bab 11

180 20 0
                                    

GORGON adalah mahluk biasa yang berlegar di dalam Hutan Mistik. Boleh dikatakan, mereka majoriti di hutan tersebut. Namun, ada mahluk yang jauh lebih menakutkan menguasai rantai makanan di situ. Dan, terdapat sesuatu yang lagi merbahaya daripada musuh fizikal yang sering kali membuat manusia tersesat di dalam hutan tersebut. Lantas menjadi santapan buat mahluk buas lain.

Sesuatu itu merupakan salah satu kisah paling terkenal tentang Hutan Mistik. Salah seorang daripada individu yang terselamat pernah bercerita. Ianya bukan lawan yang mampu kau lawan dengan fizikal. Segagah mana pun kau, setangkas mana kau bermain pedang atau bertarung. Dalam sekelip mata, kau boleh tewas dengan permainannya. Itulah dia, musuh yang terlarang... kabus manipulasi.

Caballus di hadapan tiba-tiba mendengus kasar. Perlakuan mereka tiba-tiba bertukar agresif dan tidak senang atas kehadiran sesuatu yang tidak kelihatan di mata kasar. Kong menenangkan caballus lalu menghentikan perjalanan sekali lagi. Dia melirik ke kiri kanan hutan yang semakin sunyi, kelam dan berkabus seperti ada sesuatu yang tidak menyenangi kehadiran mereka di situ. Aura negatif terasa kuat berlegar di sekelilingnya. Dia mengetuk penutup kayu kecil.

"Korang bertiga jangan keluar dari pedati."

Risau kerana tiada siapa yang membalas, Kong menjengah dari ruangan kecil itu sebelum terkedu dengan apa yang dilihatnya. Pedati yang ditariknya, kosong.

Kong menoleh hadapan semula sebelum riaknya berubah terkejut. Baik tali, caballus mahupun pedati terus lenyap dari pandangan. Dia menenangkan perasaan dan memandang bawah. Lidahnya semakin kelu, entah bagaimana dia sedang berdiri keseorangan di tengah hutan tersebut padahal baru sebentar tadi dia di atas pedati. Berulang kali dia menarik nafas bagi mententeramkan hati yang semakin galau. Setelah reda, dia mula melangkah meredah kabus nipis.

FENG dan Dao-yu beriringan meredah hutan yang berkabus. Seperti apa yang dikatakan Lian, gorgon atau mahluk lain hanyalah pemanas badan. Tapi, ada perkara yang jauh lebih merbahaya perlu dihadapi mereka. 'Selagi kamu berempat tidak bertemu semula, apa yang kamu lihat adalah manipulasi semata-mata.' pesanan Lian dimain semula. Namun, sekelumit perasaan takut menjengah dek keadaan hutan yang jauh lebih meremangkan roma. Jika tadi, keadaan hutan sama sahaja dengan hutan lain, kini keadaannya jauh berbeza. Mereka seperti berada di hutan zaman lampau.

Kelibat bayang-bayang yang bergerak laju di sebalik kabus merencat perjalanan mereka. Feng bersiaga. Dao-yu di sebelah tiba-tiba melompat girang ketika ternampak pedati yang dipacu Kong, perlahan-perlahan meredah kabus. Feng sedar itu cuma permainan minda. Kalau benar itu Kong sudah lama lelaki itu datang membantu. Tapi tidak, malah dia semakin menjauh. Namun, tidak bagi Dao-yu. Dia mula mengejar pedati yang disangkakan penyelamat mereka.

"Jangan kejar, Dao-yu!"

Feng bingkas membuka langkah seribu, namun terhenti kerana dihalang puluhan bayang hitam yang semakin banyak memunculkan diri dihadapannya. Susuk Dao-yu pula semakin jauh berlari di dalam kabus sambil menyeru nama 'Kong'. Feng menahan rasa. Misi kali ini ternyata sangat menguji.

CARGAS bersila dengan tenang di bawah sebatang pokok besar. Bunyi-bunyian serta pelbagai gangguan yang mengacau konsentrasi ketika meditasi tidak diendahkan. Malah matanya semakin rapat terpejam. Cargas tiba-tiba ditolak satu daya yang tidak kelihatan. Dia mencelik sambil meninjau sekelilingnya.

"Main kasar eh."

Dia memejam semula mata dan memberi fokus paling tinggi. Derianya mengesan sesuatu sedang meluru kepadanya. Dengan pantas dia menggenggam sesuatu itu sebelum mengenainya. Suara rintihan wanita membuatnya celik. Dia tergamam dengan apa yang dilihatnya.

"Chery?"

Gadis di hadapan Cargas mengangguk sambil tersenyum menawan. Dia menarik tangan lelaki itu agar berdiri. Cargas tersedar sesuatu lalu melepaskan pegangan dan berundur beberapa tapak.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now