bab 24

131 17 0
                                    

"Jakal!" teriak Molot dari jauh.

Jakal yang sedang membidik sasaran berbentuk bujur dan berwarna coklat dengan busur panah, menoleh kepada Molot. Lelaki berambut kerinting itu berlari perlahan sebelum tiba di hadapan Jakal.

"Jom, ikut aku selamatkan Gambit," ujar Molot.

"Huh? Asal dengan Gambit? Kena culik?" bertalu-talu soalan diaju oleh Jakal.

"Panjang ceritanya, jom ah ikut aku,"

Molot berpaling seraya melangkah. Jakal melesapkan busur dan anak panah di tangan sebelum berlari mengejar Molot yang sudah agak jauh berjalan.

○○○

"Magis pengundur masa!"

Badan Tyara yang sedang melangkah ke arah Hayyat, tiba-tiba terundur ke belakang dan melakukan perkara yang dilakukan sebelum ini seperti ulang tayang secara mengundur.

Masa berundur sehingga ketika air baru sahaja surut. Hayyat yang telah melakukan magis pengundur masa, bingkas berlari kepada Gambit dan terus menghasilkan pelindung kaca berbentuk kubah.

Gambit terbatuk-batuk. Dia bangun seiring duduk bersila. "Apa sudah jadi? Bukan aku sepatutnya dah mati?" Gambit menyoal Hayyat yang sudah tersandar di dinding kubah. Dadanya turun naik dengan laju. Perlahan-lahan kabus tebal berwarna putih menerpa permukaan kubah kaca pelindung yang dihuni mereka berdua.

"Aku undur semula masa.. atau lebih tepat ulang semula.. apa yang telah berlaku beberapa minit sebelum ini," terang Hayyat dengan termengah-mengah. Ternyata, magis ini telah menggunakan tenaga dalaman Hayyat dengan banyak. Tapi nak buat macam mana, ini sahaja pilihan yang dia ada. Kalau tidak, maut yang menimpa mereka.

Hayyat membetulkan kedudukannya. Kepalanya menoleh kepada Gambit. "Sekarang masa untuk kau beraksi pulak, aku dah tak boleh berlawan. Tenaga aku sudah banyak habis," ujarnya sambil tersenyum nipis.

Gambit menghela nafas dan bangkit berdiri. Dia memandang Hayyat sebelum bertukar menjadi serigala. Serigala jadian yang berperisai hitam chrome dari leher sehingga kaki. Pedang hitam hijau dan hitam kilat terhasil di dua genggaman tangannya.

"Serahkan saja pada aku. Tadi aku cuma main-main," ujar Gambit sambil mengangguk. Perisai besi menjalar dari belakang kepala sehingga menutupi wajah serigala Gambit. Dia memandang ke hadapan. Kabus putih masih tebal, tapi itu tidak menjadi masalah buat Gambit. Tak ada siapa yang pernah membekukan dirinya jika zirah besi ini digunakan. 

Dinding kubah terbuka sedikit untuknya. Gambit melangkah keluar dan berhenti, kaki dibengkok seketika untuk mengumpul kuasa ungu gelap di tapak kaki. Dia merenung  kelibat Tyara yang kelihatan samar di sebalik kabus. Dengan sekali tujahan, Gambit meluru dengan laju kepada Tyara sehingga meretakkan tanah yang dipijaknya.

"Rasalah! amukan Gambit si penderhaka!"

○○○

Jakal, Molot, panglima Qodi, Muda Kasturi dan Badang telah ditugaskan oleh Mona untuk menyelamatkan Gambit dan Hayyat. Pada mulanya, Mona tidak mempercayai seratus peratus kata-kata panglima Qodi tentang keberadaan tiga nama manusia yang tertulis di dalam lipatan sejarah sebagai wira. Namun, ketika dia bertemu dengan Panglima Muda Kasturi yang agak berusia dan juga Badang, dia mula percaya apa yang dikatakan oleh panglima Qodi.

Dengan adanya Badang dan Muda Kasturi di kalangan mereka, peluang untuk menyelamatkan Gambit dan Hayyat kelihatan semakin cerah.

"Muda tahu tak yang ayah dia masih hidup lagi?" soal Molot kepada Mona.

"Belum. Aku nak buat kejutan kat dia," jawab Mona. "Molot, kau serius ke dengan Ayu?" soal Mona secara tiba-tiba.

Jika soalan begini diaju kepada lelaki-lelaki biasa, pasti mereka akan melatah atau tergagap-gagap untuk melontar jawapan. Tapi tidak bagi Molot, dia lelaki yakin dan sudah bersedia dengan jawapan untuk soalan-soalan seperti ini.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now