Bab 22

172K 6.7K 830
                                    

"Hasya!"

Panggilan Uwais mengejutkan Hasya.Dia tersentak.Terkebil-kebil matanya.

"Eh..a-abang cakap apa tadi?" Hasya bertanya.Uwais mengangkat kening.

"Aku cakap apa? Pasal anak?"

"Tak,selepas tu.."

Uwais memandang pelik wajah Hasya.Isterinya itu kelihatan terpinga.

"Apa kau ni? Lepas aku cakap tu kau terus senyap.Berangan apa ntah." Uwais merehat dagunya di bahu Hasya.

Hasya senyap.Angan-angan je tadi.Haih..bila la dia boleh jadi perempuan kesayangan Uwais ni?

"Jom aku bawa tengok bilik kita." Uwais melepaskan rangkulan di pinggang Hasya dan menarik tangan Hasya ke atas.Hasya mengangguk sedikit lalu mengikut langkah Uwais.Pipinya merah malu akibat berangan tadi.

Tiba di bilik mereka,Hasya tak berkelip.Cantiknya.Uwais senyum kelakar melihat wajah teruja Hasya.

"Cantik tak?"

Hasya mendongak memandang Uwais.Dipeluk tepi tubuh Uwais lalu mengangguk laju.

"Cantik sangat.." Hasya tersenyum-senyum.Bilik mewah yang bertemakan white gold,dengan sliding door yang memisahkan bilik dengan balkoni.

"Nanti anak-anak kita yang akan datang kita buat dekat sini." bisik Uwais di telinga Hasya.

Hasya menjuih malu.Lengan Uwais erat dipeluk.

Selesai menjelajah rumah,semua berkumpul di ruang tamu.Hasya dan Uwais duduk di sofa dua tempat duduk tapi hanya satu tempat digunakan.Hasya menempel betul di sisi Uwais.Matanya kadang mengerling kepada Tania.Cemburu tak habis.

"Lepas ni training kau orang boleh datang sini lah.Dalam pukul 7 datang la,jangan pukul 5 pagi dah tercongok dekat sini dah."

Haziqah tergelak."Eh tak tuan.Nanti kacau pulak kan orang nak tidur."

Uwais turut tergelak.Satu tangannya dari tadi melurut rambut Hasya.Tania cuma tersenyum.Dia dari dulu memang lebih suka mendiamkan diri.

"Ni lunch nanti aku belanja dekat restoran sebelah pejabat kita.Diorang kata sedap dekat situ." Uwais mencadang.Nak makan di rumah,satu bahan pun tak ada lagi.

"Sedap.." Hasya disebelah mengangguk.Uwais menoleh.

"Pernah makan ke kat situ?"

"Haah..Kak Ziqah belanja." Hasya menunjuk Haziqah lalu tersengih kepada Uwais.

"Tak ajak pun." Suara Uwais berjauh hati.Sengaja dia nak bergurau dengan isteriny.

"Haritu abang ada meeting.Hasya naik dah pejabat nak panggil abang.Tengok-tengok abang tak de." Hasya yang memuncung lebih.Uwais senyum melihat wajah cemberut Hasya.

"Gurau je lah.." Uwais mengusap rambut Hasya."..jom bersiap" Uwais menarik tangan Hasya untuk bangun.

"Kau orang pun boleh pegi siap-siap pakai bedak,perfume semua.Tunggu dekat luar nanti."

Tania dan Haziqah mengangguk.Hasya dan Uwais berjalan bersama naik ke tingkat atas.Sampai di permulaan tangga,Uwais terus mendukung Hasya.

"Abang!" jerit Hasya terkejut.Leher suaminya pantas dipaut.

Haziqah tergelak."Tuan cepat sikit ya.Lambat-lambat nanti terlepas lunch." Haziqah melaung dari bawah.Kedengaran suara Uwais tergelak kuat di tingkat atas.

×××

Uwais memandang Hasya yang tengah menguis nasi kerabu itu.Nasinya dah pun habis tadi.Haziqah dan Tania ralit menjamah nasi.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now