bab 40

112 13 4
                                    

Pada waktu pagi, Algojo, Tyara dan Andrew memulakan perjalanan menuju Gunung Gilake dimana istana Zaktabur terletak di belakang puncak gunung. Mereka menggunakan kristal teleport ke gunung tersebut bagi mengelakkan Algojo dan Andrew singgah dimana-mana kampung.

"Ini Gunung Gilake?" soal Tyara sambil melirik dari kaki gunung sehingga puncak yang diselaputi salji.

"Aah. Kedua tertinggi selepas Gunung Rao. Gunung yang mempunyai dua alam. Bawah normal, atas sejuk gila." jawab Algojo. Tyara mengerutkan dahi.

"Jom-jom. Leceh nak cari istana Dejin ni." ajak Andrew lalu menyentap tali fierce agar melangkah lebih laju.

Mereka beriringan melepasi pintu masuk gunung dan memulakan pendakian sehingga separuh perjalanan, mereka terpaksa mendaki dengan berjalan kaki kerana laluan yang semakin mengecil dan curam. Mereka harus melepasi puncak terdahulu sebelum boleh pergi ke belakang. Laluan yang berliku diredah dengan mudah walaupun ada ketika Andrew hampir terjatuh ke curam yang gelap. Nasib baik magisnya menafikan kejadian itu.

Setengah hari mencari, mereka menemui istana Zaktabur yang dikaburi dengan magis lutsinar bagi menyukarkan musuh mengesan kedudukan istana tersebut. Mereka melepasi kawalan pengawal di pintu utama setelah Algojo dan Andrew menunjukkan lambang tentera diraja yang mengatakan mereka kesatria tertinggi.

"Zaktabur. Aku membawa perintah duli maha mulia Raja Sirius untuk kau bersama seluruh bala tentera, menyertai kami dalam peperangan epik pada empat purnama menjelang. Segala penolakan atau sebarang pembelotan akan dikenakan tindakan undang-undang kerajaan tanpa sebarang kompromi." ujar Algojo bersama bukaan skrol emas di hadapan ketua Dejin yang sedang duduh megah di singgahsana.

Zaktabur yang berbadan kekar dan berkepala kerbau mengurut-gurut perlahan janggut tebalnya.

"Apa yang akan aku peroleh jika kemenangan berada di pihak Raja Sirius?" soal Zaktabur dengan suara paraunya.

"Seperti biasa. Nama, kekayaan, dan macam-macam lagi. Tapi, adakah kau yakin kita akan menang? Lebih-lebih lagi bila ada kau." Algojo cuba memancing kemarahan ketua Dejin.

"Bila kau menyoal begitu, kau seperti was-was dengan keampuhan Raja Sirius, wahai Kesatria Algojo." balas Zaktabur. Sinis.

"Tiada niat untuk aku merendahkan Raja Sirius. Aku sebenarnya was-was dengan orang macam kau. Sekejap, kau bukan orang. Kau beast. Beast yang pandai putar belit dan menipu." Algojo mempamerkan riak serius tatkala menghabiskan ayatnya.

Zaktabur mendesis sambil tersenyum sinis yang seperti terasa dengan kata-kata Algojo.

"Tch, tch, tch. Kau minta bantuan aku, tapi tidak percaya dengan aku. Malah berani mempermainkan aku yang merupakan ketua di tempat kau berdiri sekarang ini! dan.. ketua kepada seluruh Dejin di Malagemalai!" lantang suara Zaktabur membidas Algojo sehingga bergema di dalam istana.

"Aku datang ke mari bukan meminta bantuan kau. Tapi aku arahkan kau supaya menurut perintah Raja Sirius. Jika kau berdegil, jangan tanya mengapa kau dan seluruh kaum kau lenyap dari tanah Malagemalai ini."

Ugutan Algojo hanya mengundang tawa besar dari Zaktabur. Dia ketawa berdekah-dekah sambil memeluk perut.

"Kau nak ugut aku? Sedikit pun aku tidak gerun."

"Ini bukan ugutan. Ini adalah peringatan untuk kau. Aku rasa, kau mesti tidak mahu melutut lagi di hadapan Raja Sirius. Dan cakap dengan anjing kau. Jangan sembunyi bila tetamu datang, tidak hormat begitu." ucap Algojo sebelum berpaling dan melangkah pergi melepasi gerbang balairung istana.

Zaktabur hanya diam sambil melihat susuk Algojo yang semakin hilang dari pandangan. Riaknya masih sama seperti pada awal pertemuan. Tapi hatinya bergelojak dilanda nafsu amarah yang sengaja dijentik oleh lelaki bertopi hitam itu. Dia kenal lelaki itu, kesatria nombor dua Raja Sirius.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now