Bab 5

234K 8.3K 2.1K
                                    

ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"

Hasya terjaga apabila terasa sesuatu bergerak-gerak disebelahnya.Dia mengangkat kepala.Diperhatikan Uwais yang asyik tergaru-garu.Kejap dia merengus dan bergerak ke kanan,ke kiri.

Hasya menelan liur sebelum tangannya lembut mengusap kepala Uwais."Abang..kenapa?" Tanyanya sambil mengalih rambut Uwais yang terjuntai di dahi.Peluh merenik.

"Banyak nyamuklah" jawab Uwais dengan mata terpejam.Jarinya rakus menggaru-garu dilengan.Kemudian ditampar pulak.

Hasya terkebil.Dia tak kena pula nyamuk.Takkan Uwais seorang je yang kena gigit.Darah baru kut.

"Abang tunggu kejap.Hasya ambil kelambu dekat bilik sebelah" Dahi Uwais dikucup sesaat.Tiba-tiba terasa nak buat macam tu.Bukan pernah dia duduk dalam keadaan begini dengan seorang lelaki.Darah teruja menyerbu seluruh badannya.

"Cepat sikit"

Hasya mencapai kain pelikat dan baju Uwais di lantai.Bajunya entah ke mana,kain batik pula Uwais buat selimut badan.Comforter dibiarkan Hasya saja guna.Panas katanya.

Hasya keluar dari bilik dan bergerak ke biliknya sebelum ini.Dia menekan suis lampu.Terkejut dia bila Mak Wan sedang nyenyak tidur di atas katilnya.Dada diurut perlahan.

Mungkin tak selesa dengan cahaya yang tiba-tiba menerjah ruang matanya,terpisat-pisat Mak Wan membuka mata.Satu figura di almari menerjah matanya.

Baru dia mahu menjerit figura itu berpaling."Ya Allah Hasya! Terkejut Mak Wan ingatkan lelaki mana masuk bilik ni" ujar Mak Wan sambil mengusap dadanya.Mana taknya dengan kain pelikat dan baju t-shirt lengan pendek.Nasib baik Hasya kecik,tak nampak sangat tubuh lelaki.

Hasya sengih."Hasya cari kelambu.Abang Uwais kena gigit nyamuk.Mak Wan tak guna kan kelambu?"

"Tak.Haa..pergilah pasang.Kesian Uwais tu bukan biasa dengan kampung" kata Mak Wan sambil memerhatikan tubuh Hasya atas bawah.Haih..bertuah betul budak ni.Hatinya tersenyum.

"Hasya pergi dulu Mak Wan.." Hasya meminta diri.Mak Wan mengangguk.

"Layan suami elok-elok." Pesan Mak Wan dijawab dengan anggukan.Pipinya memanas.Terus dia menutup lampu dan melangkah ke bilik pengantin di sebelah.

Kelambu dipasang menutup penuh satu katil.Dia mengemaskan kedudukan kelambu sebelum masuk naik ke atas katil.Uwais diperhatikan.Kacak suami saya ni,getus hatinya.Hasya tersengih.

Hasya perhatikan Uwais yang lena,tiada lagi gangguan seperti tadi.Jarinya dilarikan ke dada Uwais yang terdedah.Mesti sejuk.Kain batik pun cukup-cukup paras pinggang saja.

Comforter ditarik menyelimuti Uwais.Sesaat kemudian,Uwais merengek sambil menolak-nolak conforter "Panas.." Dengan mata tertutup itu,dia mengalihkan kepalanya dari bantalnya ke bantal Hasya.

Hasya pula eh eh sambil menginjak tubuhnya ke tepi.Tangan kanan Hasya ditarik menelentang sebelum dia merebahkan kepala di atas tangan Hasya.Hasya cuma membiarkan.Uwais mengiring menghadap Hasya,kepalanya betul-betul dihadapan dada Hasya.

Hasya menunggu lama.Kemudian terdengar dengkuran halus dari Uwais.Hasya menunduk.Lahh..tidur dah.Hasya tersenyum nipis.Manja suaminya ini,tidur nak kena dakap.

Tangan kiri Hasya bergerak memeluk bahu Uwais manakala tangan kanannya mengusap kepala Uwais.Dia menepuk-nepuk seolah mendodoikan bayi.

×××

Uwais melihat Hasya yang tengah menghadap sinki itu.Mata diliarkan memandang sekeliling sambil kakinya perlahan merapati Hasya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now