bab 29

124 16 0
                                    

Pagi itu cuaca mendung. Matahari di ufuk timur sepertinya segan untuk memancarkan cahaya seperti biasa. Awan gelap pula berarak perlahan di kaki langit, menutupi keindahan pada waktu pagi.

Upacara pengembumian Hayyat telah dijalankan di atas bukit berhampiran pusara ayah Gambit. Badang, Muda Kasturi, panglima Qodi dan semua panglima Gerakan Guling, Molot, Awang, Jakal, Drako dan Drake, bersama-sama menyelesaikan upacara pengebumian dengan segera. Manakala yang lain hanya sekadar menjadi pemerhati.

Muda di sebelah Mona masih keliru dengan apa yang berlaku. Malam tadi, Mona cakap dia akan bertemu ayahnya. Tapi, yang ditemui hanya sekujur jasad kaku tidak bernyawa di dewan kem. Mulanya dia tidak percaya dengan kata-kata Mona. Namun, setelah diamati, baru dia tersedar yang wajah jasad yang dikatakan ayahnya sama dengan lelaki di dalam mimpinya.

Tidak lama kemudian, upacara pengebumian selesai dengan lancar tanpa sebarang masalah. Gambit yang badannya masih berbalut dengan kain, berjalan terhincut-hincut ke keramaian itu dengan tongkat. Dia telah tersedar pada awal pagi tadi ketika alam masih lagi gelap. Walaupun sudah ditegah oleh Ilmuwan Zain supaya tidak pergi ke pengebumian Hayyat kerana kecederaannya yang serius, tapi Gambit masih berdegil.

Panglima Taro yang menyedari kehadiran Gambit, bingkas menuju kepada ketuanya untuk membantu.

"Takpe, aku boleh jalan sendiri," tolak Gambit sambil meneruskan langkahnya.

Mereka yang berada di pusara, beranjak sedikit untuk memberi laluan kepada Gambit. Bahu Molot ditepuk tatkala Gambit berjalan melepasi lelaki itu sebelum turut melakukannya kepada Jakal dan panglima Qodi. Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Badang dan Muda Kasturi yang turut sama dalam operasi menyelamatkannya.

Pusara yang masih lagi merah tanahnya diperhatikan Gambit bersilih dengan perasaan yang bercampur-baur. Belum sempat dia ingin mengenali Hayyat dengan lebih dalam, musuh sudah datang merobek impiannya. Baru sahaja terlintas di fikiran untuk bertempur bersama-sama sang legenda untuk menumpaskan si iblis. Tapi, semuanya sudah lenyap sekelip mata.

Tapi, Gambit masih optimis. Perjalanan mereka masih jauh. Sekali lagi, dia telah diberi peluang untuk hidup. Kesedihan ini tidak akan sesekali melemahkan semangat mereka, malah menjadikan kehilangan Hayyat sebagai sebab untuk mereka bangkit berjuang walaupun nyawa berada di hujung tanduk.

"Berehatlah, nanti kita berjumpa," bisik Gambit sebelum berpaling ke belakang menghadap rakan-rakannya. Dia membelek satu-persatu wajah-wajah yang berada di situ. Wajah yang telah berjuang dan sentiasa berada di belakangnya di kala senang dan susah. Dia menghela nafas sebelum berkata-kata.

"Hari ni, kita telah kehilangan seseorang yang berjiwa waja. Selama ini, dia yang membangkitkan semangat juang kita dan telah memimpin warga Malagemalai terdahulu untuk menentang Sirius. Mungkin ada di antara kalian tidak pernah bertemu muka dengannya. Tapi, nama dan semangatnya tidak akan pudar selagi kita hidup dan berjuang di atas tanah bermaruah ini! Hari ini, aku bersumpah di hadapan kamu semua yang aku akan menuntut bela di atas segala perlakuan mereka,"

"Marilah! kita bangkit dari kesedihan ini! dan terus berjuang di atas nama Hayyat dan juga mereka-mereka yang telah gugur di medan pertempuran. Satu hari nanti, dendam ini pasti berbalas!"

○○○

Petang itu hujan. Lian, Qiang, Cargas dan Kong meredah cuaca buruk dengan menunggang Caballus. Qiang yang mengetuai di hadapan menarik tali yang melingkari leher Caballus seiring larian haiwan bersisik ungu semakin laju. Tiga susuk di belakang turut mengikut tempo larian Caballus yang dipacu Qiang.

Selepas meredah hutan, lereng bukit, laluan perkampungan dan sekali lagi melepasi hutan tebal sehingga cuaca bertukar elok, mereka tiba di satu kawasan kem di mana semua isinya sedang bergotong-royong menyiapkan tempat perlindungan berteraskan kayu dan tanah serta ada yang ralit menyiapkan tiang untuk menara kawalan.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now