Bab 26

161K 6.7K 1.4K
                                    

Hasya bersila di sebelah suaminya yang terbaring sambil menyapu minyak di perut Uwais.Bau minyak angin memenuhi satu bilik.Akibat tak tahan,terpaksalah Hasya membuka tingkap dan gelungsur kaca bilik mereka.

Uwais yang terlena itu dipandang.Hasya senyum.Sebelah tangannya mengusap perut Uwais manakala tangan kirinya memegang kepala Uwais dengan ibu jari mengusap halus dahi Uwais.

Hasya menggeleng kepalanya.Haih..tengah-tengah kita mengandung boleh pulak Uwais ni keracunan makanan.Entah mana tempat yang dimakannya sampai dia keracunan begini.Nasib baik tak teruk.Hanya muntah dan cirit birit sikit.Macam budak-budak je.

Selesai menyapu minyak,Hasya menutup botol minyak angin dan turun dari katil.Dia kemudian melangakah ke bilik air untuk membasuh tangan.Menjuih sikit dia melihat bentuk badannya yang sedikit berisi.Ditilik depan belakang sambil memuncung.

Dah gemuk..ermmm...

Dia cuba mengetatkan bajunya dengan memegang bahagian belakang baju lalu terserlah bentuk pinggang yang masih ramping.Dia senyum sambil mengusap perutnya perlahan.Mukanya memang amazed gila.

Hasya berlari kecil ke katil lalu diambil bantal kecil petak sebelah paha Uwais lalu dibawa masuk ke tempatnya tadi.Bantal kecil itu di susup ke dalam bajunya.Bahagian perut yang mengembung akibat bantal itu dipandang teruja.

Wahh..

Hasya menekup pipi.Bestnya..

"Ehem!" Deheman seseorang mengejutkan Hasya.Dia cepat mengeluarkan bantal tersebut dari bajunya.Sambil sengih dia melihat Uwais yang bersandar di pintu.Bantal dipeluk.

"Buat apa?"

"Tak buat apa" Hasya tayang gigi.Uwais mengangkat kening.Matanya melihat bantal petak yang dipeluk Hasya.Kemudian dia tersengih kecil.

"Abang kenapa?" Hasya bertanya dengan matanya membulat memandang Uwais.

"Sakit perut.Nak berak" Uwais memegang perutnya lalu berlalu ke tandas.Hasya segera memegang tangan Uwais dengan sebelah tangannya memeluk bantal.

Uwais membiarkan.Faham dah dengan Hasya ni.

"Kalau abang nak minta tolong apa-apa,panggil Hasya tau" Hasya melambai tangannya kepada Uwais sebelum Uwais menutup pintu tandas.

Uwais cuma mengangguk sebelum menutup pintu.Baru saja Hasya mahu melangkah keluar.

Cretttt...

Hasya terhenti lalu menekup bantal ke mulutnya.Bunyi cirit Uwais betul-betul kelakar.

"Hasya! Kalau kau gelak aku tak nak peluk kau malam ni!" Jerit Uwais dari dalam tandas.Hasya mengekek ketawa dengan mulut ditekup.Dia mengibas mukanya sebelum berkata "Mana ada Hasya gelak.Cute je bunyi cirit abang"

"Get out Hasya.." Uwais berkata dengan suara yang ditahan.

Hasya memusing badannya.Dia mengetuk pintu tandas.

"Apa?"

"Abang perlukan apa-apa panggil Hasya tau" Hasya dengan tersengih menyakat Uwais.Bila lagi nak dapat moment macam ni?

"Just...." Uwais mengetap bibir.Perutnya memulas yang amat sangat."..get out of here.."

Cretttttt....

Uwais menekup muka bila terdengar ketawa Hasya dari luar.

Tak guna..

×××

Hasya menguis lutut Uwais.Uwais pula setiap kali hujung jari Hasya menyentuh lututnya,cepat-cepat dialih.Dia menyandar di kepala katil dengan menyilang tangan.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now