bab 33

145 14 0
                                    

Saga duduk bersila seorang diri di tengah dewan kem dengan bibir yang bergerak-gerak. Kabut ungu sedari tadi berterbangan mengelilingi badannya serta kawasan sekitar seperti asap. Tumpuan penuh diberikan tatkala melakukan magis jelmaan. Sebarang gangguan kepada empunya tubuh badan boleh mengakibatkan kesan buruk.

Selang seketika, jelmaan Saga muncul bersama seorang lelaki yang sedang mengendong rakannya yang pengsan. Lelaki bertopi tersebut tertanya-tanya dengan keberadaan dua susuk Saga di situ. Tidak lama kemudian muncul seorang lagi jelmaan Saga dengan lelaki berjambul tinggi yang turut tidak sedarkan diri.

Saga yang sedang bersila mencelikkan matanya, serentak itu dua jelmaannya terus lesap menjadi habuk emas. Dia melirik pandangan kepada tiga susuk yang merupakan bekas ahli tertinggi Elder Creed di hadapannya.

"Haih, korang ni memang degil," komennya seraya bangkit berdiri.

Lelaki bertopi yang masih sedar hanya mencebik. "Kau tak boleh salahkan kami, Saga. Bukan mudah hendak menjilat semula apa yang sudah diluah," balasnya sambil membetulkan kedudukan topi ke bawah.

"Hahaha. Sekarang ada kau, Tailong dengan Kiran," Saga mula menukar topik. Malas hendak bertikam lidah.

"Kau memang sama macam dahulu. Langsung tidak pernah berubah," perli lelaki bertopi itu.

"Cukup Tyara seorang yang berubah. Takkan kau nak aku berubah juga?"

"Apa maksud kau?"

"Tyara dah sertai Sirius, kau tahu?"

"Apa? Tak mungkin dia sanggup berpaling tadah. Malah dia sendiri yang paling tidak mahu mengambil tahu pasal perang antara manusia di sini. Mana mungkin Tyara hendak menyertai Sirius," bidas lelaki tersebut.

"Heh. Kau kena terima kenyataan ini Leo. Sekarang, Tyara adalah musuh kita,"

Lelaki bernama Leo itu mendesis. "Musuh mereka, bukan aku," balasnya tegas.

Saga mengeluh berat. Dia menghampiri lelaki berjambul tinggi yang bernama Kiran. Lantas Saga menyentuh dahi Kiran dengan jari telunjuk yang bercahaya putih. Sejurus itu, Kiran tersedar dan bingkas bangkit berdiri. Dia membuka kekuda ketika terlihat wajah Saga. Riaknya bertukar serius.

"Hei, hei, hei rilek Kiran. Ni aku, Saga," pujuk Saga sambil cuba meredakan perasaan terkejut Kiran.

Kiran menilik sebentar lelaki di hadapannya. "Fuhh. Aku malas nak hadap Saga lagi satu. Tak seronok," balasnya seraya berdiri tegak. Dia menoleh ke arah Leo. "Hei Leo, lama tak jumpa," sapanya sambil mendekati Leo yang sudah membuka topi.

Leo dan Kiran saling berpelukan seketika. Mereka saling mengucapkan kata khabar tentang diri masing-masing.

"Balik kepada tujuan asal kita. Sebenarnya, aku himpunkan korang semua untuk membantu pihak pemberontak dalam peperangan yang akan menjelang. Kalau boleh, korang sumbangkan kudrat tenaga untuk misi mencapai semula keamanan tanah ni," usul Saga yang sedang duduk di atas meja.

"Kalau aku tidak mahu bagaimana?" soal Leo.

"Susah nak bercakap dengan orang keras kepala ni," perli Saga. Sabarnya kian menipis dengan lelaki tersebut. Kalau rakannya yang seorang itu sedar, pasti mereka bertiga kini sedang bertegang urat.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa," bidas Leo dengan dingin.

"Aku tak mahu rasa pun. Tapi, aku nak tanya kau. Kenapa kau tak mahu dengar arahan Lord dahulu? Setiap arahan dia kau buat endah tak endah. Kalau kau patuh, kau takkan rasa apa yang kau rasa sekarang," Saga memprovok rakannya.

Leo melepaskan deruan nafas dengan kuat.

"Jangan fikir pasal diri kau seorang. Ramai lagi orang yang Lord perlu kisahkan. Jika korang semua pun tak mahu membantu dia, baik buang sahaja," sambung Saga.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now