Bab 57

119K 5.8K 1.2K
                                    

Tok tok!

Uwais mengangkat kening. Wajah Hasya di hadapannya dipandang.

"Sayang tunggu kejap" Uwais membasuh tangannya yang dipenuhi sabun. Hasya di dalam tab mandi itu mengangguk sambil mata terkedip memandang Uwais yang keluar dari bilik mandi itu.

Berlari anak Uwais ke pintu hadapan. Sebaik sahaja pintu terbuka, wajah Lily terpampang di muka pintu. Uwais mengerut kening.

"Ya?"

"Uwais.." Lily menarik nafas. Beg kertas di tangannya dihulurkan kepada Uwais. "Takziah atas pemergian anak-anak Uwais."

Uwais merenung lama beg itu sebelum disambut. Pintunya dibuka luas. "Masuklah, saya tengah mandikan Hasya. Tunggu kejap ye"

Lily mengangguk. Langkahnya dibawa ke dalam rumah banglo moden itu. Melihat Uwais yang menaiki tangga ke atas itu, Lily tersengih. Matanya dililau ke setiap sudut rumah.

"Kaya kau sekarang ya.." gumamnya perlahan. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa mewah keemasan itu. Matanya tertancap kepada potret besar Uwais, Hasya dan Puan Kemboja.

"What a lovely family"

Uwais mengerut kening. Dia mengerling sedikit Lily dari tingkat atas sebelum masuk menyiapkan isterinya mandi.

"Eh, dah siap?" tanya Uwais melihat isterinya yang sudah keluar dari bilik air. Dia melangkah ke wardrobe mengambil tuala putih lalu dilap rambut Hasya yang basah.

"Saya boleh mandi sendiri la abang" Hasya mengerling manja. Dah masuk 2 minggu dia berpantang, Uwais yang menguruskan segala makan minumnya. Bukan dia tak mampu buat sendiri, Uwais sengaja mahu memanjakannya.

"Abang tahu.." balas Uwais. Bergegar kepala Hasya akibat Uwais yang lincah mengelap rambutnya. Matanya berkelip-kelip memandang dada Uwais sementara suaminya itu mengeringkan rambutnya.

"Abang suka rambut baru Hasya?" Kepalanya mendongak sedikit. Uwais senyum mengangguk.

"Suka..rambut pendek ke panjang ke.." Uwais menghentikan sesi mengelap rambut dengan elusan lembut ke rambut Hasya yang pendek separas bahu. "..I still love you.." Dahi Hasya dicium.

Hasya gigit bibir. Suka!

"Pakai baju cepat. Lily datang" Tuala yang digunakan untuk mengelap rambut tadi disangkut ke bahu Hasya. Hasya mengerut keningnya sedikit.

"Mak Cik Lily datang?"

"Yup..nak tengok awak kut."

Hasya mengangguk mengerti.

Selesai mengenakan pakaian, Hasya dan Uwais turun ke tingkat bawah. Hasya tersenyum kepada Lily yang tengah duduk di atas sofa itu. Segelas air oren di meja dikerling sesaat, pasti Uwais yang buatkan tadi semasa dia bersiap.

"Mak Cik Lily.." Hasya berjalan mendekati Lily lalu disalaminya. Lily mengukir senyum dengan keningnya diangkat sedikit. Mak Cik?

"Hasya sihat?" Senyuman kembali. Kepala Hasya diusap perlahan sebelum tubuh itu ditarik ke pelukannya. Tangan mengusap sepanjang belakang Hasya.

"Hasya sihat..Alhamdulillah" Hasya menjawab sedikit canggung. Tubuhnya terasa erat dalam pelukan Lily. Terkebil-kebil matanya.

"Ehemm.." cepat Uwais menarik Hasya dari Lily. Bahu isterinya itu dipeluk kemudian dia menghadiahkan senyuman kepada Lily.

Lily senyum sedikit. "Maaf..Aunty teringatkan anak aunty" Mata dilirikkan kepada Uwais.

"Eh..takpa..Hasya faham.." Hasya senyum. Dia sebenarnya agak terkedu bila Uwais menariknya. Atmosfera agak tertekan di ruang ini. Hasya menyentuh Uwais di sebelahnya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now