Bab 17

184K 7.1K 576
                                    

Hasya menggerakkan badannya bila agak lama Uwais tak mengalih bibirnya.

"Abang...bila kita nak makan ni?" Hasya menggeliat bila kepala Uwais jatuh dibahunya.Bibir Uwais pun melekap di bahu Hasya.

Uwais tersengih.Sengaja dia mengeratkan pelukan.

"Nak makan kau je lah"

Hasya mengerut kening."Jangan mengadalah.Hasya dah masak ni." Hasya menyusun lauk dengan Uwais yang masih memeluknya.Uwais pula makin sengaja mencium setiap anggota tubuh Hasya yang dekat dengan bibirnya.

"Abang.."

Uwais mengangkat muka.Dia mencium sekejap pipi gebu Hasya lalu melepaskan pelukan.Butang lengan kemeja dibuka lalu dilipat sehingga ke siku.

Hasya mencedok nasi ke dalam pinggan Uwais.

"Abang nak lauk apa?"

"Semua..nampak sedap je semua."

Hasya mencedok lauk ayam goreng bersama sambal udang.Dan sedikit acar limau.

"Nak Hasya suapkan ke?" Melihat Uwais yang dah senyum sumbing Hasya turut tersenyum lucu.Tahu dah gaya bayi besar ni.

"Hasya basuh tangan kejap ya.." Hasya bangun lalu menuju ke dalam tandas di dalam bilik peribadi Uwais.

Uwais melihat Hasya yang berjalan ke dalam biliknya itu.Lenggoknya..fuh.Uwais tersengih.Untung betul dapat budak kecik ni.

Beberapa ketika,Hasya muncul.Lengan blausnya dilipat sedikit.Dia melabuhkan punggung di sebelah Uwais.

Pinggan di ambil lalu di gaul nasi menggunakan tangan.Uwais lebih suka Hasya menyuapnya menggunakan tangan.Lebih feel.Sekali sekala digigit jari runcing Hasya.

"Nah.."

Uwais membuka mulut.Seperti biasa Hasya yang akan membaca doa makan untuknya.Dalam tak sedar dia pun mengikut dalam hati.

"Nak udang." Pinta Uwais sambil mengunyah.Tak pernah dia rasa masakan yang sedap daripada ni.Selalunya dia makan di restoran saja,tapi tak pernah menambat seleranya sampai ke tahap ini.

"Kejap Hasya buang kulit dia" Uwais memerhati jari yang membuang kulit udang itu.

"Biar aku buat" Uwais menghulur tangan mahu mengambil udang dari tangan Hasya.

"Abang tak basuh tangan..tak pe tak pe" Hasya menolak tangan Uwais menggunakan belakang tangannya.Uwais merengus.Dia bangun lalu mengambil tisu basah dari lacinya.2 helai tisu diambil lalu dilap seluruh tangan.Dia kembali mendekati Hasya.

"Dah basuh dah.Biar aku buat." Uwais mengambil udang di tangan Hasyal lalu dikupas.Hasya cuma tersengih melihat Uwais.

"Nah.." Uwais menghulur dua ekor udang yang telah dibogelkannya.

"Apa?" Hasya bertanya.Buat-buat tak faham.

"Suapkanlah.."

Hasya sengih.Udang di diletak ke dalam pinggan.

"Naik riba aku." Arah Uwais.Tangan kirinya yang masih bersih menarik pinggang Hasya.

"Ehh..kenapa?"

"Naik la.Aku selesa macam tu lagi"

Hasya bangun lalu dia melabuhkan punggungnya di atas riba Uwais.Dia mengiring dengan kaki melunjur ke atas sofa.Kainnya yang terselak Uwais betulkan.

"Sedapnya kau masak." Puji Uwais.Udang yang dibawa Hasya hampir habis.Hasya senyum.

Sememangnya kalau berkongsi begini,selera Uwais akan bertambah.Daripada makan seorang,tengok nasi pun nak muntah.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now