Bab 30

163K 6.5K 274
                                    

Uwais tersengih memandang Hasya yang ke sana ke sini menyiapkan beg mereka untuk ke Venice esok pagi.

"Baik-baik.Nanti terjatuh pulak" Uwais kadang menegur juga melihat Hasya yang terlalu aktif melompat sana sini.Hasya cuma tersengih mendengar teguran Uwais.

"Abang.."

Uwais mengangkat kepala memandang Hasya.Masuk ni dah berapa kali Hasya asyik meminta pendapatnya.

"Abang rasa Hasya patut bawak tunic ni ke atau blouse nih?" Hasya menunjuk kedua baju di tangannya.Dia nak juga Uwais lihat apa yang sesuai dengannya sebab nak cantik depan abang Uwais.Hik hik..

"Dua-dua pun cantik sayang..." Uwais menjawab.Jujurnya Hasya pakai ke tak pakai baju,cantik tu memang tak boleh dinafikan.Pakai je la baju Kedah pun,isterinya itu tetap menarik.

Hasya memuncung."Better?"

"Blouse.Awak tu mengandung,pakai tunic nanti nampak ketat kat perut tu."

"Hermm..oke!" Hasya kembali tersenyum dan masuk ke dress room.Dia keluar semula dengan blouse putih di tangan.

Uwais menggeleng.Macam-macam la bini..

"Abang..." mendengar rengekan Hasya,Uwais mengecilkan mata memandang Hasya yang mendekati.Tangan tu didepang siap-siap.Ni tak lain tak bukan..

"Umphhh.." Terus Hasya jatuh ke atas Uwais.

"Cuba buat pelan-pelan sikit." Uwais membetulkan kedudukan Hasya.Sudah la kerusi ni untuk seorang sahaja.

"Erm..." Hasya menguatkan pelukan sambil pipinya disandar di bahu Uwais.Berderu nafasnya mengenai leher Uwais.

Uwais mengusap belakang Hasya sambil membetulkan kaki Hasya yang diantara kakinya.Pinggang isterinya itu dipeluk.

"Kenapa pulak ni?" Uwais berbisik perlahan sambil wajahnya menunduk memandang Hasya yang berkelip di bahunya.Hasya menggeleng kepala.

"Tak de apa,saya nak peluk abang je.." Kemudian mukanya dirapat lagi ke leher Uwais.Sedapnya bau..

Uwais menjuih.Setiap masa nak peluk.Manja la..

"Abang.."

"Ye sayang.."

"I love you..hik hik.." Hasya mula menggedik.Uwais tersengih sambil menepuk pinggang Hasya.

"Ye tahu.."

"Esok kita..pergi Venica kan abang?" Hasya bertanya lambat-lambat sambil bermain dengan kolar bulat t-shirt Uwais.Sesekali hujung jarinya menyentuh kulit dada Uwais..

"Ye..esok kita pergi.Tak sabar betul." Uwais tersengih.Sambil dia menepuk pinggang Hasya,bibirnya mencium sikit-sikit kepala Hasya yang berdekatan dengan bibirnya.

"Hmm.." Hasya menggumam kecil.Dia mengalih meletak dahi di leher Uwais sambil matanya mengikuti jarinya yang dileretkan ke tangan kekar Uwais.

"Dah kenapa ni?" Uwais menahan senyum.Macam tahu je apa isteri dia ni nak.Hasya mengangkat kepala memandang Uwais.Dia menghadiahkan sebuah sengihan sebelum kembali menekap muka ke bahu Uwais.

Tanpa bicara,pantas dia menggigit bahu Uwais.

"Auw.." Uwais menolak sikit kepala Hasya.Melihat Hasya yang membuat muka tak bersalah itu,Uwais terus mendapatkan bibir Hasya.Dah lama geram je tengok bibir ni.

"Main kasar ehh..siap!" Uwais bangun sambil mendukung Hasya.Kaki Hasya dibawa ke pinggangnya.

"Gigit orang..."

Uwais menjatuhkan tubuh mereka ke katil.Hasya mengekek ketawa sambil badannya menjauh ke belakang.Seram bercampur kelakar.

"Abang..saya gurau je.." Hasya menahan tangan Uwais yang meliar ke tubuhnya sambil tergelak.Uwais turut ketawa.Keningnya diangkat nakal.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now