This is it!

2K 165 38
                                    

BAB 52 : INI PENENTUANNYA


Letupan demi letupan semakin jelas kedengaran dari segenap arah. Sesiapapun tidak tahu dari mana arah datangnya yang tepat. Pelbagai cahaya aneh sedang berlegar-legar di ruang udara. Satu-persatu mempunyai fungsi yang berbeza. Gegaran turut dirasai pada bumi yang dipijak. Bahaya kini ada di mana-mana.

"Apa yang berlaku??" Pekik Emma dalam keadaan panik apabila keluar dari biliknya bersama Lana dan Dayah.

Tasnim, Cska dan Yuna yang juga baru keluar dari bilik mereka dalam keadaan cemas tidak menjawab. Mereka juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Pikah memandang sekeliling dengan wajah yang masih separuh sedar. Uqasha pula sedang mendongak ke langit dengan mata yang dibesarkan.

"Apa hal ni??" Olive bertanya dalam keadaan masih dengan baju tidurnya. Matanya terbuka luas tidak berkelip. Webly dan Baekhair berjalan perlahan-lahan sambil menggosok mata.

"Yuna!! Awak tak apa-apa??" Qushairy segera berlari ke arah teman wanitanya dengan wajah yang risau.

Yuna hanya mampu menggeleng dengan dahi yang berkerut. Apa yang berlaku saat ini lebih menjadi keutamaan. Vince dan Xiao Wei tiba dengan wajah kebingungan. Mereka terus memandang sekeliling tanpa bertanya apa yang sedang berlaku. Geoffry turut memandang sekeliling. Cuba mencari jawapan sendiri.

"Ada yang tak kena." Khairul menggumam dengan kepalanya masih mendongak ke langit. Ke arah cahaya yang kini semakin menipis.

Zamir dan Rizal turut melakukan hal yang sama seperti lelaki berlesung pipit itu. Mereka mendongak dengan dahi berkerut. Tidak dapat menerangkan atau meneka apa yang sedang berlaku.

"Mana semua penaung??" Tanya Baekhair sambil memandang sekeliling apabila menyedari perkara itu. Semua kini mula mencari. Berharap akan menemui kelibat penaung mereka dalam keadaan kalut itu.

BOOM!!!!!

Sekali lagi letupan itu bergema. Semua orang kini semakin panik. Tidak tahu apa yang berlaku. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

"Hei!!"

Semua orang terkejut apabila melihat kelibat Sheronica sedang berlari ke arah mereka bersama Izzudin dan Farra.

"Sheron!!" Geoffry segera mendapatkan gadis itu. Tidak tahu sama ada dia berasa lega atau tidak.

Sheronica tidak mampu membalas. Dia berusaha membetulkan pernafasannya dalam masa yang singkat.

"Izz! Farra!" Khairul menjerit. "Mana yang lain??"

"Mereka adalah klon." Sheronica memberitahu dalam keadaan tercungap-cungap membuatkan semua orang terkejut seketika.

"Habis tu mana mereka??" Rizal mengerutkan dahinya.

"Olive, Webly, Uqasha..." Sheronica memandang ketiga-tiga orang itu langsung tidak berminat untuk menjawab soalan Rizal. "Kamu bertiga ikut saya."

Olive dan Webly berpandangan seketika.

"Kita diserang kan??"

Pertanyaan itu membuatkan semua orang memandang Uqasha yang kini seperti hendak menangis.

"Saya dapat rasa. Mereka datang."

"Kita tak ada masa!" Sheronica menderam. "Yang lain pergi kejar mereka. Pertempuran dah bermula."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now