"Haah, baru pantang seminggu"

Hayati mengangguk. Ibu muda la ni. "Ouh..akak tengok muka Hasya ni macam muda je. Umur berapa?"

"20"

"Woah..20 dah ada anak dah. Untunglah.. akak dulu kahwin lambat, umur 29. Ni dah 30 lebih anak baru 2 orang, kawan akak dah berangkai anaknya." Hayati bercerita. Hasya hanya gelak mengangguk.

"Ouh..anak akak yang mana?"

"Itu yang sulung.." Hayati menunjuk kepada budak lelaki yang sedang menyuap kek itu. "..baru 2 tahun, nama Adif. Yang kecil baru 3 bulan, Adara." Hayati menunjuk pula kepada anak kecil di sebelah Adif. Comel je dalam baby coat.

"Comel." Komennya. Putih melepak kulit keduanya. Mungkin itu kulit Kak Yati.

"Hasya pulak, mana anak?"

Hasya senyum nipis. Sedikit pun dia tak ambil hati dengan soalan Hayati walaupun hatinya agak terguris sedikit.

"Anak saya kembar. Lelaki perempuan..tapi meninggal waktu dilahirkan." tenang Hasya bercerita. Wajah terkejut Hayati dipandang.

"Allah..ak-akak minta maaf sangat-sangat. Akak tak tahu." Hayati memegang tangan Hasya. Bersalahnya dia kerana bertanyakan soalan tersebut. Patut sugul saja muka ibu muda ini.

"Ishh..tak pa akak. Saya tak kisah pun.." Hasya menepuk tangan Hayati yang memegang lengan kirinya. Senyumannya diberikan untuk menyedapkan hati wanita itu.

"Sorry ya.." Hayati mengerut kening, rasa bersalah. Pertanyaan punca kematian anak Hasya disenyapkan saja. Tak nak menyebabkan ibu muda ini bersedih.

"Akak kena warded juga ke?" tanya Hasya bila wanita itu tak habis menunjukkan muka bersalah.

"Tak..akak dulu bersalin kat hospital ni, so dapat jemputan sempena hari ibu ni."

Hasya mengangguk.

"Hari ni kebetulan memang kena datang, nak ambil ubat. Susu sikit, kadang-kadang kering terus. Kesian anak akak nak menyusu." Hayati bercerita walaupun Hasya tidak bertanya. Saja, untuk mengurangkan kejanggalan akibat soalannya tadi.

"Ouh..saya terbalik pulak. Semalam jadi bengkak susu, susu penuh sangat. Basah baju dengan air susu meleleh keluar, tiap-tiap kali kena tukar. " Hasya ketawa sedikit. Macam-macam hal jadi ibu ni. Hayati turut ketawa. Seketika kemudian, dia terfikir sesuatu.

"Hasya nak try menyusu anak akak tak?"

Hasya membulat mata. Keningnya terangkat sedikit.

"B-boleh ke akak?"

"Boleh la..apa pulak tak boleh"

***

Uwais berjalan untuk ke wad Hasya. Ditangannya terdapat bunga tulip yang dibeli dalam perjalanannya ke hospital tadi. Memandangkan hari ni Hari Ibu, Uwais ingin memberi penghargaan kepada isterinya itu.

"Sayang.." Uwais membuka pintu. Matanya terkelip sedikit melihat bayi di dukungan Hasya.

"Abang..mari." panggil Hasya. Lucu melihat wajah bingung Uwais yang sedang berjalan mendekatinya itu.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now