Saga berundur agak jauh.

"Kau berdua bagus. Guna serangan mengejut untuk menembusi pertahanan aku. Tapi teknik yang sama tak boleh guna dua kali." ujar Saga sebelum menarik bajunya sehingga terkoyak. Badannya tegap dengan ketulan otot hasil latihan selama ini.

"Cuba yang ini pula!" Jerkahnya sebelum lesap.

Mawar dan Muda berpusing satu tempat sambil memperkemas genggaman senjata. Mereka bersedia dengan kehadiran Saga. Saga muncul tinggi di udara sebelum menjunam badannya.

Muda mencuit lengan Mawar agar mendongak sebelum golok bersalut aura ungu menghentam dua beradik. Tanah kedap sehingga menghasilkan kawah serta kepulan debu terhasil dek plat-plat tanah yang pecah. Saga terapung memandang kepulan asap.

Mawar menurunkan tangan. Serentak itu pelindung magis yang menghalang serangan Golok Saputra hilang. Muda mejeling kepada Saga yang masih berada pada posisi terapung di udara. Dia mendarat setelah sedar serangan tersebut berjaya ditahan.

Seperti halilintar, Muda menyerang dengan kelajuan penuh. Mawar mencuri nafas sebentar sebelum menjalankan rancangan seterusnya. Muda bertarung dengan segala skil pedang ajaran Mona dan Gambit untuk menewaskan Saga. Atau setidaknya dapat melukakan sedikit lelaki itu. Setiap gerakan dan serangan duo mereka berdua sering dikilas oleh Saga seperti sudah dapat dibaca. Kelajuan mereka tidak mampu menandingi lelaki itu.

"Malu Merah jika tengok kau main pedang macam ini. Lemah, macam budak mentah." provok Saga ketika dia berjalan mengelilingi Muda dan Mawar yang kepenatan setelah dua jam bertarung.

Bahu Muda naik turun dengan laju. Dengan penat dan sebal kerana satu serangannya tidak mengenai Saga, ditambah lagi dengan mulut Saga yang pakar memprovok membuatkan hatinya mula menggelegak.

"Jangan kata Sirius, kesatria dia pun belum tentu kau dapat tewaskan." tambah Saga.

Benteng yang menahan amarah Muda kian tipis. Ibarat lava yang bakal meletus bila-bila masa sahaja, menggelegak kepanasan dengan buih-buih bahang. Muda dapat merasakan ada sesuatu sedang meronta-ronta untuk keluar dari dalam badannya. Semakin amarahnya menggila, semakin kuat sesuatu itu menyondol untuk meruntuhkan penghadang yang memenjaranya.

"Lepaskan dia. Biar ia bebas, Muda." Saga menghasilkan zirah besi berwarna ungu gelap. Dia dapat merasakan tekanan kuasa Muda kian meninggi. Risau juga jika terpaksa menggunakan banyak kuasa magis demi menghadang amukan kuasa unggul Diraja yang menggerunkan.

Muda semakin tidak terkawal. Nafasnya sesak seperti ada sesuatu yang menyempitkan paru-paru, pandangan beransur menjadi merah. Badannya terasa dibakar hidup-hidup, terutamanya pada lambang naga di dada. Terlampau menyucuk sakit di situ. Rontaan sesuatu itu juga semakin tidak terkawal. Badan Muda tersentak-sentak. Mawar dan Saga cuba menghampiri, tapi tekanan kuasa yang terlampau kuat menyebabkan mereka sukar untuk mendekati Muda, malah semakin kuat menolak.

Dalam kekalutan itu, Muda semakin tidak terkawal sebelum rebah. Benda terakhir sempat dilihatnya adalah seekor helang yang terbang tinggi di udara pada gugusan awan sebelum gelap.

"Muda!!"

○○○

Leo dan Tailong beriringan memasuki kampung bernama HUTAN TEBAL sambil meneliti kawasan kampung yang sunyi daripada sebarang keriuhan. Hanya kicauan burung melatari suasana lewat petang itu. Sesuai dengan namanya, kampung ini agak mundur dengan hanya terdapat sebuah bangunan dua tingkat, sebuah kedai runcit dan tiga kedai makan yang terletak secara berjauhan. Rumah pun tidak banyak yang ada.

Sesekali mereka bertembung dengan penduduk biasa dan sekumpulan manusia berpakaian serba hitam, bertanjak dan bersenjata. Barangkali itu adalah pengawal yang menjaga kawasan kampung.

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now