Bab 19

194K 7.3K 1.1K
                                    

Paginya,Uwais membawa Hasya pulang ke rumah mereka.Sepanjang perjalanan,mereka dikawal ketat oleh bodyguard Uwais.

Hasya menoleh memandang Uwais yang memimpin tangannya masuk ke dalam lif.Dia mendekatkan tubuh mereka lalu tangan Uwais dipeluk.Pipi disandar ke lengan sado Uwais.

Uwais memandang Hasya yang hanya separas bawah bahunya.Kepala Hasya diusap.

"Kenapa ni?"

Hasya menggeleng sahaja.Dia juga tak tahu kenapa dia berbuat begini.Dia cuma terasa nak menempel dengan Uwais.Kalau boleh nak lekat bawah ketiak Uwais.

"Kau orang boleh balik." kata Uwais kepada dua orang pengawal yang sedari tadi mengikut mereka sebelum pintu lif ditutup.Pengawal tersebut mengangguk kepala.

Pegangan tangan mereka Uwais lepas.Belum sempat Hasya mahu memuncung,Uwais terlebih dahulu memaut bahu Hasya lalu tubuh Hasya dibawa ke dakapannya.

Hasya senyum sumbing di dada Uwais.Uwais merehatkan dagunya di atas kepala Hasya sambil tangannya mengusap bahu isteri kecilnya itu.

"Kau kena serius tahu lepas ni.Aku ajar kau pertahan diri sikit-sikit." Senyuman Hasya kendur sikit.Dia mengangguk lalu tangannya naik menggengam baju di dada Uwais.

"Aku tak nak hilang kau.Ingat tu!" Uwais melepaskan pelukan.Hidung Hasya dicuit kemudian dia membetulkan awning tudung bawal Sugarscarf Hasya.

Hasya mengangguk.Dada Uwais kembali didakap.Kakinya terjengket sikit."Hasya pun tak nak hilang abang"

Uwais senyum merasa tangan kecil Hasya melingkar ditubuhnya.Semakin lama semakin ketat.Pintu lif dah terbuka.Nasib baik tak ada yang menunggu.

"Hasya.." lembut Uwais memanggil sambil tangannya mengusap belakang dan kepala Hasya.

"ye.." Hasya menggumam di dada Uwais.Sedap bau di dada Uwais.Selesa dia menyandar pipi di dada Uwais dengan mata terpejam.

"Jom kita sambung manja-manja dalam rumah ya.Sekarang ni kita dekat luar baby.."

Perlahan Hasya melepaskan pelukan.Dia mendongak lalu sengih tak bersalah.Uwais menarik lembut hidung Hasya.Asal nakal sangat bini aku ni?

"Jomm" Uwais menarik Hasya keluar dari lif.Sampai di hadapan rumah mereka,Hasya mengambil kasutnya dan kasut Uwais lalu diletak di rak kasut.

"Jangan lupa kunci pintu." pesan Uwais kepada Hasya yang masih berada di muka pintu.Hasya menyahut.Pintu segera dikunci.

"Abang,nak makan apa untuk breakfast?" tanya Hasya yang mengikut langkah Uwais ke bilik tidur mereka.Uwais yang tengah membuka butang baju itu berfikir sejenak.

"Nak mee goreng yang ada telur tu.Susahkan kau tak?" Uwais berpusing menghadap Hasya.Langkah Hasya terhenti di hadapan suaminya.

"Apa pula susah.Hasya masak,lepas tu kita buat bekal pergi training ya?" Hasya mengalih tangan suami lalu dia menggantikan untuk membuka butang kemeja Uwais.

Uwais mengangguk."Boleh boleh.Telur buat half cook ya."

Hasya senyum.Tangannya lincah membuka butang baju Uwais.Uwais menurut perbuatan Hasya yang sedang membuka bajunya.

"Hasya siapkan air panas" kata Hasya sebelum dia melangkah ke dalam bilik air dengan baju Uwais yang disangkut di bahunya.Uwais memerhati tindakan Hasya.Bertuah badan..

Uwais turut membuka langkah ke bilik air.Terlihat isterinya itu yang sedang terjengket mengubah suhu air.Uwais tersengih,pendek.Dia membuka pintu rak kaca lalu mengambil satu tuala putih.

"Eh abang..bila masuk? Nak Hasya mandikan ke abang nak mandi sendiri?" Hasya berdiri di sebelah Uwais,menunggu arahan.

Uwais memusing badannya memerhati Hasya.Matanya merenung dalam Hasya yang terpacak di hadapannya ini.Satu keluhan kecil terlepas.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now