Dengan terpaksa, Hasya bangun dari kerusi. Langkahnya dibawa ke bilik untuk mengambil tuala.

"Jangan kunci pintu. Jadi apa-apa, senang nak terkam masuk." Pesan Mak Wan kepada Hasya. Dengan keadaannya macam tu risau hatinya.

Yang Uwais ni pun satu, sibuk sangat ke sampai lupa anak bini semua? Haih..

Siap memotong buah mempelam itu, Mak Wan memasukkan kulit yang telah dikupas ke dalam plastik lalu dimasukkan ke dalam tong sampah.

Isi mempelam itu dimasukkan ke dalam balang. Setelah isi air hampir setengah dalam balang, Mak Wan memasukkan gula,garam dan sedikit cuka. Balang itu ditutup dan diletakkan di kabinet dapur. Sehari dua lagi, jadilah jeruknya.

Mak Wan melangkah mengendap Hasya di bilik air. Anaknya itu hanya menyimpuh di atas lantai dan mencurah air sedikit-sedikit ke tubuh. Mandi pun tak semangat langsung.

"Assalamualaikum"

Mak Wan mendongak. Suara lelaki. Lekas-lekas Mak Wan berkejar ke ruang tamu. Pintu depan dibuka.

"Hah! Baru balik. Isteri kamu tu dah macam mati laki" Mak Wan bercekak pinggang. Dalam hatinya lega benar Uwais sudah pulang.

"Ada kerja Mak Wan. Tak sempat nak telefon rumah. Hasya mana?" Uwais menggaru kepalanya. Renungan Mak Wan yang bagai nak melahap itu dibalas takut-takut.

"Ada tu tengah mandi" Mak Wan memuncung ke dapur. "Mak Wan paksa jugak dia mandi tadi. Dari kelmarin dengan baju kamu tu. Sudah la besar kemain."

Uwais mengangguk. Adui la isteri. Takkan sampai macam ni sekali.

"Abang.."

Uwais dan Mak Wan menoleh ke arah suara tersebut. Mak Wan membulat mata.

"MasyaAllah budak ni! Dengan kain kemban basah-basah tu dia boleh naik ke sini."

Suara halilintar Mak Wan diendahkan. Hasya berlari sedikit sebelum dengan sekali lompat kecil, dia sudah masuk dalam pelukan Uwais.

Uwais agak terkebelakang dengan tubuh kecil Hasya yang menerjahnya. Bibirnya mengukir senyum lebar. Rambut basah Hasya diusap dan dicium berkali.

Mak Wan hanya menggeleng kecil. Rindu sangat dah tu kat suami dia. Dia kemudian berlalu ke dapur, malas mengganggu love bird dua orang tu nak berkasih sayang.

Uwais mengusap belakang Hasya sambil mencium sikit bahu Hasya yang berada di hadapan bibirnya. Hasya senyap tak terkata di dukungan Uwais. Habis kain basahnya terselak akibat kakinya yang melilit pinggang Uwais.

"Makan tak lagi?"

Hanya gelengan terasa di ceruk lehernya. Hasya masih mendiamkan diri. Pelukan di leher dikuatkan. Dihidu dalam-dalam bau Uwais. Isk..rindu.

"Kenapa tak makan? Kesian baby kita.." Uwais mengalih kepala mahu mengintai wajah Hasya tapi isterinya itu lagi menyorok muka di batang leher Uwais.

"Jom kita mandi nak? Lepas mandi, kita makan ok?" Lembut Uwais memujuk. Hasya mengangguk perlahan

Mak Wan menjuih melihat dari jauh. Sejak bila si Hasya tu mengada nak mati? Dulu-dulu tak macam tu pun. Ada laki, menggatal je kerja. Eheks!

Di bilik air, riuh dengan suara Hasya berceloteh sini sana. Uwais melayan sambil menyabun kaki dan lengan Hasya.

Tergelak Mak Wan di luar. Semangat terus, bisingnya kemain. Semalam, sepatah pun tak keluar dari mulut. Hanya angguk geleng saja.

"Sayang masuk dulu" Uwais menyuruh Hasya memasuki bilik apabila telefonnya di atas meja berbunyi.

Mesej dari Hanafi.

Hanafi
Tuan, maaf mengganggu sekali lagi. Tapak pembangunan di Johor Bahru mengalami keruntuhan. 5 maut dan 21 cedera parah setakat ini.

Uwais menggenggam telefonnya. Rahang diketap kuat.

Shit!

"Abangg.." Uwais mendongak. Hasya masih di pintu dapur. Merenung ke arahnya.

"Kenapa?" Tanya Hasya bila melihat wajah tegang Uwais.

Uwais pantas senyum. Telefonnya diletakkan kembali ke atas meja. Dia menggeleng.

"Takda apa. Jom abang pakaikan baju" Uwais segera mencempung tubuh Hasya yang berbalut tuala itu.

Tergelak dia apabila bibir Uwais bermain dipipinya. Geli kena jambang yang mula bertunas naik. Tajam.

Uwais senyum melihat isterinya yang kembali ceria. Sempat dia berpaling melihat telefonnya yang berdering. Malas dilayan, dia terus membawa Hasya ke bilik.

Dia tahu ini bukan kebetulan.

Siapa punya pasal ni?

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now