bab 5

186 24 11
                                    

SETELAH menemui rumah penginapan, Ayu dan Dara memilih jalan belakang bangunan yang tidak sesesak laluan utama menuju rumah sakit. Tanpa disedari, mereka sedang diperhatikan sepasang mata dari atas bangunan. Pandangan Algojo langsung tidak beralih daripada dua wanita itu walaupun ketika melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain bagi membuntuti sasaran.

Tatkala Ayu dan Dara menghampiri penghujung jalan, Algojo melompat turun. Mendarat dengan melutut satu kaki sambil menundukkan wajahnya.

"Kau siapa?" Ayu yang terkejut dengan kehadiran susuk berpakaian serba hitam secara mengejut, menolak Dara supaya berlindung di belakangnya.

Algojo berdiri sambil menyeluk poket. Dia senyum meleret kepada dua beradik yang tidak mengenalinya.

"Aku Algojo. Kau, Ayu kan? Yang di belakang tu, Dara," tuturnya tenang. Topi yang senget, dibetulkan kedudukannya.

"Algojo?" dua beradik tersebut kehairanan.

"Korang mungkin tak kenal aku, tapi Molot pasti kenal."

"Ya, memang kami tak kenal pun siapa kau." Dara menonjolkan wajah dari belakang Ayu.

"Hahaha. Tidak apa. Yang penting kau sampaikan salam aku kepada Molot. Cakap kepada dia. Kelak, kita akan bertemu." Algojo langsung ghaib dan muncul di atap bangunan. Dia memerhatikan Ayu dan Dara yang tercari-cari susuknya sebelum ghaib sekali lagi.

DI rumah sakit, Molot yang baru sahaja keluar dari pintu utama diterpa oleh Ayu dan Dara. Bertalu-talu soalan dilempar kepadanya secara bertali arus. Nasib baik marahnya sudah hilang. Kalau tidak, mahu dia mengamuk sekali lagi di hadapan rumah sakit ini.

"Kalau ya pun bagi aku jalan dulu. Aku nampak macam kaunter pertanyaan segera ke?" perli Molot.

Dua beradik hanya tersengih. Mereka membuntuti Molot menuju sebuah kafe bernama Trossa Cafe yang berdekatan rumah sakit. Mereka bertiga menghuni sebuah meja kosong yang agak tersisih dari pelanggan lain. Seorang gadis berambut merah dan berapron merah jambu berjahit nama kafe, datang mengambil pesanan.

"Orderlah, aku tahu korang lapar. Dari pagi kita belum makan." Molot membelek menu yang disediakan.

Memang benar apa yang dikata Molot. Sedari pagi mereka belum menjamah sebarang makanan. Sekarang ini, waktu pun sudah melepasi tengahari. Selang dua puluh minit yang tidak diisi sebarang perbualan, pesanan mereka dihantar oleh gadis pelayan tadi. Tanpa lengah, juadah disantap dengan segera.

"Macam mana dengan Caki? Dah okay ke belum?" soal Ayu.

"Caki okay. Lagipun takat lebam-lebam biasa je. Dia pun dah sedar tadi, itu yang aku keluar cari makanan." Molot terus menyuap daging bakar.

"Baguslah," balas Ayu ringkas. Dia menikmati semula juadah yang terganggu sebentar.

"Molot, tadi ada orang yang kau kenal jumpa kami berdua." Dara merapatkan wajah dengan telapak tangan di tepi mulut.

"Shiaapa?" Molot kembali mengunyah ketika Dara mengambil masa untuk menjawab kerana dihadang Ayu yang menyukarkan Dara untuk berkata-kata.

"Ish akak ni..Molot, nama dia Algojo. Lagi satu, dia cakap..."

Molot kelihatan tersentak apabila nama Algojo singgah di gegendang telinga. Dia menaikkan jari telunjuk di hadapan Dara. Daging di dalam mulutnya dipaksa telan sambil mengetuk dadanya dan meneguk air kosong.

"Kau berdua cepat habiskan makan."

Tanpa banyak soal, Ayu dan Dara lekas menghabiskan juadah. Usai makan, Molot meninggalkan beberapa kepingan pot di atas meja. Terburu-buru mereka bertiga keluar dari kafe yang kedengaran sayup ucapan terima kasih dari dalam.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now