Bab 62

125K 6.6K 851
                                    

"Nama awak siapa?" Hasya bertanya kepada perempuan yang datang ke bilik tadi.

"Saya Yukabid, ibunya Juwita" Yukabid menjawab sambil tersenyum. Tangannya memimpin tangan Juwita. Hasya tersenyum.

"Ye ke? Patutlah Juwita cantik. " Hasya mencuit pipi tembam kemerahan itu. Juwita senyum sehingga menampakkan gigi kecilnya yang tersusun.

"Terima kasih kakak"

Yukabid senyum. "Awak isterinya Naufal?" tanya Yukabid dengan kening berkerut halus. Hasya mengangguk.

"Ya..kelihatan awak seperti adiknya." gumam Yukabid perlahan. Hasya tersengih melihat Yukabid. Cantiknya ibu muda ni.

"Kita sudah sampai" Yukabid berhenti. Hasya turut meletakkan bajunya di batu melihatkan Yukabid juga berbuat begitu.

"Di sini, setiap rumah tiada bekalan air. Jadi setiap sebelum subuh, dan sebelum maghrib adalah puteri mandi. Waktu ini gelap dan putera berada di masjid, jadi aurat puteri-puteri di sini terjaga." terang Yukabid apabila melihat Hasya yang agak kekok itu.

Hasya mengangguk. Dia melihat perempuan yang lain semuanya berkemban dan mula turun ke sungai. Bibirnya digigit perlahan.

"Kakak masih belum bertukar?" Juwita yang comel berkemban kain batik kecil bertanya. Hasya menggeleng. Yukabid yang siap berkain batik mengerut kening halus melihat Hasya yang masih lengkap berpakaian.

"Ermm..Yukabid, boleh ke saya mandi malam nanti dengan suami saya?" Hasya senyum sedikit. Jarinya dimainkan. Memang dia sudah berubah, tapi untuk mandi berkemban bersama orang lain, Hasya memang tak boleh.

Yukabid senyum. "Boleh, tapi pastikan awak dan Naufal nyalakan api di laluan kita ke sini. Dengan itu, orang tahu ada orang di sungai."

Hasya mengangguk. Nasib baik. 

Hasya cuma menemani Juwita dan Yukabid. Dia bersila di batu yang agak besar sambil memerhatikan dua beranak itu. Serta merta dia teringatkan kembarnya.

Tak apa, sayang. Ibu redha.

Bila sudah menginjak malam, perempuan di situ semuanya sudah menghabiskan mandi. Hasya bangun dari batu yang didudukinya. Sejak tadi dia perasan kehadirannya sangat disambut baik oleh mereka semua.

"Segarnya.." Juwita senyum. Mukanya bersih dan ceria. Hasya mencuit hidung Juwita. Geram betul aku dengan budak ni.

"Yukabid" Semasa dalam perjalanan, Hasya memanggil Yukabid yang mendukung Juwita di sebelah.

"Ya saya"

"Boleh saya tahu, ini di mana?" Hasya bertanya sambil memeluk baju. Dari tadi dia bingung melihat kawasan ini. Kelihatan seperti kampung tapi kecil. Rumah semuanya sederhana dan dibuat daripada kayu. Bekalan elektrik dan air pun tiada.

"Kita di Kampung Nil. Kawasan ini agak pendalaman dari dunia luar." Hasya menunggu lagi Yukabid bercerita, tapi dia hanya berhenti di setakat itu. Hasya diam tak bertanya lebih. Tak apalah, malam ni dia boleh tanya dekat Uwais.

Setiba di rumah, Yukabid mendekati seorang lelaki yang berdiri di luar. Tangan lelaki itu di salam. Hasya mengira pasti itu suami Yukabid. Dia meliarkan pandangan, mencari Uwais.

"Muhammad.. ini Hasya, bidadari Naufal" Hasya terkesan dengan cara Yukabid memperkenalkan dirinya. Entah kenapa dia terasa terlalu rendah untuk pangkat itu.

"Saya Muhammad." Lelaki itu memperkenalkan diri. Kepalanya sedikit menunduk. Hasya turut melakukan hal yang sama.

"Assalamualaikum" Uwais tiba dari belakang bersama lelaki yang agak berusia. Hasya menoleh melihat Uwais dengan mulut menjawab perlahan salam Uwais.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now