"Dah makan?" Tanyanya di telinga Hasya sambil tangannya mengepung.
Badan Hasya terkebelakang sehingga menyentuh tubuh Uwais.Dia menoleh.

"Ya Allah abang,terkejut Hasya.Belum lagi.Tunggu abang."

"Oo.." Uwais meletakkan dagunya di atas bahu Hasya.Dari gerak tubuh Hasya,Uwais tahu Hasya agak janggal.Nak bermesra pun malu-malu lagi.

"Masak apa pagi ni?"

"Hasya buat nasi goreng.Tapi kalau abang tak makan,Hasya ada sediakan roti bakar dengan jem" jawab Hasya sambil tangannya lincah membasuh sudu-sudu dan sudip.Pinggan tak banyak.Pagi lagi kan?

Uwais senyum.Tak tahu kenapa rasa indah sangat.Sarapan,isteri sediakan.Sebelum ni dia hanya menjamah pancake dan kopi Starbuck yang dibeli setiausahanya saja.

"Tak pa.Abang makan je semua" bisiknya ditelinga Hasya.Hasya yang menggeliat tak selesa itu diendahkan.

"Uwais dah bangun?"

Uwais kalut-kalut melepaskan tangan yang dah naik ke pinggang Hasya.Dia menoleh sambil menggaru kepala.Senyuman dihadiahkan.

"Eh Mak Wan..haah..dah bangun" Dia menyandar di sebelah Hasya.Hasya tak menoleh,malu barangkali.Muka pun dah mula memerah.

Uwais menuju ke meja makan.Hasya dah pun siap membasuh.Dia menarik kerusi di sebelah Uwais.Senduk dicapai."Abang nak nasi goreng ke?"

"Haah"

Hasya menceduk nasi dengan penuh cermat lalu diletak ke dalam pinggan Uwais.Walaupun tak pernah makan nasi waktu pagi,telankan saja.Isteri yang buat.

"Mak Wan"

Mak Wan menghulurkan pinggannya kepada Hasya.Baru saja Hasya duduk mahu membaca doa,Uwais terlebih dahulu menelan nasi.

Hasya cuma membaca perlahan,tak nak malukan suaminya.Mak Wan cuma tersenyum memandang Hasya.Hasya membalas.Tak pa Hasya,slow slow.

Selesai sarapan,Mak Wan bersiap-siap ke kebun.Tinggal Uwais dan Hasya saja didapur.Uwais duduk diatas kerusi sambil memerhatikan Hasya.Teringat dia rahsia malam semalam.Hasya sangat cantik,sopan santun.Dara yang bukan sebarang dara.Dara kampung.Betul-betul terjaga luar dalam.

Dia perhatikan tubuh Hasya,tak ada tanda disentuh langsung,malah makin berseri.Tubuh Hasya rendah dan lagi kecil dari tubuh Hatasya.Boleh ke?

"Hasya.."

Hasya menoleh sesaat."Ye abang"

"Esok kita balik KL,aku ada banyak kerja kat office."

"Ok,Hasya ikut abang je"

Uwais mengangguk.Bagus betul isteri aku ni.

"Petang ni aku nak jalan-jalan kat kampung ni.Aku nampak sign board air terjun semalam kat hujung tu.Kau bawak aku eh?"

Hasya terdiam sejenak sebelum mengangguk.Dia menoleh dan senyum kepada Uwais."Boleh.."

"Tapi selalu kat situ ada orang lepak.Lelaki ada,perempuan ada.."

Uwais mengangkat kening."Habis tu?" Apa kena kalau orang melepak pun.Tempat tu diorang punya ke?

"Hasya malu.." perlahan je Hasya menjawab.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now