Bab 33

141K 6.2K 921
                                    

"Abang.." bergetar suara Hasya memanggil.Wajahnya basah peluh dan air mata.

"Abang pergi mana?" Bergetar dagu Hasya menahan sendu.Uwais terpempam.

"S-sakit.." Hasya menunduk.Uwais menurunkan pandangannya ke tangan Hasya yang berada di perut dan akhir sekali sehingga ke kaki.

"Allahuakbar!" Pintu yang mahu tertutup itu Uwais tahan lalu masuk ke dalam lif mendapatkan Hasya.Butang ditekan kalut agar pintu lif terbuka.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Kalut Uwais bertanya sambil dia mengangkat tubuh Hasya.Hasya menggeleng lemah sambil memegang perutnya.Ari-arinya sakit mencengkam.

Uwais berlari sambil matanya kadang singgah ke kain dan kaki Hasya yang dah dipenuhi darah.Beberapa pekerja di situ sudahpun menghampiri Uwais yang tergesa-gesa itu.

"What's happened sir?"

"My wife bleeding.Get a car for me! Hurry!"

Hasya memeluk kuat leher Uwais menumpang kekuatan.Perutnya terasa dipulas-pulas manakala ari-arinya berdenyut-denyut.

"Abang.." rengek Hasya kesakitan.

"Shh..kejap ye sayang.." Uwais memujuk kalut.Tiba saja dia di luar hotel,satu kereta sedang menunggu.Seorang pekerja perempuan di situ membukakan pintu untuk Uwais.

Uwais menelan liur.Esakan Hasya di sebelah merunsingkannya.Belakang Hasya diusap perlahan.

"Sakit.."

Uwais memandang Hasya.Wajah putih itu sudah lencun air mata.Dengan nafasnya yang sudah tersedu-sedu.Terpejam matanya bila melihat darah yang makin banyak di kain Hasya.Kain berwarna biru muda itu sudah bertukar warna.

"Anak kita abang.." Hasya menggigit bibir menahan esak dan sakit.Mual mula mencucuk tekaknya melihat darah yang banyak di bahagian kakinya.

"Tahan sayang..nak sampai dah" Uwais mencium banyak kali dahi Hasya yang berpeluh itu.Tubuh Hasya dirasakan menggeletar teruk.Tangan yang menggenggam lengannya itu juga semakin berpeluh sejuk.

"Iskk.."

Hasya mencengkam kuat tangan Uwais.Sakitnya sudah tak tertahan.Matanya semakin berpinar.

"Sir,could you please faster?"

Ayat terakhir yang Hasya dengar sebelum matanya terpejam.

×××

"Sir?" Nigel mendekati Uwais yang sedang berdiri tegak menghadap dinding kaca hospital itu. Uwais yang tersentak mula berpaling.Senyuman nipis dihadiahkan.

"How's your wife?"

"She just bleeding.Both are safe"

"That's good" Nigel mengangguk.Uwais juga tersenyum tapi semua itu berlaku kerana dia juga.Doktor yang merawat Hasya beritahu yang pendarahan Hasya diakibatkan oleh Synzhironia yang terdapat dalam ubat tidur itu.Uwais meraup muka.Mana dia tahu ubat tidur tu bahaya untuk perempuan hamil.

"Looks like you have to postpone your honeymoon."

Uwais tergelak."Yeah..seems like that"

"She just a nice person."

Uwais mengangkat kening melihat Nigel yang sedang berbisik sendiri itu."What did you say?"

"Oh nothing.May I go now? "

Uwais mengangguk.Dia memandang Nigel yang semakin menjauh sebelum mengangkat bahu sedikit dan mula berjalan.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now