Missing

2K 178 26
                                    


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Xiao Wei's cast. (Ji Chang Wook)


BAB 21 : HILANG


Hisham, Cska dan Vince berjalan beriringan di kawasan yang agak sunyi itu. Masing-masing memandang sekeliling cuba untuk memerhatikan keadaan. Setakat ini, perjalanan latihan mereka agak memberansangkan. Ia amat sukar dari sebelum ini memandangkan mereka tidak tahu hendak memberi arahan seperti apa. Mereka hanya mampu melatih bagaimana untuk mengawal dan mengeluarkannya dengan baik.

"Cska..."

Gadis pemalu itu segera mengangkat mukanya. Dia kini berjalan dalam keadaan memeluk tubuhnya seperti selalu.

"Awak kesejukan ke?" Tanya Vince sambil mengerutkan dahinya agak bingung dengan kelakuan gadis itu.

"Ah..." Cska segera tunduk malu. "Tak."

Hisham hanya tersengih memandang mereka berdua. Dia sememangnya sudah tahu Cska suka dengan posisi itu sama ada dia duduk, berdiri atau jalan. Tanpa apa-apa sebab yang lain.

"Awak nampak..."

"Saya memang macam ni." pintas Cska tanpa memandang wajah lelaki itu. Berharap tiada soalan yang akan diajukan lagi.

"Oh, okey." Vince hanya mengangkat bahunya tidak bersuara lalu beralih memandang Hisham. "Hisham..."

"Hmm??" Lelaki berkulit putih gebu itu mengangkat keningnya ketika membalas pandangannya.

"Kamu benci Xiao Wei ke?"

Soalan itu membuatkan Hisham mengerutkan dahinya. Cska turut berpaling memandang lelaki itu.

"Apa?" Hisham kelihatan bingung. "Apa maksud awak?"

"Er..." Vince kelihatan teragak-agak. "Kamu kan... Ada masalah dengan orang yang berkuasa air ni."

Hisham menarik nafas panjang lalu berfikir seketika. "Kami tak lah benci dia. Kami cuma perlu berhati-hati. Itu je."

"Tapi saya jamin..." Vince memandang lelaki itu dengan mata yang bersinar-sinar. "Dia tak akan mengkhianat!"

Hisham tersengih. "Saya tak boleh nak cakap saya setuju dengan perkara tu, Vince. Kami buat silap sebelum ni."

"Tapi betul..." Vince kelihatan benar-benar bersemangat. "Saya kenal dia dari kecil lagi. Saya berani bertaruh dengan nyawa saya sendiri!"

Hisham hanya tersenyum lalu menepuk bahu lelaki itu. "Jangan risau. Kami tak benci dia. Kami cuma beri perhatian lebih kat dia."

Vince hanya tunduk sayu tidak berkata apa-apa. Dia hanya mahu membantu kawan baiknya.

"Bertenang, Vince." Hisham cuba menyenangkan hati lelaki itu. "Kami tak akan benci dia."

Vince mendengus perlahan. "Okey."

"Pasal Noorizan tu..." Hisham menelan air liurnya lalu berfikir seketika. "Beri dia ruang."

Vince memandang Hisham agak bingung.

"Dia cuma perlu bertenang." Hisham mengangkat bahunya. "Melihat seseorang yang amat penting mati di depan matanya tak mudah dilupakan. Mungkin sebab tu dia terlalu berkeras dengan Xiao Wei."

Huruf II (Sequel) ✔Where stories live. Discover now