bab 38

107 10 0
                                    

Muda membuka kekuda di hadapan Saga. Pemilik kuasa magis alam itu hanya memerhatikan cucu Raja Merah berada pada posisi bersedia seperti hendak bertinju. Mawar di belakang Muda mengenggam pedang. Saga melibas udara, bulatan magis merah muncul pada telapak tangan seraya terhasil golok panjang. Dia menggapai golok berhulu coklat dan terdapat ukiran matahari pada bilahnya.

Sejarawan Malagemalai telah menyenaraikan beberapa senjata berkuasa seperti Pedang Oiden, Pedang Sedaulat, Trisula Friz, Tombak Awang, Kerambit Cakar, Keris Hitam yang dikatakan mitos, Golok Saputra yang merupakan miliknya. Serta Sabit Kematian.

Saga mendongak bersama renungan tajam dan riak serius di wajah. Dia mengaju senjata kepada Muda.

"Keluarkan Pedang Sedaulat! Tunjukkan aku seluruh kemampuan kau. Lawan aku seperti aku musuh paling kau benci." perintah Saga seiring aura ungu mula melilit tangan serta goloknya.

Muda yang pantang dicabar menyeru pedang pusaka.

"Jangan malukan pemilik-pemilik Pedang Sedaulat terdahulu."

Muda melangkah setapak ke hadapan lalu lesap. Namun, susuk badannya tidak muncul di kawasan sekitar. Saga leka mengesan kedudukan Muda sehingga tidak perasan akan kemaraan Mawar yang tinggal beberapa langkah sahaja untuk menghentamnya dengan pedang diseret pada tanah.

Desiran angin menyapa telinga Saga seiring mengerling, Mawar menyerbu dengan laju. Dia menolak tubuh ke belakang. Libasan pedang Mawar dielak sipi dari mengenai dada. Serentak itu, Muda muncul di sebelah Saga bersama bebola api.

"Cis, pandai budak ni.. Tapi tak cukup pandai," getus Saga dalam hati.

Serangan Muda tersasar mengenai tanah. Susuk Saga yang tadinya berdiri tanpa ada peluang untuk lari, sudah tidak kelihatan. Muda memandang Mawar, kening kanan dinaikkan. Mawar mengangguk faham.

"Heh, apa ni? Serangan tahap amatur." perli Saga di belakang dua beradik itu.

Muda bingkas berpaling, matanya bertukar merah. Saga tidak memberi peluang untuk Muda bertukar, lalu melibas golok bersalut aura ungu. Muda bingkas menaikkan pedang bagi menahan serangan magis. Percikan aura berselerakan bersama impakan kuat terhasil tatkala bilah pedang pusaka menepis serangan sehingga Muda terseret.

Pertarungan bersambung dengan Mawar mencelah bersama libasan pedang, Saga mengelak. Muda membetulkan kedudukan seraya mencacak pedang pada tanah. Dia merapatkan telapak tangan, matanya terpejam rapat bersama mulut yang terkumat-kamit. Aura kilat mengalir keluar lalu menyaluti seluruh badannya. Mata dibuka seraya menggenggam semula pedang. Serentak itu bilah pedangnya bertukar menjadi ribuan kilat yang bergabung menjadi satu. Muda menyeringai bersama pandangn membunuh terhadap Saga.

Saga mengilas serangan cucunya seraya berpusing. Mawar kematian gerak tatkala Saga berada di belakang. Satu hentakan kuat mengenai belakang badan Mawar membuatnya melambung dan jatuh menghentam tanah. Bibirnya mengerang sakit di sebalik kepulan debu yang terhasil.

Mata Muda membulat, dia menyerbu bersama pedang dijulang tinggi. Saga turut menyerang. Dua senjata berbeza nama bertembung dengan kedua pemiliknya tidak mahu mengalah. Bunyi libasan serta percikan kilat kelihatan seperti bunga api yang mewarnai malam. Serangan Saga dihadang lalu ditolak. Muda berputar setempat sambil mengumpul tenaga pada lengan kiri sebelum melibas pedangnya.

Sekali lagi senjata mereka bertembung.

Muda berundur setapak sebelum Mawar yang berlindung sebalik badan Muda, menyerbu dengan kelajuan penuh. Saga sempat mengilas serangan tersebut, namun tidak untuk serangan Muda yang jauh lebih pantas. Namun, libasan pedang Muda hanya mengenai baju Saga sehingga kelihatan kesan terbakar panjang yang menyenget dari dada kanan sehingga perut.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now