Bab 56

141K 8.2K 1.4K
                                    

Tania tersenyum kepada pengawal di hadapan pintu rumah agam itu. Langkahnya di bawa masuk ke dalam dan dia terus melangkah satu-satu menaiki anak tangga.

"Boleh saya jumpa Master?" Tania bertanya kepada Ray, pengawal peribadi Lily yang berada di luar pintu bilik kerja Lily.

"Tunggu kejap?"

Ray membuka perlahan pintu bilik dan masuk ke dalam. Tania bermain dengan bibir sambil menunggu. Matanya melilau memerhati dalam rumah itu. Senyumnya terukir apabila terlihat gambar dia dan Uwais, juga Furqan di meja bunga sudut ruang itu. Dia berjalan menuju ke situ. Tingkap di sebelah terbuka sehingga langsir berkibaran di mukanya.

"Cik?"

Tania berpusing belakang.

"Master suruh masuk"

Tania mengangguk. Dia meletakkan kembali frame gambar tersebut. Langkahnya di atur ke dalam bilik Lily. Senyum nipis diberikan kepada Ray.

Lily yang berdiri menghadap tingkap itu didekatinya.

"You did a good job Tania" Lily mengerling Tania dari pantulan dinding kaca biliknya. Gadis itu tersenyum-senyum.

"Thank you master"

Lily senyum sinis. Matanya dialih memerhati pemandangan di belakang rumahnya.

Tania senyum. "Urmm Master.."

Lily mengangkat kening sebelah. Dia berpusing belakang menghadap Tania dengan tangannya bersilang. Tubuh Tania yang dibaluti t-shirt hitam dan jeans itu dilihat.

"Happy Mother's Day" Tania menghulurkan kotak beriben pink itu kepada Lily. Senyumnya diukir sedikit.

Lily terkebil dengan kening terangkat pelik. Seketika kemudian dia meledakkan ketawa sinis. Jarinya mengelap hujung mata yang sedikit berair akibat gelak.

Tania menggigit bibir. Kotak hadiah tadi masih tak tersambut oleh Lily.

"Oh my dear.." Lily membuat muka terharu dengan tangan diletakkan di didada. Matanya memandang kotak hadiah tersebut. Kau masih tak berubah budak.

"Thank you, but.." Lily senyum sinis. "..who's your mom?"

Tania kedu. Air liurnya ditelan dan senyumannya sedaya dimaniskan. "I'm sorry"

***

Hasya merenung kanak-kanak yang bermain belon di hallway wad ibu bersalin itu. Meriah betul sambutan Hari Ibu di sini. Rata-rata ibu bersalin semuanya di bawa ke sini.

Pelbagai persembahan dibuat antaranya nyanyian, sajak, dan juga game. Hasya terharu melihat anak-anak yang memeluk ibu mereka. Tangan kecil itu ada yang mengusap air mata ibu.

"Adik" Hasya yang merenung di atas kerusi roda itu terkalih. Seorang wanita linkungan 30-an menghampirinya.

"Sorang je?" tanya wanita itu lalu dia duduk di atas kerusi bersebelahan kerusi roda Hasya.

"Haah..sorang je" Hasya betulkan duduknya. Senyum lebar diukir kepada wanita tersebut.

"Akak Hayati, panggil Kak Yati je" Hayati menghulurkan tangan kepada Hasya. Dari tadi lagi dia mencuri pandang Hasya. Nak dikatakan ibu bersalin, Hasya nampak sangat muda dan dia pun tidak mendukung bayi.

"Saya Hasya." Hasya menyambut huluran tangan Hayati.

"Baru lepas bersalin ke?"

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now