Bab 25

163K 6.9K 857
                                    

"Rekod makmal menunjukkan cecair tersebut bukan racun.Ia hanyalah..."

Uwais dengar tak dengar laporan yang dikatakan oleh Hanafi.Dia memejam mata dan bersandar belakang di kerusi.Kelihatan malas dan berserabut gaya Uwais sekarang.

Hanafi tenang memerhati tingkah tuannya.

"Semuanya baik-baik saja Tuan.." Hanafi berkata,menenangkan Uwais.

Uwais mengeluh berat.Dia masih lagi memejam mata.Kepalanya juga semenjak kebelakangan ini makin berdenyut dan sakit.

"Aku risau.." Uwais membuka mata."..kalau jadi apa-apa dekat dia.Macam mana aku nak hidup?" Uwais memandang Hanafi dengan muka berkerut bertanya.Hanafi senyum sikit lalu mengangguk.

"Saya faham Tuan,saya akan berusaha suruh orang-orang Tuan jaga Puan sebaiknya."

Uwais meraup kepala.Hari ni walaupun tetap banyak tugasannya tapi fikirannya masih tak lari dari memikirkan Hasya.Setiap satu jam mesti dia menelefon Hasya untuk memastikan isterinya itu selamat walaupun sudah ada Haziqah dan Tania yang berjaga.

Hanafi berkerut melihat Uwais yang sedari tadi memegang kepalanya.Mukanya juga kadang-kadang tegang semacam.

"Tuan ok?"

Uwais mengangkat kepala.Dia menggeleng sedikit."Aku pening sikit.Mata rasa berpinar." jawab Uwais sambil menongkat kepala sambil jari mengurut pelipisnya.

"Saya rasa Tuan patut balik.Lagipun meeting dah selesai tadi.Setakat tanda tangan dokumen,Tuan boleh tanda esok saja.Tuan bekerja kuat jugak ni,berehatlah." kata Hanafi.Uwais bekerja kuat walaupun ada masalah.Jarang dia mencampur urusan syarikat dan peribadinya.Sangat profesional.

"Hmm.." Uwais mengangguk dengan matanya yang menguyu.Tak tahan betul sakit kepalanya.Uwais menahan tangan di bucu mejanya.

"Kau drive aku balik."

×××

Bunyi loceng yang bertalu mengejutkan Haziqah.Dia segera berlari anak ke pintu depan.Awal pulak tuan dia balik.

Berkerut keningnya melihat Uwais yang agak berserabai dengan Hanafi yang tegak berdiri di sebelah.

"Tuan sakit kepala.Mungkin penat sangat,sebab tu saya hantar tuan balik awal." kata Hanafi menjawab kerutan yang tergaris di dahi Haziqah.

"Tuan boleh jalan tak ni?" Haziqah melihat Uwais.Teruk betul keadaan Uwais ni.

"Boleh..Hasya mana?" jawab Uwais perlahan.Kedengaran agak tak bermaya.Matanya juga kadang terpejam,mungkin menahan sakit di urat kepala.

"Hasya dekat atas.Dia solat." Haziqah menunjuk ke tingkat atas.Uwais melangkah masuk ke rumah.Langkahnya agak terhuyung.Hanafi hanya melihat dari jauh,nak tolong dia tak benarkan.

Tania yang baru keluar dari dapur melihat pelik Uwais yang melintasinya.Matanya mengikut langkah Uwais yang mengatur langkah ke tangga.

Tania meletak cawannya di meja kopi sebelum berlari sikit mahu menolong Uwais.

"Tania!"

Jeritan kecil Haziqah menghentikan langkah Tania.

Haziqah menggeleng kecil memberi isyarat supaya tak mengganggu Uwais.Tania menghela nafas perlahan.Akhirnya dia hanya memandang Uwais yang sudah pun berada di tingkat atas.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now