doing?" Uwais menegur melihat Hasya yang terbaring di atas tilam nipis itu.

"Abang,penat.Tak nak buat ni,nak skipping" Hasya memejam mata.Sakit pinggangnya tak terkata.Ada patut Uwais suruh dia buat 500 sit up? Nak membunuh ke apa?

"Penat penat.Ni dah buat berapa?" Uwais menghampiri.Kasihan,jarang Hasya mengeluh.Kalau mengeluh itu tanda dia dah penat sangat dah.

"Tak tahu.Hasya kira kira lepas tu Hasya terlupa.Lepas tu kira balik."

Uwais tergelak."Habis tu bila nak habisnya? Buat balik,aku tolong." Uwais berada di hujung kaki Hasya membantu memegang kakinya.

"Abang..nak rehat dulu." Hasya bangun bersila.Tangan Uwais dicapai lalu dicium berkali.Tapak tangan sekali habis diciumnya.

Uwais senyum melihat tingkah Hasya.Anak rambut yang melekat di dahi Hasya diselak.Peluh sakan.

"10 minutes."

Hasya memeluk erat leher Uwais."Yeay! Terima kasih abang"

Hasya bangun lalu berlari anak ke sofa.Dia merehatkan tubuhnya disitu.Terpejam matanya keenakan.Uwais mengangkat kening.Kata penat,boleh pula lari-lari.

Uwais mengambil tuala kecil lalu di sangkut ke bahunya.Jam dah pukul 7 pagi.Dia perlu masuk pejabat pukul 9.Hari ni ada meeting.Kalau tak,selalunya dia akan teman Hasya sampai habis latihan.

Dia mendekati Hasya.Lena terus.Uwais mencangkung di hadapan wajah Hasya yang terlena itu.Rambutnya serabai dengan peluh yang berkilat memenuhi leher dan muka.Peluh-peluh pun comel.

Uwais sendiri tak pasti sama ada dia perlu atau tidak teruskan latihan ini.Hasya memang training,tapi dari sisi lain,Uwais tahu dia tak rela.Mungkin sekarang dia boleh ikut tanpa membantah tapi nanti bila melibatkan senjata api,busur,taekwando,karate? Tak ke menjerit budak ni nanti.

"Hasya,dah 10 minit dah" Uwais mengejutkan Hasya.Kepala yang basah peluh itu diusap.

"Abang.." Hasya bangun.Matanya masih kuyu.Dia menenyeh matanya dengan belakang tangan.

"Aku balik dulu.Hari ni ada meeting pagi,so aku tak boleh teman kau sampai pukul 10 nanti."kata Uwais sambil menyelak rambutnya Hasya yang terjuntai.

"Abang nak tinggal Hasya ke?" Dengan nada yang agak sebek,Hasya bertanya.Matanya terkebil memandang Uwais.

Uwais senyap.Takkan dia nak tinggal Hasya pula sorang-sorang di sini?

"Tak pelah.Bangun,jom balik"

Hasya tepuk tangan perlahan sambil mulutnya menyorak kecil.Dia bangun dari sofa.Ikatan di rambutnya dibuka.

"Tunggu peluh dah kering baru mandi" pesan Uwais sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik air.

"Nak mandi dengan abang.." Hasya berlari mendapatkan Uwais yang baru mahu menutup pintu.

"Kau tunggu la peluh kering dulu" kata Uwais sambil menolak tangan Hasya yang menahan pintu.

"Abang..sebelum ni kita mandi sekali.." rayu Hasya.Matanya memandang Uwais.Muka sedaya upaya dicomelkan.

"Kau ni.." Uwais menggeleng kepala perlahan."Nakal betul.." dia melangkah keluar dari bilik air.Tubuh Hasya dipusing lalu ditolak bahu Hasya ke loker pakaian mereka.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now