bab 20

149 16 2
                                    

Mawar berdiri tegak dengan sebilah pedang di genggaman kanannya di hamparan padang hijau yang luas. Bahunya turun naik dengan laju kerana kepenatan berlatih. Tiba-tiba satu pancuran cahaya putih menghentam tanah yang menjadi tempat berdirinya tadi. Nasib baik Mawar sempat mengelak serangan dari seorang lelaki yang sedang menerpa dengan laju ke arahnya. Dia tidak mahu mengalah, malah turut meluru laju sambil mengheret mata pedang di atas tanah. Mawar menghayun pedang dari bawah ke arah dada lawannya. Namun lelaki tersebut sempat mengelak dengan membengkokkan badan ke belakang.

Bilah pedang hanya membelah angin. Mawar tidak mengalah, dia menoleh ke belakang serentak menyerang lelaki yang berada di dalam kedudukan tidak stabil.

Ktank!

Bilah pedangnya sempat di tahan dengan golok panjang yang tiba-tiba berada di genggaman lelaki tersebut. "Kenapa ni Mawar? Atuk dapat rasa emosi kau tak stabil," ujar lelaki tersebut yang masih kelihatan muda walaupun membahaskan dirinya 'Atuk'.

"Atuk diam, lawan je dengan saya!" jerkah Mawar yang beriak bengis. Jarang dia lihat Mawar begini, biasanya dia akan kelihatan seperti gadis yang periang dan sentiasa tersenyum. Tapi kali ini, mukanya berkerut-kerut memandang lelaki di hadapannya.

Mawar meluru laju. Pedang dihayun laju berulang kali ke arah lelaki itu. Namun setiap tetakannya hanya membelah angin. Lelaki itu langsung tidak menghayun goloknya, hanya melompat ke kiri kanan atau berundur ke belakang tatkala bilah pedang Mawar hampir membelah badannya.

Ketika pedang Mawar hampir mengenai sasaran, pergelangan tangan yang menghayun pedang digenggam oleh lelaki tersebut. Serentak itu pedangnya terlucut dari genggaman dan jatuh ke tanah.

"Jangan berlawan ketika emosi tidak stabil. Setiap gerakan dan serangan berpandu dari sini," ujarnya sambil mengetuk jari telunjuk dikepala. "Jangan guna hati ketika membuat keputusan, gunakan akal," ujarnya lagi sebelum mengusap kepala Mawar.

Dia mengajak Mawar duduk. Sambil mengelus jemari gadis itu, dia bertanya.

"Kenapa Mawar? Ceritakan kat atuk, mungkin atuk boleh tolong," ujar lelaki tersebut sambil tersenyum nipis. Dia ingin tahu apa yang sedang dihadapi oleh cucunya.

Mawar menunduk. Tiba-tiba setitis air hangat menitis ke tangan lelaki itu. Dia terpempan seraya menyentuh dagu Mawar supaya gadis itu mendongak. Dengan ibu jari, dia mengelap basahan air mata yang mengalir di pipi Mawar.

"Mawar rindu abang ya ?" tebaknya. Lambat-lambat Mawar mengangguk. Dia membawa kepala Mawar di dadanya sambil membelai perlahan rambut gadis itu. Dia faham perasaan yang ditanggung anak muda ini, dia pun pernah merasainya dahulu.

"Nanti atuk bawa Mawar jumpa abang, nak?" ucapnya.

Mawar mengangkat kepala, wajahnya bertukar ceria. "Betul?" soalnya dengan anak mata yang bersinar.

Lelaki itu mengangguk. Mawar bersorak riang seraya bangun dan berlari menuju ke pintu masuk taman kemudian berpatah balik untuk menghadiahkan ciuman di pipi lelaki itu. Mawar kembali berlari, dia pula hanya memandang sosok gadis itu lesap ke dalam istana sambil tersenyum.

"Kesian cucu kau Merah, terpaksa menanggung rindu terhadap abangnya sendiri," ujarnya seraya bangun.

Pedang milik Mawar dicapai dan terus lesap dari tangannya. Dia menghela nafas panjang seraya melangkah menuju pintu masuk taman dengan tangan di dalam kocek.

..

"Kau pasti ni " soal Lord dengan riak serius.

"Ya Lord aku pasti. Aku kesian dengan Mawar. Kau tak kesian ke dekat anak muda itu? Dia terpaksa menanggung rindu dekat abangnya sendiri sampai menangis kau tahu,"

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now