Bab 15

210K 7.4K 1.7K
                                    

Uwais menghampiri Hasya yang tengah berperang di dapur itu.Kitchen island diperhati,bersusun barang-barang di situ.Dengan kentang,cheese,mayonis,semuanya teratur.Haih,kemas betul mak dara ni buat kerja.

Uwais senyap mengepung tubuh kecil Hasya.Dagu direhat ke bahu Hasya.

"Buat apa tu?"

Hasya menoleh terkejut."Eh abang..Hasya nak buat cheesy wedges.First time nih"

Uwais tergelak.

"Buat untuk sapa?"

Hasya menjeling Uwais.Sudah tahu bertanya lagi.

"Untuk abang la.Abang cakap nak makan cheesy wedges kan hari tu" jawab Hasya sambil mengupas kulit kentang.

Uwais menyelesakan kedudukan kepalanya di atas bahu Hasya.Pinggang ramping Hasya dipeluk.

"Kau ingat lagi yea?" Uwais menoleh memandang Hasya.Pucuk hidungnya menyentuh pipi gebu Hasya.

"Mestilah.."

Uwais diam sahaja sambil memerhatikan tangan Hasya mengupas kulit kentang.Halus dan kemas kupasannya.

Hasya pula agak tak selesa dengan Uwais yang bertenggek di belakangnya.Tapi dibiarkan saja,bukan selalu suaminya nak bermanja begini.

"Abang nak tengok je ke? Tak nak tolong?" Tanya Hasya.Agak lucu dengan Uwais yang diam tak berkutik di belakang.Khusyuk benar gayanya.

"Tak pe.Aku tolong tengok kau je.Heheh.." gelak pulak dia.Hasya dah merah pipi.Tengok saya?

"Kau pernah masak western tak selama ni?"

Hasya mengangguk."Tapi satu dua je tahu.Hari tu kak Tasya ajar buat mee sizzling.Spaghetti,lasagna buat sendiri,tengok resepi."

Uwais mengguman perlahan.

"Semua benda kau reti.Apa je kau tak pernah buat sebelum ni?"

"Buat anak" jawapan selamba Hasya nyata membawa kejutan kepada Uwais.Dia memandang tepi,isterinya itu tak beriak.

"Sejak bila kau pandai naughty ni?" Uwais bertanya.Tak terfikir langsung jawapan tu yang akan keluar dari mulut isteri kecilnya ini.Cubit kang mulut tu!

"Sejak..ermm.." Hasya buat-buat fikir.Tangan yang memegang pisau dilepaskan lalu dia memegang dagu."...kahwin dengan abang" hidung Uwais dicium sebelum dia tersengih suci.

Uwais terkebil sekejap sebelum dia tersengih sehingga menampakkan gigi.Sebelah keningnya ternaik sedikit.

"Kau ni..kang dekat dapur jugak aku gomol" ugut Uwais.Dia menggigit telinga Hasya.Menggeliat Hasya.

"Abang ni..orang nak masak la.Jangan kacau" Hasya menolak sedikit dada Uwais.Bukan boleh nakal sikit,mula la pak cik ni naik syeikh.

Uwais buat tak dengar.Dia membenamkan wajahnya ke ceruk leher Hasya.

"Malam ni nak kau boleh?" Gumam Uwais di situ.Dia mencium-cium leher putih Hasya.Meremang Hasya bila gigi Uwais bergeser dengan kulit lehernya.

"Boleh.." Hasya menjawab perlahan.

"Thank you" ucap Uwais.Pipi Hasya dicium kuat.Hidungnya terbenam ke dalam pipi Hasya.

"Pakai seksi-seksi" Uwais memesan sebelum dia melepaskan rangkulan di pinggang Hasya.Hasya senyum malu.

"Abang pergi depan la.Hasya nak masak" Hasya menolak dada Uwais menjauhinya.Uwais gelak,malu la tu..

"Biarlah aku nak tengok kau masak"

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now