Bab 34

149K 7K 865
                                    

Uwais keluar dari bilik air setelah selesai menyegarkan diri.Rambut yang basah dilap dengan tuala kecil manakala tubuhnya hanya dibaluti kain tuala yang tersimpul longgar di bawah pusatnya.

Dia terhenti apabila melihat Hasya yang sudah berdengkur halus.Baru tadi beria dia tunggu Uwais siap mandi katanya nak tidur sekali, sekarang dia yang dah lelap awal.

Punggung dilabuh di birai katil sambil tangan Hasya dialih lalu diletakkan di atas perut.

Wajah pulas Hasya yang ketiduran direnung dalam.Polos, kecil.Macam bayi.

"I'm sorry.." kata Uwais perlahan, lebih kepada berbisik.Kekura tangan Hasya diusap lembut sebelum tangan kasarnya mula menyeluk masuk ke dalam baju Hasya yang sedikit terselak.

Tangannya diletak di atas perut Hasya yang masih kempis.

Anak.

Sebelum bertemu Hasya, tak pernah sekali dia terbayang yang dia akan mempunyai zuriat. Tak pernah sekalipun dia berfikir tentang anak. Keluarga jauh sekali. Dia cuma malas memikul terlalu banyak tanggungjawab, biarlah dia berikan perhatian syarikat sahaja.

Tapi sekarang dia sudah tahu bahawa semuanya sudah terlambat. Dia perlu memikul satu lagi tanggungjawab; ayah. Uwais garu kepala lalu dia tersengih perlahan. Perasaan ini bercampur baur antara takut dan gembira.

"Sayang tolong abang tau." Uwais berbisik sebelum dia tunduk mencium hidung dan tangan memegang tepi wajah Hasya, meletakkan pengharapan kepada tulang belakangnya ini.

Baru saja Uwais mahu bangun dari duduk, lengan kirinya dipeluk Hasya.Uwais tergelak kecil.Dalam tidur pun boleh lagi ambil kesempatan nak peluk.

Punggung dilabuhkan kembali. Melihat Hasya yang nyenyak itu, Uwais tak sampai hati mahu mengganggu. Dibiarkan saja lengannya dalam pelukan Hasya.

Dalam beberapa minit, Hasya mencelikkan sebelah matanya. Uwais mengangkat kening. Apabila mata mereka berdua bersabung, Hasya cepat menutup matanya lalu menyembunyikan wajahnya di tapak tangan Uwais.

Senyum Hasya tahan. Ala kantoi..

Uwais menggigit bibir bawahnya. Tak tidur rupanya budak kecik ni. Uwais mengalih tangannya tapi cepat-cepat Hasya tarik kembali menutup wajahnya.

Uwais ketawa.

"Ouhh..buat-buat tidur eh?" Kelopak mata Hasya dibuka Uwais namun sengaja Hasya menutup matanya rapat-rapat. Bibir dah terukir senyum lebar, hidung berkerut menahan.

"Sayang.."

Cepat saja Hasya membuka mata lalu tersengih menampakkan giginya. Uwais senyum melihat tingkah isterinya. Pipi putih merah itu diusap.

"Ingatkan dah tidur.."

"Belum.." jawab Hasya antara dengar dan tidak. Hanya bibir bermain peranan.

Ralit memerhati Hasya, Uwais geram melihat pipi yang semakin tembam itu."Meh nak cium sikit" Uwais menunduk mencium pipi Hasya kuat sehingga menghasilkan bunyi. Mengekek Hasya ketawa akibat geli terkena jambang Uwais.

"Abang..geli..hihihi.." Hasya menolak perlahan wajah Uwais. Sebenarnya berdebar jugak begini dengan Uwais yang hanya dibaluti kain tuala.

Mata Uwais melorot kepada tangan Hasya yang bermain di simpulan tualanya.Aii...nakal.

"Dah.." Hasya cepat mengalih tangannya setelah menguatkan simpulan tuala Uwais yang sudah hendak terungkai.

"Laa..ingatkan nak buka. Abang baru nak bersedia." Usik Uwais sambil tergelak. Ibu jarinya mengusap dagu lalu naik menyentuh bibir bawah Hasya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now