"Ouhh.." Hasya mengangguk.

"Abang abang..nanti kita nak makan dekat mana lunch?" Hasya berdiri tegak sebelah Uwais dengan kepalanya masih statik mendongak memandang suaminya.

Ting!

Uwais masuk tanpa menjawab soalan Hasya.

"Selamat pagi tuan"

"Hai.." Hasya melambai kepada dua orang staf perempuan yang berada di dalam lif.Nasib baik dia ikut,kalau tak abang Uwais naik sekali dengan diorang.

"Abang abang..nanti kita makan dekat kafe bawah tu ok?" Hasya masih lagi dengan soalannya.

"Ok.."

Hasya senyum lebar.Langsung tak terasa hati dengan layanan acuh tak acuh Uwais.Bila pintu lif terbuka,kalut-kalut Hasya mengejar langkah besar Uwais.Hampir terlepas pegangannya di tangan Uwais.

"Jangan lari la.." Uwais menegur di sebelah.Tak faham dengan perangai Hasya hari ni,selalunya sopan je.

"Ok ok.." Hasya kembali membetulkan langkahnya.Hasya senyum sambil mata melilau memandang keliling.Dia terlihat satu lukisan yang begitu cantik tergantung di ruangan menunggu.

"Abang aba---"

Mulut Hasya terkunci bila Uwais melekapkan bibir mereka.Hanya sekilas sebelum Uwais melepaskan bibirnya.Jari Hasya naik menyentuh bibirnya.Lembutnya abang Uwais cium.

"Jangan cakap lagi.Nanti masuk office cakap ya." Uwais sebenarnya agak terhibur dengan mulut kepoh Hasya namun bila hanya suara nyaring Hasya yang terdengar di bangunan itu,agak membingitkan.Pagi-pagi pun dah bising.

"Saya nak cerita lukisan tu cantik".Hasya menunjuk lukisan dengan jari telunjuknya tapi mata masih memandang Uwais.

Uwais menoleh sikit.Dia senyum.Kepala Hasya diusap.

"Suka ya? Nanti abang bawa balik rumah.."

Uwais menegakkan tubuhnya sebelum menarik tangan Hasya masuk ke biliknya.Hasya tercengang.Abang?

"Selamat pagi Tuan" Setiausaha Uwais bangun menunduk hormat bila Uwais tiba di pintu biliknya.Hasya turut menunduk kepada setiausaha Uwais.Sempat dilambainya sebelum dia mengikut Uwais masuk ke pejabat.

Uwais melepas tangan Hasya dan kemudian dia mengambil kerusi rehatnya ditolak menghampiri meja kerjanya.Tangan Hasya diraih lalu di dudukkan Hasya atas kerusi tersebut.

"Duduk sini.."

Uwais mengambil remote aircond lalu dinaikkan suhu.Risau juga bila Hasya sejuk.Takut nanti asmanya datang.

"Terima kasih abang." Hasya menghadiahkan senyuman.Uwais mengangguk.Dia mengusap kepala Hasya sebelum satu ciuman singgah di kepala Hasya.

"You're welcome.."

Uwais mengambil tempat di kerusinya.Laptop dibuka dan Iphonennya dikeluarkan dari poket seluar slacknya.

Hasya cuma menyandar memerhati Uwais.Untung wuu ada suami handsome,pandang tak jemu.Tapi yang sebenarnya kalau dah cinta tu,tak segak pun suami tu tetap lelaki terkacak di dunia.

Uwais sekali sekala mengerling melihat Hasya yang tersenyum-senyum memandangnya itu,dah macam orang miang pun ada.Nasib baik isteri sendiri.

Uwais membalas balik renungan Hasya.Ajaib bila Hasya tak melepas matanya.Berani dah yea..

Uwais makin merenung.Tangannya meletak pen yang dipegang lalu tubuhnya disandar ke kerusi.Mata helangnya tepat ke mata Hasya.Belum masuk satu minit,Hasya dah melarikan mata.Uwais senyum,yeayy menang!

"Jantung saya berdebar.." Hasya berkata jujur sambil memegang dadanya.Uwais tergelak.Hasya masih memegang dadanya.Laju betul.Macam baru lepas lari.

Mungkin inikah yang dinamakan cinta?~

Uwais senyum melihat reaksi Hasya yang macam baru budak bercinta itu.

"Suka?"

"Suka.." Hasya mengangguk.Suka bila jantungnya berdegup kerana Uwais.

Uwais berkelip mata.Dalam tak sedar,dia pun merasakan hal yang sama.Parah ni bila jatuh cinta kat isteri sendiri.Mahu tak keluar bilik ler..

"Hasya.."

"Ya?"

"Jom pergi honeymoon."

Hasya membulat mata dengan ajakan Uwais.Dia bangun dari kerusi lalu mendekati Uwais.Dengan tanpa amaran,dia sedap duduk di riba Uwais.

"Yeayy..betul ke abang?" Hasya menyandar di dada Uwais.Tangan Uwais dimainkan.

Uwais mengangguk."Nak pergi mana?"

"Venice!" Hasya menjawab terus.Memang itulah satu-satunya tempat dalam angan-angannya.

"Ermm..Venice ok jugak.." Uwais turut mengikut jari Hasya yang bermain di tangannya.Suka bila tangan lembut tu main di tangannya.

"Hihihihi...best.." Hasya sengih.

"Abang.." Hasya mengalih kepala memandang Uwais.

"Ya sayang.."

Hasya kembali menyandar tanpa melanjutkan percakapannya.Dia tersengih-sengih.

"Abang.."

"Ya sayang.." Uwais tabah menjawab.Tahu Hasya suka dengar dia panggil sayang.Hasya hik hik ketawa lagi.

"Abang.."

"Dah la sayang.."

×××

"Tuan Uwais dan isterinya merancang untuk berbulan madu di Venice."

Wanita separuh abad itu tersenyum sambil memandang ke arah taman bunganya yang luas.

Dua sudu cream dimasukkan ke dalam cawan kopinya.Diangkat cawan tersebut penuh etika kemudian digoyangkan supaya cream tersebut melata.

Sempat dihidu aroma kopi Itali tersebut.

"Perhatikan mereka.." kemudian wanita menghirup sedikit.

Uwais Naufal..

28 January 2018

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now