Bab 54

129K 6.1K 1K
                                    

Pintu suite VIP itu direnung lama. Sedari tadi, Uwais hanya termenung di hadapan pintu. Hospital sudah semakin legang dengan malam yang menginjak tua. Dia masih terkelip-kelip di hadapan pintu.

Malu?

Ya, dia malu. Malu kerana dia sudah melebihi batas.

Tombol pintu perlahan ditolak, tak mahu menyedarkan isterinya yang terlena pulas di atas katil. Puan Kemboja yang biasa menemani Hasya sudah pulang memandangkan Uwais meminta untuk menjaga Hasya.

Bilik itu sunyi dan dingin. Gelap. Hanya cahaya lampu tidur yang menerangi setiap sudut bilik. Uwais mendekati Hasya yang tidur berpaling ke kanan itu. Tubuhnya kecil, kelihatan sangat rapuh.

Tiba di hadapan Hasya, Uwais memerhati dalam wajah lena itu. Kerutan halus di dahi menandakan tidur isterinya itu tak tenteram. Ada sesuatu yang mengganggu lenanya.

Tangan kanan yang berada di dalam poket dikeluarkan lalu dia mengusap lembut dahi itu, menghilangkan kerutan. Rambut yang menutupi wajah wanita kesayangannya itu diselak ke belakang telinga. Wajah lembut itu menyentuh hatinya.

"Dua kali dia bertarung ajal untuk lahirkan anak Tuan.."

Uwais mengusap pipi yang menjadi singgahan tangannya tadi. Sanggupnya dia menyakiti ibu kepada anak-anaknya ini.

"...dan anak dia dan Tuan mati di hadapan mata dia.."

Uwais merenung wajah tenang si isteri. Wanita ini lahirkan anak-anaknya. Sendiri.

Tangan kecil Hasya dicapai. Esakan kecilnya terkeluar sejurus melihat hujung kuku Hasya yang rosak dan patah. Air mata terus jatuh.

"Jadi antara Tuan dan Puan, mana yang lebih terluka?"

Uwais terjatuh melutut di tepi katil. Wajahnya disembam ke katil dengan esakan yang kuat. Rasa penyesalan bertimpa-timpa dalam hati. Tangan Hasya digenggam lalu dibenam mukanya ke situ.

Ya Tuhan, berdosanya dia.

Uwais mencium tangan itu dengan tangisnya yang teresak. Air matanya basah mengenai cadar katil. Uwais yang dulu, bukan begini. Kerana hadirnya seorang bidadari ini, air matanya tak tertahan.

"Maafkan abang.." Uwais mengongoi di sebelah katil dengan kakinya melutut. Tangan Hasya digenggam erat sehingga tangan itu turut basah dengan air mata Uwais.

"Abang.."

Uwais mengangkat kepala.

"Kenapa ni?" Hasya berkerut risau melihat Uwais. Tubuhnya cuba dibangunkan. Uwais terbangun sedikit. Dan seketika kemudian dia kembali melutut. Tangan Hasya dipegang.

"I'm sorry..iskk iskk" Uwais mengambil nafas. "Abang salah. Abang tak sepatutnya buat Hasya macam ni. "

Tangan Hasya dicium bergilir kiri san kanan. Bahunya terhinjut dengan ucapan maaf yang tak berhenti. "Maafkan abang. " ucap Uwais lirih. Lehernya naik urat dan mukanya merah.

Hasya diam tak berkutik.

"Hasya.." Uwais mengangkat kepala apabila wanita itu tidak memberikan respon. Wajah Hasya dipandang. "Hasya jangan buat abang macam ni. Forgive me please. Abang mengaku abang salah. It's all my fault" Uwais bersungguh sehingga berkerut dahinya. Wajahnya yang penuh air mata tak dihiraukan. Di hadapan wanita ini, Uwais langsung tak peduli.

Hasya melepaskan tangan dari genggaman Uwais. Uwais menelan liur. Melihat Hasya yang menginjak ke belakang. "Abang minta maaf. Ampunkan abang, sayang. Abang salah." Uwais berkata lagi. Kali ini seperti berbisik. Pedih hatinya melihat Hasya yang seakan menjauhinya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now