Bab 47

115K 5.9K 789
                                    

Puan Kemboja senyap. Matanya beralih kepada Hasya yang tidur di riba Uwais.

"Nenek minta maaf"

Uwais senyum nipis.

"Benda dah jadi nek. Tak da apa yang perlu dikesalkan." Uwais menepuk Hasya. Pipi Hasya yang membahang itu dimainkan dengan jari telunjuk. Walaupun berbungkus, haba tubuh Hasya tetap terasa di tubuhnya.

"Nenek kesal sebab nenek terlambat selamatkan kamu"

Uwais terkebil dengan keningnya dikerut halus. "Maksud nenek?"

Puan Kemboja tersentak sebelum menggeleng perlahan. Senyuman diukir paksa.

"Dah lewat malam. Hasya pun dah terlena dah tu" ujar Puan Kemboja sambil dia bangun menolak kerusi ke belakang. Cawan coklat panas di bawa ke sinki.

"Oklah nek, Uwais naik dulu." Uwais memasukkan roti ke dalam plastik kembali. Tubuh Hasya di ribanya dibetulkan sebelum dicempung payah. Berat Hasya sejak mengandung ni naik mendadak. 58kg!

Uwais merenung Puan Kemboja yang masih berdiri di sinki itu.

"Selamat malam nek."

"Malam" Puan Kemboja membalas tanpa menoleh. Dia berpura-pura sibuk membasuh cawan.

Uwais melihat Puan Kemboja untuk kesekian kalinya sebelum dia melangkah keluar dari dapur. Hasya di cempungan dah macam ulat beluncas. Dililit selimut sepenuhnya dan hanya tinggal kepala di luar.

Uwais tersengih. Sambil kakinya mendaki tangga, bibirnya mencium lembut bibir Hasya. Panas. Kesian sayang abang ni.

Puan Kemboja mengelamun dengan pili air sinki yang terbuka itu. Walaupun dalam hatinya ada rasa penyesalan tapi sekurangnya dia lega Uwais berjaya melepaskan diri.

"Ni cucu aku ke? Ya Allah Lily! Dah besar panjang dah ni." Puan Kemboja mengusap pipi Uwais. Budak lelaki berusia 7 tahun itu hanya diam membisu. Dicerlung muka Puan Kemboja dalam-dalam.

"Lily sibuk mak. Restoran Lily kat Itali tu ramai orang. Tak sempat cuti pun." Lily menghirup air.

"Suami Lily pun tak sempat balik sini. Dia sibuk sangat urus syarikat dia kat sana." sambungnya sambil diperhati Puan Kemboja yang kadang-kadang memeluk tubuh kurus kering kanak-kanam lelaki itu.

"Iye la..tapi anak ni dah besar dah Lily. Bila kamu mengandung pun mak tak tahu."

"Alah mak ni..Lily dah bawa balik kan.." Lily mencebik. Puan Kemboja menghela nafas. Pipi budak lelaki dihadapannya diusap lembut.

"Kamu nama apa?" Puan Kemboja tersenyum. Lengan cucunya itu dipegang lembut. Matanya menatap sambil menunggu perkataan keluar dari bibir kecil itu tapi bibir itu hanya tertutup rapat. Mata bulat itu bersinar seolah mahu memberitahunya sesuatu.

"Nama dia Leonard. Dia tak pandai cakap Melayu." Lily menjawab.

Puan Kemboja menggenggam birai sinki. Yang sepatutnya dia tahu budak lelaki itu adalah Uwais. Kanak-kanak lelaki yang dibela Lily hanya untuk menjadi seorang gigolo. Malah bukan Uwais seorang, lelaki mahupun perempuan, banyak kanak-kanak dibawah Lily dilatih dan dibesarkan untuk dilacur tubuh mereka.

Uwais dibawa balik ke Malaysia hanya untuk mengaburi mata Puan Kemboja bahawa Lily sudah mempunyai anak bersama suaminya yang merupakan orang Itali.

"Ya Allah Lily..kenapa kamu jadi macam ni?" Puan Kemboja menghela nafas. Air matanya ditahan. Silap apa dia mendidik anak tunggalnya itu?

Dan setelah Lily ditangkap oleh polis Itali, Puan Kemboja amat malu dengan keluarga suaminya iaitu datuk Hasya sehingga dia melarikan diri ke Itali. Menyepi diri sehinggalah suaminya meninggal dunia.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now