"Jaga diri, ingat abang." Untuk kesekian kali, dahi itu dicium. Hasya mengangguk sambil tersenyum. Uwais yang baru bergerak ke pintu itu berpatah balik dengan muka risau.

Hasya tergelak lagi. "Apa abang?"

"Abang takut.."

"Ya Allah..Hasya ok abang..I love you" Hasya mengusap dada Uwais. Jelas sekali detak jantung laju suaminya itu.

Uwais mengangguk. Kali ini kedua pipi Hasya pula dicium "I love you too sayang. Take care"

Hasya melambai kepada Uwais yang berada di dalam kereta itu. Uwais ni makin hari dia nak beranak makin kelakar. Cemas dia macam dia yang nak teran beranak.

"Bye sayang!" Uwais memberikan hon sebelum kereta Honda Accord hitam itu melepasi pintu pagar. Hasya di pintu utama tersenyum lebar. Dia menggeleng sikit sebelum menutup pintu.

"Isteri dia Hasya, risau la dia pun" Mak Wan yang entah dari mana, berkata.

"Eh Mak Wan..haa tulah..tapi lawak la. Pucat habis muka." Hasya menjawab sambil tergelak nipis. Mak Wan juga turut terhibur.

"Hasya duduk la kejap nah, Mak Wan nak kemas-kemas rumah. Nak buang sampah apa semua kat dapur tu." Mak Wan menepuk bahu Hasya. Hasya mengangguk sambil matanya memerhati Mak Wan yang sudah berlalu ke dapur.

Hasya menarik nafas perlahan kemudian dihembus. Diulangnya sehingga beberapa kali. Dadanya juga berdebar tapi dia sentiasa membasahkan lidahnya. Berzikir seperti yang dinasihatkan Mak Wan.

Hasya berjalan perlahan ke bilik. Biliknya, atas arahan Uwais, sudah berpindah di tingkat bawah. Senang kata Uwais, tak perlu berjalan jauh naik ke bilik. Hasya pun mengiyakan saja, tak la mengah sangat berjalan.

***

Mak Wan yang sedang mengemas di dapur bernyanyi kecil. Plastik sampah diambil lalu diletakkan di sebelah pintu dapur. Dia masuk sebentar mengambil tudung.

Bila Mak Wan keluar kembali, plastik sampah tadi sudah tiada. Mak Wan menggaru kepala.

"Eh..rasanya aku letak sini tadi. Mana pulak ni? Bunian ke apa ambik?" Melilau Mak Wan berpusing badan sambil mencekak pinggang.

"Sampah~ ohh..sampah.."

Kepala yang tidak gatal digaru. Aku baru tinggal seminit, takkan dah berlari masuk tong sampah sendiri kut.

"Sam— Allah" Mata Mak Wan berpinar. Belakang kepalanya bagaikan dihentak sesuatu yang keras. Dia mengelip mata berkali sebelum berpusing.

Susuk berpakaian hitam itu diamati sebelum matanya tertutup.

"Maaf Mak Wan"

***

Hasya bangun dari tidurnya. Jam 4 petang tapi Uwais masih belum pulang. Dia bangun duduk dengan kaki terjulur. Getah rambut diambil lalu diikat rambutnya yang baru dipotong oleh Uwais 2 hati lepas.

Hasya mengambil pil vitamin yang berada di meja sebelahnya. Pil yang sudah lama diamalkannya semasa mengandung. Uwais paksa, katanya nak anak comel-comel. Heh? Ada kaitan ke?

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenOnde as histórias ganham vida. Descobre agora