Bab 3

206K 9K 2.6K
                                    

ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"

Masing-masing diam.Uwais berdiri tegak dihujung katil sambil mengusap belakang tengkuknya.Hasya yang tengah rapat ke kepala katil sambil selimut menyelubunginya dipandang sambil tersengih janggal.

"Awak tak buat apa-apakan dekat saya?" Hasya bertanya perlahan dari dalam selimut.Harapnya lelaki itu dengar.Cengkaman dibahunya ditahan.Mulutnya terkumat-kamit.

"Tak..selama ni ada nurse tolong uruskan kau." Hasya mengerut kening.Bayang lelaki itu dia pandang melalui celahan lubang-lubang kecil selimut.

"Habis kenapa awak tidur s-sebelah saya?" Hampir histeria dia bila terpandang tubuh lelaki ini disebelahnya.Dengan tapak tangan lelaki itu elok sahaja di atas perutnya.Nyaring jugalah jeritannya sehingga terpisat-pisat lelaki ini terjaga dari tidur.

"Aku terlena.Aku saja jenguk kau semalam.Letih sangat jadi aku terlena la" Uwais menggaru kepalanya perlahan.Gatal sangat nak teman budak ni tidur.Merasa jugalah badan aku dipukul bantal tadi.Bukan main dia ni,tak padan dengan sakit.

Hasya diam tak berkutik.Dia masih di dalam selubung kain selimut.Luka di bahunya terasa perit.Dia menoleh,ada kesan darah."Awak ada tudung tak? Dengan baju lengan panjang.Seluar sekali,tapi kalau boleh saya nak kain" Gigit bibir Hasya.Malu,malu,malu.

"Oh.." Tak terkata Uwais.Baju dia ada lah tapi tudung? "Aku ada belikan baju kau tapi tudung tak da pulak.Kau pakai tuala dulu la..nanti aku suruh nurse belikan."

"Yaa..terima kasih awak"

Beberapa saat,Uwais lihat Hasya masih didalam selimut.Tertidur ke apa? Dia mendekati.Buatnya pengsan ke apa?

"Awak.." Uwais terus mengalih tangannya yang sudah mencapai hujung selimut untuk menyelaknya.Dia berdehem."Apa?"

"Awak bila nak keluar? Saya nak mandi"

Uwais terdiam.Patutlah dia tak keluar dari tadi."Er..ok ok..kau mandi.Nanti aku letak baju kau atas katil.Tuala ada dalam bilik air." Habis saja cakap terus Uwais meluru keluar dari bilik.Tak pernah sekalipun Uwais terjadi benda yang memalukan begini.

God..

Hasya menurunkan kain selimut.Rambutnya yang berselerak dirapikan.Dia menyembam muka ke tapak tangan.Allahu..dia dah nampak rambut aku.Lepas ni apa lagi?! Dah la haritu nampak dada. Memalukan..rasa macam nak lari menyorok bawah jambatan.

Dia turun dari katil.Lantai bilik dipandang.Berkilatnya.Hasya memerhati sekeliling.Apakah ini? Satu ruangan yang maha besar siap set sofa dan televisyen.Silingnya direka moden dengan lampu-lampu kecil yang bertaburan.Kasut bunny bulu-bulu warna pink disebelahnya disarung.Cumilnyaa...kaki aku.Hik hik hik.

Hasya seperti budak perempuan yang baru bangun tidur dengan baju tidur Hello Kitty paras lutut dengan kasut bunny bulu-bulu yang lebih besar dari kakinya sedang berjalan mengelilingi rumah dengan muka amazingnya.

"Kaya sangat ni.." gumam Hasya sebelum masuk ke dalam bathroom.Membulat mata Hasya melihat rekaan dalaman tandas itu.Ni kalau suruh tidur pun sanggup.Bilik air bertemakan black charcoal dengan white pearl sangat mengagumkan Hasya.

Dia berjalan keliling bathroom itu.Dengan satu tempat shower,tab mandi dan tandas yang dipisahkan dengan kaca semuanya sangat cantik dan mewah.Siapa lelaki itu? Muda-muda pun kaya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now