bab 18

144 18 0
                                    

Istana Seri Gelam, Kota Gemilang

Di dalam balairung istana, kelihatan susuk Raja Sirius duduk bersilang kaki sambil bermain bebola kecil hitam di jemari. Andrew yang kelihatan cedera masuk menghadap dan terus melutut satu kaki.

"Bagaimana?" soal Raja Sirius.

"Ampun tuanku. Hamba gagal menjalankan perintah tuanku. Misi menumpaskan pemberontak di wilayah barat gagal sekali lagi. Frouq dan Maliq mati. Kami terpaksa berundur kerana kekuatan askar pemberontak meningkat secara mendadak,"

"Hmmm. Mengapa kekalahan sering mengelilingi beta semenjak dua ini?" keluh Raja Sirius. Dia menurunkan kaki dan bangkit berdiri.

Raja Sirius melangkah serentak badannya menjadi asap. Kepulan asap turun di hadapan Andrew yang masih lagi melutut satu kaki dengan kepala menghadap lantai balairung istana.

"Ampunkan hamba tuanku! Hamba bersumpah, peperangan selepas ini adalah yang terakhir untuk mereka!" Sumpah Andrew walaupun badannya dipenuhi luka, tapi semangatnya dalam memerangi pemberontak tidak pernah luntur sama sekali.

Perlahan-lahan asap tersebut bertukar menjadi manusia. Raja Sirius menyuruh Andrew bangun.

"Askar tidak ramai sekarang. Beta sekarang mahu fokuskan perluasan kuasa. Jadi, beta naikkan taraf kamu menjadi kesatria. Terima kuasa ini dan jadilah lebih kuat," ujarnya sambil menyentuh dahi Andrew dengan jari telunjuk.

Selang beberapa saat kemudian, badan Andrew menjadi kejung dan terapung sambil meresap aura hitam yang terhasil dari hujung jari Raja Sirius. Tatkala baginda mengalihkan jarinya, Andrew jatuh terjelepuk di lantai balairung seri.

Sedaya upaya Andrew cuba bangun dan bertahan dengan dua tangan dilantai. Matanya terkebil-kebil.

'Ergghh, dah macam-macam kuasa masuk dalam badan aku,' getus Andrew.

Tiba-tiba mulutnya tersenyum seraya menepuk lantai. Seperti kertas, Andrew bangkit berdiri tegak sebelum menyeluk koceknya. Gelang ungu di dalam saku dikeluarkan. Dia menatap seketika sebelum menyarung ke pergelangan tangan.

"Tiga purnama lagi kita akan berperang. Beta mahu kau dan Algojo kumpul seberapa ramai askar yang boleh. Latih mereka. Perang lepas sudah gunakan suku daripada kekuatan askar beta. Tapi kita tewas. Kali ini beta sendiri yang akan ketuai armada Askar Maut," tambahnya lagi.

Andrew menunduk. Walaupun dia tewas. Tapi tidak seteruk dahulu. Kalah sehingga tidak ramai yang hidup. Kali ini, dari sepuluh ribu askarnya, dia berjaya membawa pulang lima ribu Askar Maut yang masih hidup. Memang benar, kekuatan pasukan pemberontak tidak boleh dipandang remeh.

Kini, dia dan Algojo mempunyai tempoh selama tiga bulan untuk mempersiapkan bala tentera terkuat kepada Raja Sirius. Kepalanya sudah bermain pelbagai rancangan dan latihan.

●●

"Aku minta maaf jika kamu berempat tidak selesa di sini." tutur Gambit.

"Kami selesa di sini. Layanan kamu, sungguh baik. Dan, pertempuran sebelum ini juga membuktikan yang pasukan kau memang kuat." balas Kong.

"Haha. Ini juga menunjukkan yang kamu berempat bukan calang-calang." Gambit memeluk bahu lelaki tegap itu.

"Haha. Terima kasih Gambit. Aku takkan lupa segala budi kau. Dan memang tepat pilihan Lian untuk bergabung tenaga dengan kau," ujar Kong lalu menghulur tangan.

Gambit tersenyum lebar sambil menyambut huluran salam. Molot menghampiri dan menepuk bahu Kong.

"Kirim salam kat Lian, cakap dekat dia, ingat lagi tak Molot."

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now