Uwais ketap bibir.Indahnya malumu isteriku.Uwais memasukkan tangan ke dalam poket sambil mendekati Hasya.Dia menyandar di tepi sinki bersebelahan dengan Hasya.Kepalanya disengetkan mengintai wajah Hasya.

Satu tangan dikeluarkan mengusap pipi merah isteri pemalunya itu."Tak pa..aku ada.Kalau kau malu,kau masuk bawah ketiak aku.

Hasya senyum sikit."Ok abang"

Uwais gelak kecil."Aku nak pergi ruang tamu jap.Aku tinggal kau tak pa kan?"

Hasya mengangguk.Suaminya di sini pun bukan membantu pun.Tolong tengok je.

"Ok" Pipi merah Hasya diciumnya lalu melangkah naik ke ruang tamu.Hasya terdiam sebelum bibirnya mengukir senyum.Bibir bawahnya digigit.Kakinya dihentak seronok.Kedua belah tangan dibasuh dan ditekup ke pipi.Fuh panas.

Yeay! Dapat kiss.

Dia menoleh ke belakang.Nasib baik Uwais dah tak da.Hasya senyum lagi lebar.Aku dah jatuh cinta ke? Bestnya perasaan ni.Arghh..

"Kamu ni dok senyum-senyum kenapa?" Terhinggut bahu Hasya.Mak Wan tercegat di pintu dapur sambil memandangnya.Hasya menjatuhkan tangan di pipi.Dia menggaru kepala.

"Tak ada apa pun Mak Wan.Eh ni Mak Wan tak pergi kebun lagi ke?" Cepat-cepat Hasya menukar topik.Mak Wan pun dah pandang dia lain macam.Atas bawah,atas bawah.Hasya sengih.

"Mak Wan terlupa pisau toreh.Nak menoreh macam mana tak bawa pisau?" Jawab Mak Wan sambil mengambil pisau toreh di bingkai tingkap.

Hasya mengangguk.

"Dah..ni tutup pintu.Nanti ayam masuk"

Hasya berlari anak menuju ke pintu."Assalamualaikum Mak Wan"

"Waalaikumussalam.." jawab Mak Wan dan terus membonceng motorsikal EX5 buruknya itu ke kebun.

Jam di atas peti ais di pandang.Dah 8:30 pagi.Masanya mengemas.Dapur dah kemas,raga-raga bawang,dalam peti ais semua dah dikemas tadi sementara menunggu Uwais.Ikan,ayam,udang semua dah bersiang.

Dia naik tangga menuju ke ruang tamu dengan membawa penyapu dan penyodok.Uwais sedang bersenang di atas sofa sambil menonton rancangan Didi and Friends.Kejap-kejap tawanya meletus.Entah apa yang lawaknya.

Dia menyapu ruang kosong antara ruang tamu dan dapur dahulu sebelum menyapu di set sofa yang berdepan dengan pintu masuk.Uwais di tempat televisyen.Hanya sofa tempat duduk 3 sahaja disitu.Itu pun sofa yang dah lama.

Usai di dua tempat itu,Hasya menuju ke tempat Uwais."Abang,saya nak sapu sampah kejap ya"

"Hmm.."

Hasya memulakan kerja menyapu dihadapan televisyen.Tertonggek-tonggek dia menyapu di bawah kabinet.Tumpuan Uwais sudah pun beralih.Kini punggung Hasya yang berbalut kain batik ditonton.Seksinya.Warna kain batik tu pulak koko dan merah.

Hasya melakukan tugas tanpa menyedari dirinya diperhatikan.Uwais makin seronok dengan tayangan dihadapannya ini.Hasya ke kanan,matanya ke kanan.Hasya ke kiri,matanya ke kiri.

Hasya..Hasya..kau memang suka cari pasal.

Hasya ke hadapan untuk menyapu bawah sofa yang diduduki Uwais.Uwais tak mengalih.Matanya senang melihat orang rumahnya ini membuat kerja.

Uwais nampak lentikan bulu mata yang berkedip-kedip itu,hidung mancung,bibir merah basah,peluhnya yang berkilau dileher putih melepaknya langsung tak mencacatkan.

Macam mana dia boleh kahwin dengan perempuan secantik,sesuci dan senaif Hasya? Rezeki kau Uwais..

Bila pandangan bersabung dengan mata bulat hazel itu,dia hanya menghadiahkan senyuman kepada isterinya itu.Memang benar bidadari itu wujud.Dihadapan matanya sekarang.

"Hasya kemas rumah dulu ya? Nanti Hasya datang teman abang."

"Ok" jawab Uwais sambil matanya masih di televisyen.Padahal dalam hati sudah bersorak riang.

Hasya berlalu dari situ.Setibanya dia di dapur,dia meloncat perlahan.Riang.Penyapu dan penyodok disandar ke dinding.Dia menekup pipi sambil meloncat.

"Dia senyum kat aku ke tadi?" Dia menyoal dirinya sendiri.Ya Allah,hensemnya...

Tadi kiss,ni senyum.Mak Wan..habislah jantung Hasya macam ni,asyik nak gugur je.Dia mencapai penyapu dan penyodok balik.

Haii..senangnya hati..

Dalam 20 minit,barulah Hasya timbul.Entah apa yang dikemasnya.Uwais tengok rumah ni kemas je.Sampah pun tak da.Bersih.

"Lamanya.." tegur Uwais bila Hasya sudah bersimpuh di tepi meja kopi.Ye lah,sofa semuanya dikaut Uwais.

"Hasya gosok bilik air tadi.Ada lumut sikit tepi kolah."

Uwais melihat baju Hasya.Basah sikit di bahagian bawah dan lengan baju.

"Kau tak rimas ke pakai baju lengan panjang?" Sakit mata Uwais pandang baju t-shirt kelabu yang dipakai Hasya.Dah la basah-basah,tak pula disinsing ke siku.Biar saja menutup seluruh lengan.Nasib baik baju tu elok-elok dengan tubuhnya.Tak nampak selekeh.

"Hasya selesa.Lagipun Hasya tak da baju lengan pendek.Baju Hasya semuanya lengan panjang" jawab Hasya.Kedudukannya pun dah beralih menghadap Uwais.

"Ouhh.."

Uwais memandang Hasya tak berkelip.Hasya tak pernah pakai lengan pendek.Jadi selama ni,aku je la yang berpeluang tengok seluruh tubuhnya itu.Hatta depan Mak Wan sekalipun ditutup.Bertuahnya badan..

"Esok sebelum balik rumah aku bawak kau shopping baju baru.Aku tak nak tengok kau pakai baju ni dah.Baju kau semua tinggal kat sini." Uwais dah mula mengeluarkan arahannya.Hasya mengangguk saja.Lagipun tu kan arahan suami dia,dia tak boleh bantah.

"Kau kalau duduk rumah sorang-sorang kau buat apa je?" Uwais bertanya lagi.Berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang gadis pingitan hadapannya ini.Erk? Gadis lagi ke?

"Hasya kemas rumah---"

"Bukan-bukan,maksud aku selain kemas rumah" Uwais mencelah.Takkan kemas rumah sepanjang masa?

"Hasya buat..." dia berhenti." Ermm..kalau Mak Wan bawa balik benih,Hasya suka menanam.Tu sayur-sayur belakang rumah,Hasya yang tanam" dia menunjuk di tingkap.Aku intai sedikit.Banyak sayur,siap berpagar lagi.

"Kalau tak ada benih,Hasya suka menjahit.Baju kurung Hasya dengan Mak Wan,semua Hasya jahit" semangat dia cerita.

Uwais senyum.Cukup pakej Hasya ni.

"Kau ambik upah menjahit tak?"

"Ambil.Waktu bulan puasa,letih Hasya.Sebab banyak sangat baju.Nasib baik ada Mak Wan tolong Hasya jahit silang pangkah,mata lalat dengan jahit span"

"---- selain tu,Hasya suka buat kek dengan cookies.Nanti ada masa,Hasya buatkan dekat abang eh? Abang suka brownies tak? Nanti Hasya buat.Tapi kat dapur rumah abang kena ada oven,pemukul telur, semuanya lah"

Uwais senyum saja dengar celoteh Hasya.Geram tengok bibir tu.

"Hasya,Mak Wan selalu balik pukul berapa?"

"Dalam pukul 12 macam tu,sebelum makan tengah hari.Kenapa abang?"

Uwais menggeleng.Dia bangun duduk."Dekat sikit" dia menggamit Hasya.Hasya mendekat.Uwais menyelak bulatan leher Hasya sehingga ke bahu.Kesan tembakan dah kering.Tak berbalut,cuma tampal je tempat luka tu.

"Sakit tak sini?" Uwais bertanya menunjukkan bekas tembakan di bahu Hasya.

"Sakit sikit.Tapi darah dah tak keluar.Tapi Hasya dah boleh buat kerja----"

"Tapi Hasya dah boleh layan abang?"

Hasya tak berkelip memandang Uwais."Mmmaksud abang?"

"Kau boleh layan aku tak? Aku nak kau" Uwais bertanya terus.Semalam tak ingat pulak dia dengan luka Hasya.Nak terkam je.Tapi nasib baik tak ganas sangat semalam.Haha!

"B-boleh."

"Hmm.."

Uwais bangun dan terus menarik Hasya ke bilik.

Isteri Dari Syurga
21 Oktober 2017

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now