Air diteguk banyak. Dia menarik nafas tenang. Telefon di sebelah bantalnya diambil. Tiada sebarang mesej dari Uwais. Hasya bermain tangannya. Lama begitu, dia bersandar di kepala katil dan mencapai buku.

Air liur ditelan apabila pinggangnya terasa memulas hebat. Bibirnya diketap lalu dia duduk tegak. Tangannya mengurut pinggang.

"Aww.." desisnya perlahan. Belakang badannya terasa lenguh. Lama kesakitan begitu, celah kangkang nya terasa basah. Hasya menyelak selimut yang dipakai. Matanya membulat.

Air ketuban pecah!

"Mak— W-wan" panggil Hasya bersusah payah. Dia bangun dengan celah kangkang yang basah kuyup. Tangannya memegang dinding sambil dia berjalan keluar.

"Arghh.." langkahnya terhenti. Pinggangnya yang kesakitan dipegang. Sakitnya sudah menjalar ke ari-ari. Dengan tenaga yang masih ada, dia berjalan ke ruang tamu.

"Mak Wannn! Arghhh.." Dayanya tiada. Wajahnya basah peluh. Tangannya sejuk menggeletar hebat. Rumah itu sunyi. Kelibat Mak Wan masih tak kelihatan.

Hasya terjatuh duduk bersandar di belakang sofa. Dalam mengahnya, dia mencuri nafas. Cuba menenangkan diri. Tangannya mencengkam hebat sofa.

Allah, Allah..

Hasya menelan liur. Matanya melilau mencari kelibat Mak Wan.

"Mak Wannn! Tolong Hasya..iskk" Akibat sakitnya yang maha hebat, Hasya menangis di situ. Dadanya sesak dan pinggangnya sakit. Ari-arinya berdenyut sakit.

"Allah.. Allah.. Allah.." ucapnya lemah. Masih mengatur nafas yang kencang. Renik peluh di lehernya umpama dicurahkan air. Terketar tangannya menarik telefon rumah di meja kecil sebelah sofa.

Nombor Uwais ditekan laju dengan tangannya yang menggeletar teruk. Air matanya turun laju akibat sakit dan cemas.

"Abang..isk iskk" Belum sempat bersambung, panggilan masuk ke peti suara. Hasya menangis teresak. Allah, kasihani anakku.

Hasya mencengkam telefon rumah apabila sakitnya makin menekan. "Arggggghhhh..Allahuakbar.."

"Subhanallah.. Allah.. Allah.." Hasya mengucap panjang. Giginya mengetap kuat, menahan erangan kesakitan. Dadanya berombak kencang.

"Allah.." Hasya takut melihat darah yang keluar dari kangkangnya. Dia menarik nafas panjang. Matanya mula layu. Segala bayangan Uwais dan katil bayi mereka melintas di fikiran. Hasya menangis teresak di situ. Allah..Allah..

Dengan segala kudrat yang ada, Hasya menyusun nafas perlahan. Tubuhnya diheret perlahan ke bilik air. Mahu bangun, dia sudah lemah. Kakinya longlai umpama kain buruk.

Pintu bilik air ditolak dan dia mengesot badan ke dalam. Dia memegang sinki, memaut kekuatan untuk bangun. Berus gigi dicapai dan dia berjalan perlahan ke tab mandi.

Air matanya sudah kering. Dadanya yang berdebar ditenangkan. Menggeletar dagu Hasya ketakutan. Dia bersandar di dalam tab mandi. Berus gigi digigit.

"Arhhhhh.." Hasya mencengkam tepi tab mandi sambil dia meneran keluar bayinya. Nafasnya di atur lagi. Kencang sekali kedengaran.

"Arrhhhh.."

Hasya menangis. Allah..Allah..berikan kekuatan.

Dia meneran lagi kuat. Kukunya kuat mencengkam di tepi tab mandi. Menggeletar tangan halusnya itu. Bibirnya pucat lesi.

Kepalanya tersandar lemah. Sakitnya.. Hasya memejam mata. Bagaimanapun dia harus lahirkan anak ini. Hasya menarik nafas panjang.

Hasbunallahu wanikmal wakil.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dari mu Allah.

"Arhhhhhh.."

Abang tak sabar.

"Arghhhhhhhh.."

I love you sayang. Take care.

"Arghhhhhhhh..isk..erhhh..arhhhhhhhhhh"

Dengan satu teranan yang kuat, pinggang terasa seperti dipulas seperti kain buruk sebelum satu benda meluncur laju dari celah kangkang nya.

Hasya menangis sedu. Badannya lemah. Bayi yang kemerahan yang berada di antara kedua kakinya ditatap sayang.

Tiba-tiba, sakitnya kembali. Bagai ada satu lagi mahu keluar. Hasya berkerut sakit. Seperti tadi, Hasya menderita kesakitan berseorangan dia dalam bilik air. Berus gigi yang digigit terpatah dua menggambarkan betapa sakit ibu muda ini bertarung ajal.

Kali ini tangisannya hebat. Dua bayi kecil berlumuran darah bertelangkup di kangkangnya.

"Sayang!" Uwais bagai mahu histeria. Dia merapati Hasya di dalam tab. Terkejut dia mendengar jeritan sewaktu masuk ke dalam rumah.

"Awak okey?" Uwais kalut menyapu air mata di wajah Hasya.

"Anak kita..abang..diorang tak menangis..isk iskk" Hasya mengeluarkan tangisan. Uwais terduduk. Satu bayi kecil diambilnya.

Senyap sunyi dengan mata tertutup. Uwais berdebar. Nafasnya makin kencang. Dada bayi kecil itu diurut.

"Sayang..wake up.." Uwais menyuruh dengan suara serak. Bibir kecil itu dibuka sebelum dia menyalur oksigen di situ.

"Hey baby..wake up.." suara Uwais mendesak. Dadanya makin sebak melihat bayi itu keras. Hasya menekup mulutnya. Bahunya terhinjut.

Uwais meletak bayi tersebut kepada Hasya sebelum mengambil bayi yang satu lagi. Perbuatan yang sama turut dilakukannya. Uwais kelihatan ketakutan. Wajahnya merah.

"Jangan buat ayah macam ni sayang..wake up please.." Uwais menangis sambil dia kalut memberi oksigen kepada anak kecilnya.

"Bangunlah nak..dont do me like this"

***

"Allah tak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

(2: 286)

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now