Molot menarik nafas. "Kalau sang fajar bisa bicara, pasti dia akan berkata 'ya' berulang kali.. Tapi, tak perlu sang fajar yang berbicara.. Biar aku sendiri yang bicara kepada kamu, yang aku benar-benar serius dengan Ayu. Apa lagi yang dibutuhkan sebagai bukti supaya kau mempercayai keseriusan aku?" jawabnya panjang lebar.

"Woo woo rilek Molot. Bagus la kalau gitu. Takdelah aku risau,"

"Jangan risau sangat pasal aku Mona. Ayu boleh jaga anak-anak aku nanti, aku yakin,"

Mona ketawa dengan balasan daripada Molot. Molot mengikat rambutnya. Kemudian dia menepuk bahu Mona. "Yang penting, aku nak nama anak aku, Mojo," ujar Molot. Mona ketawa sekali lagi dan telah menarik perhatian panglima Qodi yang sedang menunggu Molot.

"Woi! cepatlah!" laung panglima Qodi.

Molot terus berlari sambil ketawa. "Rileklah, gelojoh sangat kenapa?" ujarnya seiring menghasilkan portal dimensi. Ke lima-lima susuk tersebut melompat masuk ke dalam lingkaran bulatan bersaiz besar secara bergilir-gilir sebelum lingkaran portal dimensi semakin kecil dan lesap.

Selang seketika, mereka tiba di kawasan yang sudah hancur dan musnah seperti baru sahaja berlaku pertempuran yang dahsyat.

"Aku dapat rasa yang mereka berdua dalam bahaya," ujar Badang.

Molot mengiakan lantas melangkah ke hadapan. Plat-plat tanah dan batuan kecil berselerak di merata kawasan. Lubang kawah berada di sana-sini. Pokok-pokok yang berada berdekatan, kebanyakannya patah dua, malah ada yang tumbang mencium tanah. Namun, kawasan itu terasa sejuk. Dingin seperti di pergunungan Rao yang dilitupi salji.

"Eh?" Molot membongkok seraya mengutip benda seperti gelang yang sudah terputus. Warnanya coklat dan agak berbau. "Bau macam babi tak mandi sial!" Jerkah Molot. Gelang itu dilempar ke tanah semula.

Panglima Qodi menghampiri Molot. Dia mengutip semula gelang tersebut dan membeleknya.

"Rosak deria bau aku," ujar Molot. Panglima Qodi tertawa.

"Kau rasa ini kerja siapa?" tanya Muda Kasturi kepada Badang yang sedang mencangkung menilik kepingan ais bersaiz kecil.

"Aku tahu siapa, kerana aku boleh rasa yang kepingan ais ini dihasilkan daripada kuasa naga ais," jawab Badang.

"Freeze?"

Badang mengangguk.

"Pewaris yang sekarang bukan Tyara ke?" soal Muda Kasturi lagi.

"Itu yang bermain dalam kepala aku. Kenapa dia serang, Gambit dan Hayyat? Bukankah dia sepatutnya ada kat Kota Awan?" jawab Badang berserta soalan.

"Cuma ada satu teori yang aku boleh usul," ujar Muda Kasturi setelah senyap seketika.

"Apa dia?"

"Tyara berpaling tadah dari Lord dan menyertai armada Sirius,"

"Kalau dia berpaling tadah, mesti ada sebab yang kukuh. Takkan secara tiba-tiba sahaja?" bidas Badang.

"Itu aku tak boleh jawab, Badang. Aku tak tahu satu apa pun yang sedang berlaku di sana,"

"Hmm tak apalah. Kita tinjau di sini dahulu, cari apa-apa klu yang boleh membantu," kata Badang seraya melangkah.

Setelah agak lama meninjau di keseluruhan kawasan, mereka berlima berkumpul dan berbincang. Setelah yakin dengan keputusan untuk memecah masuk kubu utama musuh, Molot membuka portal dimensi ke kubu utama Askar Maut.

"Musuh kali ni nampak macam kuat,"

"Bukan macam, memang kuat pun," Jakal membidas kata-kata Molot.

"Iye Jakal, dia memang kuat. Sebab itu aku nak kita bergabung," ujar Molot.

"Bergabung?" dahi Badang berkerut.

Molot tersengih. "Haa, Qodi, kau bawak batu Zuan?" Panglima Qodi mengangguk sebelum mengeluarkan Batu Zuan dari kocek baju. "Dengan kuasa magis batu ni, korang berempat akan bergabung menjadi satu jasad. Tapi, apa yang diberitahu oleh Ilmuwan Zain, gabungan ini hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja. Jadi musuh perlu ditumpaskan dalam kadar segera," terang Molot panjang lebar.

"Ohhh hebat kuasa batu ni," komen Badang.

"Sfera magis, memang lah hebat," balas Molot.

"Ceh," Badang tersenyum sinis.

Bibir Molot bergerak-gerak sambil menolak masuk Batu Zuan betul di tengah dahi panglima Qodi. Perlahan-lahan, batu tersebut tenggelam masuk ke dalam kepala ketua panglima Gerakan Guling itu. Molot berundur beberapa tapak ke belakang dan berdiri sebelah Jakal.

Untuk seketika panglima Qodi berdiri seperti biasa sebelum kejung secara tiba-tiba. Matanya bertukar putih, kepalanya terdongak ke atas dengan mulut ternganga dan sedikit mengeletar. Agak lama dia berkeadaan begitu sebelum beransur normal.

Anak mata panglima Qodi bertukar biasa seiring pergerakan badannya kembali pulih. Dia menggeleng kepala. "Lain macam kuasa batu ni," komennya sambil memandang ke empat-empat susuk di hadapannya.

"Tak jadi apa-apa pun," ujar Jakal.

"Memanglah. Kau nak dia jadi beruk ke?" bidas Molot.

"Eeh kau ni, nak gaduh ke?"

"Kau sembang lebih, malas aku," Molot terus mendekati panglima Qodi dan membisik sesuatu di telinga lelaki itu.

Badang dan Muda Kasturi hanya mendiamkan diri.

Panglima Qodi terangguk-angguk. Molot menjarakkan kepala dari panglima Qodi sebelum menepuk lengannya.

"Okay. Sekarang, kita pecah masuk kubu ni secara sembunyi dahulu. Cari kat mana penjara diorang, selamatkan Gambit dan Hayyat, lepas tu cabut," Molot mengatur rancangan. "Kalau boleh jangan sampai timbul sebarang masalah," tambahnya lagi.

Badang tersengih mendengar pelan daripada Molot. Dia mencelah.

"Ini tempat aku. Kau semua jangan risau," ujar Badang.

"Kenapa pulak?"

"Kalau dah kena penjara kat sini, lepas tu lari, kena tangkap, lari lagi, kena tangkap, lari lagi, sampai askar dekat sini dah bosan dan bagi pelepasan untuk Badang berjalan-jalan dalam penjara tanpa had," jawab Muda Kasturi bagi pihak Badang.

Jakal, Molot dan panglima Qodi terangguk-angguk dengan mulut sedikit ternganga.

"Tunggu apa lagi. Jom kita masuk 'taman permainan' aku,"

Tanah Magis Malagemalai (Edit)Where stories live. Discover now