bab 34

142 17 6
                                    

Gambit ralit menyusun stok makanan yang baru dibeli dari pedagang yang menjual barang dagangan mereka di Kampung Rentaka. Dia bersama lima orang askar bergilir-gilir keluar masuk dari stor sambil memikul tong kayu yang diambil di kereta pacuan Caballus. Badan tegap mereka dibasahi dengan peluh yang mencurah keluar dek cuaca panas dan keadaan yang berbahang di dalam ruangan kedap udara itu.

Setelah selesai menyusun segala tong berisi makanan kering dan basah di dalam beberapa barisan, dia melepaskan kelima-lima askarnya pergi berehat sebelum sambung menjalankan tugasan semula.

Dari jauh, dua susuk lelaki berjalan meredah cuaca panas sambil seorang lagi mengomel tentang keadaan yang berbahang. Kiran hanya menyepikan diri dengan tangan di dalam kocek. Sekali-sekala dia akan membetulkan kedudukan jambulnya. Di sebelahnya, Saga asyik mengeluh kepanasan.

Gambit duduk tersandar sambil mengibas mukanya dengan kipas tangan berwarna putih kusam. Dia sengaja tidak menyarung baju ke badan supaya angin dapat menyapa kulit badannya. Dengan riaknya yang berkerut serta mulut yang sedikit ternganga dia disapa oleh seseorang. Gambit lantas mencelikkan mata seraya mendongak.

"Eh Saga," tegurnya seraya mengajak dua lelaki di sebelahnya duduk.

"Gambit, ni Kiran. Nanti dia akan turut membantu ketika peperangan berlaku," terang Saga.

Gambit mengangguk sambil menyambut huluran tangan dari Kiran.

"Kau yakin ke yang perang akan tercetus?" tanya Kiran yang duduk berhadapan dengan Gambit.

"Sirius sendiri yang sudah menetapkan tarikh peperangan besar antara kami dan dia," jawab Gambit mendatar.

"Berapa lama lagi?"

"Kurang dari empat bulan,"

"Dah tak lama tu,"

"Segala persiapan awal sudah kami sediakan. Tinggal menunggu masa yang sesuai untuk ke fasa lagi satu," Gambit merenung tepat ke anak mata Kiran. "Kemudian, baru tiba fasa terakhir," sambung pemimpin Gerakan Guling itu.

Kiran hanya mengangguk. Tapi otakknya ligat memikirkan soalan yang mahu diaju kepada susuk lelaki dihadapannya.

"Panas eh cuaca. Kalau dapat jus limau sedap ni," ujar Saga tiba-tiba. Dia ni memang gemar mengubah topik perbualan. Walaupun ketika itu topik yang sedang dibincangkan merangkumi hal penting.

"Takpun jus tembikai. Memang pergh," sampuk Kiran sambil menaikkan kedua ibu jarinya. 

"Bagus juga tu. Jom, Saga. Kau belum jumpa anak Lord Asdtal lagi kan?" ajak Gambit bersama pertanyaan.

Saga menggeleng. "Mesti dah besar budak kecik tu," ujarnya seraya berdiri dan mengikuti Gambit yang sudah berjalan. Kiran di belakang hanya membuntuti rakannya menuju sebuah rumah.

..

Mona, Kencana, Ayu dan Dara sedang galak bersembang dan diselang-seli dengan hilaian tawa dari mereka berempat. Kadangkala, mereka bertepuk-tampar sesama sendiri sebelum tertawa.

"Shah? Tak mahulah," ujar Kencana setelah dia dipadankan dengan lelaki tersebut oleh Ayu dan Dara.

"Tak yah fikir sangat pasal lelaki ni. Nanti bila masanya tiba, kamu berdua akan berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mencintaimu dengan sepenuh hati. Macam Ayu kita ni," perli Mona sebelum pinganggnya dicubit gadis itu.

"Macam tak percaya pula yang akak bercinta dengan Molot," omel Dara.

"Itulah orang tua ada cakap. Mula-mula benci, lama-lama sayang," tambah Mona lagi sebelum meletus tawa dari ke empat-empat gadis itu. Namun tangan Ayu tetap menjalar mencari sasarannya untuk dicubit.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now