It's Not Her

2.1K 183 27
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Olive's cast is Michael Clifford.


BAB 7 : SAMA TAPI BUKAN DIA


Noorizan dan Jyra berjalan beriringan bersama Qushairy yang kelihatan teruja seperti rusa masuk kampung. Lelaki itu benar-benar gembira apabila Hisham mengarahkan dia ikut keluar untuk mencari seolah-olah dia telah diberi tugas penting negara. Mereka tidak mahu orang-orang baru dalam Huruf itu terperangkap di dalam markas tanpa berbuat apa. Pada zaman mereka, mereka semua bersama-sama sehingga dapat terkumpul. Itupun pada situasi yang berbeza.

"Apa saya patut buat?" Tanya Qushairy yang muncul di tengah-tengah Noorizan dan Jyra.

"Tengok sekeliling." Jyra menjawab. "Kalau ada apa-apa yang luar biasa. Atau lebih spesifik... Pelik." Gadis itu merenung Qushairy yang masih teruja. "Beritahu kami jadi kita boleh siasat."

Qushairy kelihatan bingung.

"Awak fikir macam mana kami jumpa awak, Qushairy?" Noorizan mendengus perlahan.

"Pelik ke saya??" Qushairy bertanya dengan nada buat-buat terkejut.

"Awak rasa normal ke kalau sesuatu bergerak terlalu laju di tengah-tengah orang ramai ni tanpa dapat dilihat secara jelas??" Noorizan mengangkat keningnya sambil mengetap gigi kegeraman.

"Okey." Qushairy segera mengalah sambil mendengus kuat dan terus memandang sekeliling.

Keadaan sunyi sepi seketika. Jyra dan Noorizan meneruskan apa yang mereka lakukan dengan memandang sekeliling. Qushairy masih lagi kelihatan bingung di situ. Dia hanya memandang sekeliling tanpa tujuan.

"Oh, ya. Qushairy..."

Qushairy segera memandang Jyra yang kini sudah sedia memandangnya dengan dahi berkerut.

"Dah berapa lama awak dengan Yuna... Bersama?"

Qushairy kelihatan berfikir seketika. "Rasanya dah lapan tahun. Sejak kami di rumah anak yatim lagi."

"Kamu memang rancang nak lari sama-sama ke?" Tanya Jyra lagi masih dalam keadaan berkerut.

"Boleh dikatakan macam tu." Qushairy mengangkat bahunya. "Saya je pada mulanya. Tapi dia tak nak tinggal kat sana kalau saya tak ada."

"Wow..." Noorizan menggolekkan bebola matanya. "Saya tak sangka kisah cinta seperti itu wujud."

"Oh, tolonglah." Qushairy menggerutu. "Kalau awak tak pernah bercinta jadi jangan banyak cakap."

Riak wajah Noorizan berubah serta-merta. Kulitnya yang putih kelihatan merah padam dan matanya tidak berkelip seolah-olah dia baru sahaja ternampak hantu. Jyra pula sudah memandang lelaki itu risau. Qushairy hanya kebingungan tidak tahu apa yang berlaku pada situasi itu.

"Hei... Jom kita makan dulu kat restoran tu." Jyra segera mengubah topik secara rawak.

"Jom!!" Qushairy memekik kuat dengan teruja menyangka ianya adalah benar. Dia masih tidak perasan apa-apa.

"Jom." Jyra berpaling memandang Noorizan. "Jom, Noorizan."

Noorizan menarik nafas panjang kemudian segera menyusul mereka masuk ke dalam kafe kecil itu. Ia agak lengang dan tidak begitu ramai orang. Qushairy segera duduk di suatu sudut. Jyra dan Noorizan duduk di hadapannya tanpa membantah dengan tempat duduk yang dipilih.

Huruf II (Sequel) ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora