Bab 59

105K 5.7K 544
                                    

👑

Birthday shout out to syiranuha

Happy birthday love❤

Wishing you happy life.

🍃

"Macam mana keadaan dia?" Lily bertanya kepada Tania yang menjaga Hasya.

"Dia tak nak bercakap lagi"

Lily memandang Hasya yang sedang menghadap tingkap. Nasib baik budak ni tak mati.

Lily melangkah masuk ke dalam bilik wad Hasya. Dia melabuhkan punggung ke sebelah Hasya.

"Has—" baru tangan Lily mahu mengambil tangan Hasya, Hasya terlebih dahulu mengalih tangannya.

"S-saya dekat mana?" Hasya terketar meramas tangan. Matanya memandang ke luar. Dia tahu dia bukan di hospital. Sejak dia bangun dari koma, dia langsung tak keluar bilik. Rumah ini sepertinya terletak di dalam hutan.

"Hasya dekat rumah aunty. Cantikkan?" Lily mengusap rambut Hasya. Wanita itu mengelak lalu mengesot punggungnya menjauhi.

"S-saya nak abang Uwais." pintanya perlahan.

Lily tergelak. Rambut panjang wanita itu diusap lagi walaupun berkali Hasya menolak. "Tak nak—ark!"

Tangan Lily kasar menggenggam rambut Hasya sehingga wanita itu terdongak ke atas. Lily merapatkan wajahnya kepada Hasya.

"Aku jaga kau, aku tak nak cederakan kau sebab aku tak nak rosakkan tubuh cantik kau ni" bisik Lily, nadanya keras. "Tapi kau rosakkan!" Rambut Hasya ditarik lagi kuat.

"Arhh!" Hasya mengaduh. Tangannya cuba menggapai lengan Lily.

"Aku tak nak Hasya yang ni. Aku nak Hasya yang dulu" Lily melepas kasar rambutnya Hasya."Nangis puas-puas, esok aku tak nak tengok walau setitik pun"

Lily berlalu dari bilik tersebut. Hasya masih menunduk. Tangannya meramas kasar dengan bibirnya terketar-ketar.

Abang, Hasya takut.

Tania memerhati dari jauh. Nafasnya dihela perlahan sebelum dia keluar dari bilik tersebut.

***

"Wan..apa dah jadi ni?" Puan Kemboja teresak di atas sofa. Mak Wan di sebelah mengusap bahu Puan Kemboja. Hanafi menunduk. Begitu juga Haziqah di sebelah.

"Kau sepatutnya jaga dia betul-betul!" Puan Kemboja menjerkah kepada Haziqah. Kesal betul hatinya bila cucunya dan Uwais dikhabarkan hilang.

"Saya minta maaf, tapi masa tu Tania yang bertugas." Haziqah menjawab perlahan. Masih menunduk.

"Tania! Tania! Aku dah agak budak tu kerja dengan Lily. Sekarang ni mana dia?! Mana?!"

"Dah la tu..kau sakit nanti susah" Mak Wan menggosok belakang Puan Kemboja.

"Aku risau Wan..macam mana kalau apa-apa jadi dekat dia. Entah hidup ke mati diorang berdua tu.." Puan Kemboja menekan mata yang pedih kerana asyik mengeluarkan air mata.

"Kita doa yang baik-baik untuk diorang. Hanafi dah buat laporan polis. Biar polis buat kerja ok?" Mak Wan memujuk Puan Kemboja.

Sugul hatinya mengenang apa yang berlaku kepada keluarganya ini. Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang sesuai dengan apa yang berlaku kepada mereka.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now