bab 35

106 16 0
                                    

Dua askar besi yang masih hidup, bergabung menjadi satu setelah berhempas pulas menyerang untuk menumpaskan lawan yang lebih kecil daripada mereka. Setelah menggabungkan anggota badan mereka, saiz mereka bertambah tinggi dan gagah dengan cantuman-cantuman di bahagian tubuh sehingga memaksa lawan mendongak untuk melihat mereka.

"Cilaka, diorang bergabung pula," desis Saga.

"Woi! gunalah kuasa kau dol!" teriak Kiran.

"Tak boleh,"

"Pehal pulak?"

"Kau nak aku kena tangkap dengan Sirius? Kalau aku guna kuasa aku secara berlebihan, mereka pasti akan dapat mengesan kuasa magis alam." terang Saga kemudian berkalih memandang Gambit dan yang lain sedang bertempur.

Jakal dengan pedang besarnya menetak bilahnya tepat di kepala askar besi. Namun serangannya tidak mendatangkan sebarang kesan malah membuatkan musuh semakin amuk. Jakal terpempan seraya berundur sebelum menyerang semula dengan jasad haiwannya. Jakal melompat tinggi sebelum melibas pedangnya, serangan aura biru gelap berbentuk bulan sabit meluru laju kepada askar besi.

Sedikit sebanyak serangan tersebut membuatkan askar besi terundur beberapa tapak ke belakang. Tanpa memberi peluang, Jakal menyerang lagi dengan sfera ungu sehingga menghasilkan bunyi letupan kuat. Dia tersenyum sinis memandang kepulan asap tinggi hasil dari serangan magis letupannya yang kuat. Namun senyumannya mati tatkala mengesan pergerakan di sebalik kepulan asap tersebut.

"Kelemahan dan kekuatan dia terletak dekat bulatan biru di tengah dada." ujar Saga setelah menilik askar besi dengan kelebihannya yang mampu memeriksa sesuatu dengan hanya menumpukan fokus pada satu titik, sebelum ianya bercambah menjadi luas mengikut kemahuan penggunanya. (Kuasanya sama macam Dao-yu)

Gambit dan Mona memerhatikan bulatan cahaya biru yang berkedip di dada askar besi yang kembali beraksi dengan membantai semula Jakal. Ayu pun turut membantu dengan mengeraskan tanah di bawah tapak kaki musuh. Dengan mudah askar besi melepaskan cengkaman yang menganggu pergerakannya. Pada kesempatan itu juga, Jakal melepaskan sfera hitam bersalut kilat dan dua gelang yang berputar di kelilingnya menuju askar besi.

Ayu menjauhkan diri sebelum menghasilkan magis pelindung. Jakal pula melesapkan diri.

Sekali lagi bunyi letupan terhasil berserta pancaran cahaya dan angin kencang menerpa laju kulit wajah mereka. Gambit dan Mona menunduk sebelum pelindung hemi sfera bersaiz besar terhasil. Saga dan Kiran yang turut menunduk mengerutkan dahi tatkala sapaan angin kian perlahan. Mereka mendongak. Siapa yang buat pelindung?

"Apa benda bising-bising ni?" soal satu suara yang sangat dikenali dari belakang.

"Haa, kau baru nak bangun Molot!" jerkah Mona.

Molot buat muka bodoh sebelum sambung tidur. Dia sempat berpesan supaya berperang elok-elok, nanti cerita kepada dia apa yang telah jadi. Gambit hanya mampu menggelengkan kepala. Dia pun tidak boleh berkata apa kerana tahu apa yang telah dilakukan oleh Molot dan Jakal. Segala persiapan sudah selesai dengan gandingan dua sekawan itu. Dia dan Mona pun hanya membiarkan lelaki itu berehat walaupun kadang-kala Mona membebel tidak puas hati. Jakal pun sepertinya sudah tidak kelihatan di kawasan pertempuran. Ayu pun sudah berlindung bersama mereka setelah letupan tadi.

Di sebalik kepulan asap, askar besi melangkah keluar dengan badan yang dipenuhi calar dan beberapa lekukan besar di bahagian dada dan kepala. Percikan elektrik terhasil di bahagian-bahagian yang mengalami kerosakan.

Jakal di kejauhan hanya mampu mendesis dengan kebangkitan askar besi. Dia sudah kepenatan untuk meneruskan pertempuran kerana menggunakan banyak tenaga dalaman untuk menghasilkan magis letupan tahap tinggi. Dengan penat selesaikan tugasan belum habis, ditambah lagi dengan pertempuran ini membuatnya tidak bertenaga.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now