bab 25

127 17 2
                                    

Badang mengetuai pergerakan mereka menuju penjara yang terletak jauh di bahagian belakang kubu. Mereka berlima menyamar dengan memakai pakaian Askar Maut yang serba hitam. Baju tebal, seluar kulit yang sukar ditembusi senjata tajam dan bertopeng. Jika bertembung dengan Askar Maut sebenar, Badang akan menyapa dengan kod perkataan yang hanya diketahui oleh dia dan Askar Maut sahaja.

"Simpang depan sana kita berpecah. Molot, Jakal, kau berdua ikut aku. Muda Kasturi dengan Qodi belok kanan. Cari di mana Batu Zuan," ujar Badang tatkala mereka berhenti di dalam sebuah bilik seperti stor yang hanya mampu memuatkan mereka berlima sahaja. Jika ditambah seorang lagi, pasti keadaannya seperti di dalam tin sardin.

"Misi kita cuma selamatkan Gambit dan Hayyat. Kenapa perlu ambil risiko mengambil Batu Zuan?" tingkah Molot.

"Ini arahan Mona," balas Badang.

Molot mendesis.

"Molot," panglima Qodi memanggil lelaki berambut kerinting. "Jangan buat masalah," ujarnya serius.

Molot diam tanpa reaksi. Jakal menepuk bahu Molot. "Jom, tadi kau juga yang ajak aku selamatkan diorang berdua," ujar lelaki tersebut sebelum memeluk bahu rakannya.

Badang keluar sebelum diikuti dengan ke empat-empat susuk dari ruangan kecil. Dia terus mendahului sehingga tiba di persimpangan yang memisahkan mereka berlima menjadi dua kumpulan.

"Kau jangan buat masalah Molot, layan je dulu," bisik panglima Qodi di telinga Molot. Molot tersenyum sinis.

"Kau pun sama, buka mata besar-besar," balas Molot sebelum menyusul Badang dan Jakal yang sudah mendahului.

Panglima Qodi turut berpaling seiring beiringan dengan Muda Kasturi mencari Batu Zuan yang tiba-tiba perlu dicari oleh mereka.

○○○

Robert beriringan bersama Holland menuju sebuah banglo berwarna ungu. Sambil itu mereka berbual tentang Dylan yang baru dikenali beberapa hari lepas. Tak disangka yang remaja itu mempunyai tempat perlindungan yang lebih besar dan luas serta mampu menampung keseluruhan ahli mereka dalam satu masa.

Di banglo ungu ini, mereka terpaksa berkongsi sepuluh sehingga 12 orang dalam sebuah bilik. Bayangkanlah. Tapi, lepas ini mereka semua bakal berpindah dan duduk di tempat yang lebih selesa. Dan banglo ini bakal dijadikan stor makanan dan senjata.

"Kita kena letak tiga puluh orang berkawal kat sini," cadang Holland.

"Iya, aku tahu. Takkan nak biarkan benda berharga kita dicuri macam tu sahaja," ujar Robert.

Kemudian, mereka berdua tiba di hadapan banglo. Robert mengetuk daun pintu dengan pengetuk pintu perak, berbentuk bulat dan ada kepala serigala di atasnya.

Knock! Knock! Knock!

Tak sampai seminit, seorang gadis menguak daun pintu dari dalam. Robert menghadiahkan senyuman seiring melangkah masuk. Holland pun begitu, tapi ditambah dengan ucapan 'terima kasih' dan 'sudah makan ke belum?' sebelum disambung lagi dengan pelbagai pertanyaan. Biasalah, Holland memang begitu. Mulutnya manis bila berbual dengan wanita. Ada sahaja topik untuk diajak bersembang.

"Maria," panggil Robert kepada gadis tadi yang ralit berbual dengan Holland.

"Iya, kenapa bang?" ujar gadis berambut hitam dan ikal mayang itu.

"Orang tu dah sampai?" Soal lelaki berambut perang itu.

"Dah. Dia tunggu di bilik tetamu," jawab Maria.

"Okay," kepala Robert terangguk-angguk. "Lagi satu, suruh semua orang berkumpul dekat hall." arah Robert. Matanya memandang jam di pergelangan tangan. "Lagi sejam tau, Maria," ujarnya lagi. Maria mengangguk seraya berlalu pergi dan sempat melambai kepada Holland.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Kde žijí příběhy. Začni objevovat