bab 32

153 16 0
                                    

Salasilah keturunan Muda dan siapa Roar?

Di Malagemalai cuma ada satu keturunan sahaja yang boleh memerintah, iaitu keturunan Raja Dermawan. Kelebihan ini dikurniakan kepada baginda kerana telah memenuhi ramalan tentang lelaki yang berjaya menyatu-padukan seluruh rakyat Tanah Malagemalai di bawah satu pucuk kepimpinan. Kerajaan Kayangan telah mengurniakan daulat serta beberapa kuasa agung kepada Raja Dermawan dan keturunannya. Kuasa yang menyaksikan warisan kerajaan Raja Dermawan mampu kekal sehingga ke hari ini walaupun Raja Merah telah digulingkan. Walau begitu, masih ada ura-ura kebangkitan yang kian meluap demi merampas semula kedaulatan Malagemalai dari kegelapan.

Dahulu, pada ribuan tahun yang lampau, Malagemalai pernah dijajah dengan kuasa gelap yang jauh lebih kejam dan penuh dengan seksaan. Kegelapan ketika itu berasal dari alam gelap yang cuba menjajah satu persatu kawasan sekitar. Malagemalai termasuk di dalam perancangan mereka.

Dermawan yang pada ketika itu masih belasan tahun telah bangkit menentang kuasa gelap yang diketuai Drazal. Tetapi, kuasa Drazal sangat menggerunkan. Kekuatannya tiada tolok banding, seperti dewa kematian yang dipenuhi kegelapan. Setiap kali dia muncul, kehancuran pasti akan berlaku.

Pertempuran yang berlaku ketika itu maha dahsyat. Tubuh pendekar yang bangkit menentang Drazal dan askar musuh bergelimpangan di merata kawasan. Ada yang tiada kepala, badan tinggal separuh malah ada hancur meninggalkan anggota badan yang bercerai di merata kawasan. Bau darah segar mampu meloyakan sesiapa yang berada di sekitar.

Yang kelihatan cuma Dermawan bersama seorang lelaki berambut panjang lengkap dengan sepersalinan pendekar berwarna hitam serta tanjak emas di kepala. Di tangan lelaki itu terdapat keris panjang yang berukir naga di bilahnya. Hulu keris berwarna merah digenggam kejap sambil membuka langkah. Dermawan pun begitu juga, di tangannya terdapat dua bilah pedang yang bersilang di hadapan wajah.

"Goarrr!"

Drazal yang sebesar bukit mengaum sekuat hati seperti puas dengan apa yang telah dilakukannya. Ngaumannya sahaja telah menghasilkan deruan angin kuat yang menjatuhkan pokok dan dinding-dinding bangunan. Saki baki askar musuh turut terkena tempias kuasa Drazal. Dermawan dan lelaki di sebelahnya tidak berkutik walaupun diterpa dengan angin kuat. Riak mereka bengis memandang musuh yang telah mengheret mereka ke lurah seksaan.

"Mari abang, kita sudahkan si bangsat ini!" ajak Dermawan dengan bersemangat.

"Kalau itu yang kau mahu. Marilah," lelaki tersebut melompat tinggi. Dermawan di belakang pun turut mengikut abangnya.

Keris panjang yang dijunam kepada Drazal sudah bertukar warna kebiruan. Lelaki bertanjak emas meluru dengan kelajuan penuh sambil berteriak. "Ini semua untuk kawan-kawan aku!" jerkahnya dengan nyaring seiring melibas kerisnya.

Drazal hanya menadah serangan yang disangkakan tidak memberi sebarang kesan kepada tubuh tebalnya. Selama ini, tiada satu pun serangan yang pernah mencederakan kulitnya. Tapi siapa sangka yang serangan sekecil itu mampu membelah dada Drazal sehingga terpancut darah hitam. Dermawan tidak mahu berdiam diri malah turut berlari sambil melibas pedang-pedangnya di badan Drazal.

Suara teriakan Drazal yang kesakitan kedengaran hingga hujung sempadan. Penduduk yang mendengar hanya berpelukan sesama mereka sambil merintih ketakutan. Ada yang bersembunyi di dalam rumah, ada yang bertafakur memohon supaya kemenangan berpihak kepada Dermawan. Sudah terlalu lama Drazal menguasai tanah ini dengan kejam. Sebelum ini mereka hidup tenang di bawah pemantauan pemerintah Kota Awan dan kerajaan Kayangan. Namun segalanya berubah tatkala Drazal mengambil alih tampuk pemerintahan Malagemalai secara paksa, sesiapa yang memprotes akan dibunuh tanpa sebarang bicara.

Penduduk juga terpaksa memberi hasil tuaian tanaman dan hasil hutan kepada kerajaan serta anak gadis dan teruna mereka ditangkap untuk dijadikan hamba seks atau buruh kasar untuk membina istana agung Drazal yang terletak di tengah Tanah Malagemalai.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now