bab 23

128 17 1
                                    

"Kita perlu ke sana segera!" Ujar panglima Taro dengan riak tidak puas hati. Sebelum tiba-tiba jatuh terduduk di atas tanah.

"Tak boleh," balas panglima Qodi.

"Kristal teleport?" Panglima Taro sepertinya tidak mahu mengalah.

Panglima Luna dan Kunyit pula yang terjelepuk jatuh. Terlalu banyak tenaga yang telah digunakan ketika menghasilkan portal dimensi tadi. Untuk menghasilkan portal dimensi, ia memerlukan aliran kuasa magis yang banyak dan kuat. Jika tenaga dalaman yang ada di dalam badan sesorang itu tidak banyak, kesannya, individu tersebut akan mengalami kepenatan dan memerlukan rehat yang cukup.

"Sabar Taro. Untuk guna kristal teleport pun memerlukan tenaga dari penggunanya. Lihat saja kondisi gadis ini, sudah terduduk," ujar Muda Kasturi sebelum membantu panglima Luna untuk berdiri.

Badang mengangkat panglima Kunyit dan meletakkannya di belakang badan. Dia terus melangkah menuju pagar besi. Panglima Qodi turut terasa tenaga dalamannya semakin berkurang. Namun dia tetap membantu Taro melangkah masuk melepasi pagar yang sudah dibuka.

Beberapa ketika kemudian, Molot melawat panglima Qodi yang sedang berehat di ruangan khas untuknya seorang.

Setelah panglima Qodi menceritakan segala perkara yang berlaku kepada Molot, dari pertemuan dengan Hayyat sebelum berjumpa dengan panglima Badang dan Panglima Muda Kasturi sebelum dia dan empat empat lagi panglima telah membuat portal dimensi, dimana Gambit dan Hayyat tidak berjaya melepasi kerana diserang secara curi oleh musuh.

"Hmmm. Parah juga ni," komen Molot. Dia terdiam agak lama. "Boleh bawa aku jumpa dua orang tu?" soalnya pula.

Panglima Qodi mengangguk. Mungkin Molot boleh tolong mereka kali ini.

○○○

"Jadi ini lah, Gambit," ujar Tyara sambil melangkah keluar dari kepulan asap yang terhasil dari serangan magisnya.

"Gambit yang menyusahkan aku. Kau telah menyebabkan aku dibuang dari Kota Awan!" Tyara terhenti dengan jelingan tajam kepada Gambit yang sudah berdiri tegak dengan pedang bilah hitam dan hijau di tangan.

"Dan kau menyebabkan kuasa kesayangan aku hilang separuh! Huh hari ini aku akan ajar kau cukup-cukup" ujar Tyara lagi sambil menghasilkan beberapa bulatan air sebesar penumbuk di sekeliling badannya sebelum dilancar kepada Gambit dalam bentuk seperti panah kecil.

Gambit tersengih. Dia meluru laju.

Boom! Boom! Boom!

Bunyi letupan silih berganti tatkala bilah pedang Gambit membelah panah kecil. Dia melompat-lompat dari terkena serpihan letupan sebelum mendarat satu kaki. Kaki dibengkok seketika sebelum menujah badan keatas dengan kelajuan penuh.

Tyara mendongak tatkala susuk Gambit keluar dari kepulan asap lalu menyerangnya dengan serangan libasan magis berbentuk X. Tyara menaikkan telapak tangan. Lima pancuran air seperti tentakel sotong, melibas serangan Gambit dan meletup.

Hayyat bangkit perlahan-lahan. Dia menggelengkan kepala beberapa kali sebelum memandang hadapan. Matanya sedikit terbuntang. Dari jauh, kelihatan Gambit sedang menjunam laju ke bawah dan mendarat sebelum menetak pedangnya berulang kali ke arah Tyara yang bersenjata tombak trisula.

Perlahan-lahan Hayyat bangkit berdiri. Terhasil percikan api di kedua telapak tangan sebelum menjadi bebola api berwarna hitam kemerahan. Bebola api tersebut membesar sehingga mencapai saiz seperti kepala manusia.

Gambit melepaskan bebola hitam kearah Tyara yang sedang mengunci bilah pedangnya di celahan trisula. Tyara mengelak seraya melompat jauh ke belakang. Gambit menghela nafas lalu menujah badannya kepada musuh dengan pedang dijulang tinggi.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now