bab 10

166 23 0
                                    

Kubu Kelembai, Wilayah Barat

MATAHARI ketika itu berdiri tegak di atas kepala. Membias rasa bahang yang memeritkan. Andrew berdiri tenang dengan sebelah tangan dalam kocek seluar di atas pentas kecil. Betul berhadapan barisan Askar Maut yang mencecah sepuluh ribu askar di dataran luas berbentuk segi empat sama. Berlantai batu marmar dan dilindungi tembok batu setinggi tiga meter.

Hampir sebulan berlalu selepas pertempuran antara pemberontak dan Askar Maut di Tanah Terbiar. Andrew sukses dalam mengumpul dan merawat askar yang terselamat tempoh hari. Walaupun bilangannya sangat sedikit. Dengan bantuan Valdire dan pengaruhnya sebagai bekas orang kanan Mergastua. Ribuan askar berjaya dikumpul dalam masa tidak sampai sebulan. Dia turut menambah bilangan askar di kubu Barat yang sebelum ini di bawah jagaan Kelembai sebagai langkah berjaga. Kini, Kelembai berada di istana sejak dua minggu lalu dan Andrew telah diperintahkan untuk mengawal bahagian pertahanan wilayah barat.

Riak Andrew kelihatan bersahaja walaupun cuaca panas terik. Askar-askar yang berdiri tegak dijemur bawah cahaya matahari dibasahi keringat pada wajah mereka. Setiap daripada mereka hanya mampu menahan panas. Jika ketua berpanas bersama, mengapa tidak mereka.

"Macam yang kamu semua tahu, aku ialah Andrew. Pembawa panji Raja Sirius dalam operasi pembersihan manusia-manusia bodoh yang berani memberontak terhadap kerajaan tuanku, Raja Sirius." Andrew mundar-mandir ke kiri dan kanan sambil menilik satu-persatu wajah askarnya.

Andrew seorang yang berprinsip. Prinsipnya cuma satu, kau tak akan berada di atas tanpa ada yang menyokong dari bawah. Demi menjaga prinsipnya, dia menjaga kebajikan seluruh askarnya dengan baik walaupun latihan yang diberikan boleh dikatakan 'keras' berbanding biasa.

"Hmm aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Semuanya bakal diterangkan oleh setiap ketua pasukan. Tapi, sekali lagi aku ingin pesan kepada kau semua. Empat hari.. Empat hari dari sekarang kita akan bertempur dengan pemberontak di hujung wilayah sana. Aku mahu kau semua berani! Jangan takut! Tetak sahaja manusia yang menghalang kemaraan kamu! Jangan beri peluang! Kasi cincang!" tutur Andrew sambil melibas angin dengan lengannya.

Setelah hampir beberapa minit berucap dan menaikkan semangat askar-askarnya, seorang askar lengkap dengan perisai besi berkawad sehingga hadapan barisan askar. Dengan lantang, askar tersebut mengeluar arahan barisan askar keluar dari dataran. Derapan langkah berat yang seragam mengundang senyum pada bibir Andrew yang khusyuk memandang kelompok askarnya berkawad melepasi pagar besar dan menuju padang latihan.

"Empat hari lagi kau semua akan terkubur," ujar Andrew sambil memandang genggaman penumbuknya.

Kota Shinsin, Wilayah Timur

SESUSUK tubuh berkerudung hitam separas peha dan bertopeng separas hidung, memecut laju dan melompat dari satu bangunan ke bangunan. Dengan mudah dia melompat dan mengelak daripada hadangan yang mengganggu dengan skil parkour. Kelajuan ditambah sebelum berhenti.

Sebuah bebola lutsinar muncul mengelilinginya. Lalu serta-merta menembus masuk permukaan bumbung sehingga memasuki ke dalam ruangan yang dipenuhi puluhan manusia berpakaian serba hitam sama sepertinya. Semua mata serentak memandang dengan riak tidak puas hati.

Topeng dibuka. Seorang pemuda beriak selamba membalas dengan sengihan. Dia mengatur langkah dengan tenang. Perasaan takut tidak wujud di dalam hati pemuda itu.

"Kau lambat Cargas," tegur seorang wanita dari meja hadapan.

"Sorry Kak Lian, ramai Askar Maut perhati tadi." Lelaki tersebut memberi alasan.

Cargas membuka kerudung lalu disangkut pada belakang kerusinya. Di sebelahnya, seorang lelaki tegap sedang berpeluk tubuh sambil menghadap Lian yang duduk pada bucu meja.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now