bab 42

151 15 10
                                    

Lian duduk santai di gazebo menikmati pemandangan matahari terbenam di kem Gambit. Sudah dua hari dia di sini, esok dia akan pulang semula ke Kota Shinsin. Tapi, terasa berat hatinya untuk meninggalkan kawasan yang tenang ini. Tidak seperti markasnya, dipenuhi dengan segala macam bunyi. Bising, kerana terletak di jalan utama kota.

Simbahan biasan oren yang mengasyikkan membuatnya santai. Bunyi cicipan burung yang terbang pulang ke sarang, menaikkan mood tenang yang jarang dirasai. Walaupun masih kedengaran suara-suara tentera berkawad sayup dari hujung padang, ia tak mengganggu walaupun sedikit. Malah meninggalkan bibit-bibit memori yang membuatnya ingin kembali semula.

Molot sudah memulakan ekpedisinya pagi tadi. Itu membuatnya agak sunyi kerana ketiadaan orang yang selesa untuk berbual. Mona, kata Molot sedang melalui fasa bersedih kerana adik kesayangannya masih tidak sedarkan diri. Ayu dan Dara pula agak muda. Mereka berbual pun sekadar cara bermain pedang. Tak lebih.

"Lian." Teguran seseorang dari sebelah, membuatnya menoleh. Gambit sedang tersengih bersama dua cawan di tangan. Dihulur satu kepada Lian.

"Eh, terima kasih." ucap Lian.

Usai membalas ucapan terima kasih, Gambit duduk di penjuru gazebo. Dia mencicip beberapa kali sambil membuang pandangan ke hadapan.

"Lian, aku minta maaf jika ada layanan pihak kami membuatkan kau rasa kurang selesa." tutur Gambit perlahan.

Dengan lekas Lian menidakkan.

"Aku rasa lagi tenang di sini. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Dekat sini, lagi banyak idea dan plan untuk perang yang timbul dalam kepala aku." sambungnya dengan jujur. Gambit tersenyum tipis.

"Ini yang terakhir." tutur Gambit secara tiba-tiba. Membuatkan Lian terpinga sebentar sebelum tersenyum.

"Iya Gambit. Ini yang terakhir. Ini waktunya untuk kita keluarkan segala apa yang ada."

"Aku sebenarnya dah penat sangat. Baik dalam atau luar, dua-dua dah penuh dengan luka. Tunggu masa nak rebah.."

Satu tamparan padu hinggap pada belakang bahu Gambit. Tidak sakit, tapi cukup untuk menyedarkannya.

"Mungkin kita baru sangat kenal. Tapi, aku tahu yang kau ni kuat, Gambit. Baik luar ataupun dalam. Kalau tak, macam mana kau masih boleh bertahan sampai sekarang."

Gambit terdiam. Dia selaku ketua tidak patut terikut dengan emosi.

"Seorang ketua kena kuat. Bukan badan je kuat, tapi hati, akal, perasaan. Itu semua penting sebab kau pimpin ribuan nyawa yang setia di belakang. Jika kau lemah, kau rasa askar kau sanggup bermatian di medan perang nanti?" Lian terus-menerus memberi kata-kata untuk menyedarkan Gambit.

"Kau betul." Gambit seakan diserap dengan semangat baru yang lebih jitu dari sebelum ini.

Lian menghulur tangan, Gambit menyambut. Seperti hendak bergusti lengan, mereka berpandangan seperti sedang terbakar dengan perasaan berkobar untuk berperang.

"Siapkan askar terbaik kau." tutur Gambit.

"Kau juga. Jangan hampakan aku dengan performance lemah daripada askar Gerakan Guling kau." balas Lian.

"Kita tunggu dan lihat.." Gambit berpaling melihat kelompok askar sedang berlatih bertempur menggunakan pedang. Sejalur, dia tersenyum puas.

○○○

Raja Sirius bersama Ilmuwan Hatta yang memegang sebuah kitab memunculkan diri di hadapan sebuah pintu gua setinggi lima tingkat. Raja Sirius memulakan langkah memasuki gua diikuti lelaki tua. Glob cahaya bersaiz besar dilepaskan dari tangan Raja Sirius lalu terbang di atas mereka bagi menerangi laluan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now