bab 41

85 9 0
                                    

Lian menghadapi sedikit masalah ketika hendak memasuki kem Gambit. Entah mengapa haiwan tunggangannya tidak mahu berjalan. Memaku tapak kakinya pada tanah. Walaupun berulang kali diberi isyarat untuk berjalan. Tetap juga dia enggan menghayun walau selangkah.

Pengawal yang memandang hairan cuba membantu. Mana tahu pengalaman mereka mampu menggerakkan fierce tersebut. Namun, tetap juga haiwan itu berdegil. Kelakuannya seperti sedang takut akan sesuatu di dalam kem tersebut.

"Asal ni?" Soal Molot yang tiba-tiba berada berhampiran. Berjaket kulit coklat, berseluar panjang hitam dan but hitam serta rambut diikat. Mood bekerja on.

Lian agak terpempan. Walaupun sekadar dua patah perkataan sahaja. Tapi suara tersebut melalui cuping dan menampar gegendang telinga. Seperti suara abang yang menyoal dengan tegas.

"Tak tahulah Molot. Fierce ni tak nak jalan pula. Dah banyak cara kami buat, satu pun tak berhasil." Jawab salah seorang pengawal.

Molot menghampiri. Lian menoleh, Molot sekadar melepasinya sebelum terhenti dan berpaling melihat Lian seketika.

"Ehhhh. Macam kenallah dia ni." Molot bertukar ceria. Tidak tegas seperti ketika berada dalam mood kerja.

Lian hanya mampu tersengih.

"Asal diam je Lian? Kawan sendiri dah tak sudi berbual? Takkan dan lupa dekat aku. Molot, lelaki termacho." hujungnya disudahi dengan tawa.

Lian turut tertawa. Molot yang dikenali masih sama.

"Mana boleh lupa. Aku sentiasa ingat. Lagipun kau yang kirim salam kepada aku. Itu yang aku datang." Ujar Lian dengan tawa yang masih berbaki sedikit.

"Bagus betul Kong ni. Betul-betul dia buat kerja." Molot kembali menghampiri fierce.

Telapak tangan Molot menampar kuat punggung kanan fierce. Sangat kuat sehingga mengejutkan haiwan tersebut. Seolah menjentik perasaan marah kepadanya untuk menoleh, memandang si pelaku dengan bengis.

Molot mengacah untuk menyerbu kepada muka fierce. Acahannya membuatkan fierce melompat agak jauh ke belakang. Meringkukkan badan sambil menyeringai garang. Menunjukkan taring yang mampu merobek tubuh Molot dengan mudah. Bulu pada belakang badan dan ekornya terangkat tinggi. Mempamerkan ego yang tidak mahu kalah.

Dua pengawal berundur sedikit. Tetap berwaspada dengan sebarang tindakan fierce yang seperti hendak mengamuk.

Seperti tidak terusik, Molot tenang menghampiri. Langkahnya tidak gusar walaupun riak fierce semakin tidak menggemari tindakan lelaki tersebut. Ia menderam kasar. Lima kuku panjang dan tajam yang disembunyikan, dikeluarkan.

Molot berhenti melangkah. Dia sedar, selangkah sahaja lagi pasti fierce akan menyerang. Sebolehnya pertarungan fizikal ingin dielakkan berlaku di sini. Lagi pula, seperti sukar untuknya menewaskan fierce yang agak istimewa pada pandangannya. Berbeza dari fierce yang lain.

"Lian! Kau turun cepat. Jiwa pahlawan dia sangat tinggi. Selangkah aku hampir, dia akan serang aku." Molot memberi arahan.

Lian cuba. Tapi tidak boleh kerana bulu-bulu belakang tubuh fierce memanjang dan menariknya agar menunduk. Berlindung di sebalik tubuhnya.

Molot tiada pilihan. Anak mata kekal pada fierce selajur kakinya melangkah setapak. Seiring, dengan kelajuan penuh haiwan yang pernah berperang dengan mahluk gelap ribuan tahun lampau menerpa.

Molot pegun berdiri. Menanti kehadiran fierce. Satu portal muncul betul di hadapan fierce ketika hampir menanduk Molot. Tidak sempat mengelak, ia terus menuju masuk ke dalam portal ungu gelap dan berbintik putih itu.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now